"Mia, harini balik pukul berapa?" Tanya Khaulah.
"Balik awal lah. Harini kan first day sekolah"
"Ouh. Nanti kalau aku lambat cari aku tau. Kbyee" Khaulah pergi meninggalkan kakaknya setelah ternampak Fara yang berdiri di depan pagar sekolah.
"Hish budak ni!" Geram Mia dengan perangai Khaulah. Suka cari pasal. tahu lah aku kakak dia tapi jangan buat aku cam kuli. Tak suka lah!
***
"Hai Farah!" Terjah Khaulah dari belakang.
"Opocot mak kau! Hish kau ni Khaulah! Bagilah salam. Kau orang islam kan?"
"Yelah yelah . Assalammualaikum ustazah"
"Waalaikumussalam. Rindu kau Khaulah. Cuti 2 bulan ni tak jumpa pun kau. Hmmm"
"Tulah. Aku pun rindu kau jugak. Kau lah! Orang dah ajak keluar tak nak keluar. Hahahaha."
"Bukan aku tak nak keluar. Mak aku yang tak kasi. Tahu tahu je lah mak aku kan. Risau memanjang."
"Ouh. Biasa lah. Mak kan. Mesti nak kita selamat."
"Hmm, kan. Dahlah jom masuk kelas"
"Okay jom"
Mereka berjalan menuju ke tangga sambil berbual mesra.
***
Semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5 beratur di luar kelas sambil berselawat. Ini aktiviti yang wajib dilakukan oleh pelajar Sekolah Agama Menengah Sultan Ibrahim. Setiap hari jumaat pula, pelajar diwajibkan membaca surah yasin dan mendengar tazkirah dari kakak kakak senior dan ustazah yang bertugas.
Selepas berselawat, pelajar menadah tangan dan mengamin kan doa yang di baca oleh pengawas bertugas.
Semua pelajar diminta masuk ke kelas masing masing selepas selesainya aktiviti tersebut .
Khaulah duduk di bawah kipas bersebelahan dengan Dina. Biasa lah , selalunya tempat favourite murid sekolah di tepi tingkap, bawah kipas dan di belakang. Dan disebabkan bawah kipas adalah tempat favourite murid, jadi Khaulah pun duduk disitu.
"Weh cikgu datang!" Kata seorang murid lelaki yang duduk di depan pintu."Assalammualaikum cikgu" satu kelas bersuara memberi salam kepada Cikgu Iffa.
"Waalaikumussalam,kamu semua boleh duduk"
"Terima kasih cikgu"
"Okay. Hari ni saya tak nak mengajar kamu apa apa. Saya sebagai guru kelas kamu ingin membuat perlantikan ketua kelas, penolong kelas, bendahari dan lain lain lagi. Kita mulakan dengan ketua kelas. Siapa siapa ada yang volunteer?"
Ahmad yang duduk di hadapan cikgu segera mengangkat tangan.
"Saya tak nak jadi volunteer cikgu. Tapi saya cadangkan Fariz yang jadi ketua kelas"
Cikgu menulis nama Fariz dipapan putih.
"Ada apa apa lagi cadangan? "
Semua murid geleng kepala.
"Okay semua setuju lah ni. Fariz, kamu ketua kelas" beritahu Cikgu Iffa sambil memandang ke arah Fariz.
"Okay sekarang penolong kelas pula?"
Farah yang dari tadi memandang aku mula mengangkat tangan."Cikgu, Khaulah!"
Cikgu Iffa memandang Khaulah sambil tersenyum lalu menulis nama Khaulah di papan putih .
"Okay ada lagi cadangan?"
Semua murid kelas 3 Farabi geleng kepala . Khaulah memandang Farah tajam . Farah hanya menyengih.
#taktaulah wujud ke tak sekolah tu. Hentam je. Huhu
![](https://img.wattpad.com/cover/58619118-288-k675665.jpg)
YOU ARE READING
Diariku Sayang
De TodoYa. Bukan setiap manusia mampu meluahkan segala isi hatinya kepada orang lain. Khaulah, seorang remaja yang berusia 15 tahun mempunyai kisah sedih dan gembira yang tidak mahu meluahkan isi hatinya kepada orang lain. Khaulah menganggap kehidupann...