ego dan cinta

109 2 0
                                    

Malam itu ego aku jatuh. Tidak secara total, tapi iya. Jatuh. Kerana cinta.

Ops! Bukan yang romantis ya. Cuma kerna disogok rasa oleh orang yang aku cinta. Namun masih bersembunyi dibalik egois.

Semakin jauh aku melangkah, semakin lambat dia mengejar, namun jeritan dia supaya aku berhenti tidak kurang galaknya.

Setelah beratus kali ucap kata yang berbunyi, "ceritalah, apa dia, cakap je, saya dengar" aku yakin, beratus. Reaksi aku apa? Berjalan terus buat pekak, berdiri bawah neon sambil menguis jambatan kayu dengan hujung kasut, diam pegun pandang depan, sekali sekala berpusing kerana terdengar suara.

Apa yang dia lakukan? Teruskan zikir "ceritalah, apa dia, cakap je, saya dengar" sambil memancing aku semula berjalan ke tempat yang lebih luas dan tidak semak. Ya. Dia berjaya.

Kami menghadap tasik, berhadapan dengan pejabat perdana menteri. Walaupun seni binanya biasa saja, namun kerna waktu malam, refleksi lampu dipermukaan tasik sangat cantik. Aku masih bungkam, dan dia masih dengan zikirnya memujuk aku.

Akhirnya, aku mengalah, namun masih dalam ego, aku berdiri dibelakangnya, memaksa dia menghadap tasik dambil aku bercerita dengan air mata. Kau masih ego, diri! Soalan aku ajukan, sebak. Mula perkataan pertama, air mata sudah laju. Aku habiskan cerita dan rasa. Tamat.

Aku pusing dan terus berjalan menuju ke parkir. Aku dengar dia panggil namaku, semakin dekat dan kepala aku dipusingkan. Dia senyum.

Bukan senyum romantis, namun mentertawakan kerna aku menangis. Seperti perempuan lain, ya aku menangis lagi dan terus dibawa pulang.

Perjalanan sunyi pada aku namun riuh tazkirah dari dia.

Hari ego aku dicantas.

JALANWhere stories live. Discover now