Mencari Kebahagiaan

123 2 0
                                    

Ahmad merupakan seorang lelaki yang bertuah. Dia mempunyai segalanya. Wang, kerjaya yang bagus, keluarga yang berada, pokoknya semuanya yang diimpikan oleh orang lain, Ahmad mempunyainya.

Namun semua itu belum cukup membuatkan hatinya tenang dan bahagia. Dia mahu mencari apa itu kebahagiaan yang sebenar. Maka, berangkatlah dia keluar dari rumahnya. Dia mahu mencari tempat dimana dia boleh bertemu dengan 'kebahagiaan'.

Dipendekkan cerita, tiba lah dia disebuah kampung yang dia sendiri tidak tahu apa nama tempat tersebut.

Ahmad melihat keadaan sekeliling. Dia berdiri dibawah pokok yang lebat dengan buah. "Inikah kebahagiaan?" Bisik hati kecilnya.

Dia berbaring pula diatas padang rumput seraya bertanya kepada dirinya sendiri, "Kalau yang tadi tu bukan, adakah ini kebahagiaan?". Ahmad semakin tertekan. Dia masih tidak ketemu dengan kebahagiaan yang dicarinya.

Gelagat dan tingkahlaku Ahmad telah menarik perhatian seorang lelaki tua. Si tua tersebut hanya melihat dan tersenyum. Dia tertarik dengan semua perbuatan yang Ahmad lakukan.

"Wahai anak muda. Mari kau kesini." Panggil lelaki tua tersebut.

Sedari namanya dipanggil, Ahmad segera menuju kearah lelaki tua tersebut.

"Ye pakcik, pakcik panggil saya ke?" Tanya Ahmad.

Lelaki tua tersebut lantas ketawa dan bertanya, "Apakah yang sedang kau lakukan sebentar tadi wahai anak muda?"

Ahmad berasa malu kerana dia tidak menyangka segala tindak tanduk yang tadi telah diperhatikan oleh lelaki tua tersebut. Lalu diceritakan semuanya kepada lelaki tua tersebut.

"Begitu rupanya. Kau mahu mencari kebahagiaan? Baiklah mari ikut aku. Aku akan tunjukkan kau apa itu kebahagiaan." Lelaki tua mengarahkan Ahmad mengikutinya.

Lalu mereka tiba pula disebuah taman yang begitu cantik. Penuh dengan bunga bunga yang berwarna warni dan berseri.

"Baiklah. Sebelum kita bertemu dengan kebahagiaan, aku mahu kau tangkapkan aku 2 ekor rama rama yang besar dan cantik warnanya." Lelaki tersebut mula memberi arahan kepada Ahmad.

Ahmad berasa pelik dengan permintaan lelaki tua tersebut. Tanpa banyak bicara, dia terus melakukan segala arahan lelaki tua tersebut. Maka, berlari lari lah Ahmad disekitar taman berkenaan. Dia berusaha bersungguh sungguh untuk menangkap rama rama sepertimana yang dipinta oleh lelaki tua berkenaan.

Lelaki tua itu hanya tersenyum dan sekali sekala diselang selikan dengan hilai tawa yang cukup meriah. Dia terhibur melihat perlakuan Ahmad.

"Hei anak muda. Sudahlah. Cukuplah tu. Tak tahan aku gelak tengok kau terlompat lompat macam monyet. Dah. Cukup." Kata lelaki tua tersebut sambil ketawa.

Lalu Ahmad pun berhenti dan menghampiri lelaki tua tersebut. "Dimanakah kebahagiaan itu pakcik?" Ahmad mula bertanya.

"Wahai anak muda. Sebenarnya apa yang aku suruh kau lakukan tadi adalah untuk memberi contoh kepada kau tentang mencari kebahagiaan." Lelaki tua tersebut berkata dengan tenang. Terpancar sinar cahaya keikhlasan dan ketelusan diwajahnya.

"Anak muda. Adakah begitu cara kau untuk mendapatkan kebahagiaan? Cara kau saja sudah salah." Sambung lelaki tua tersebut.

"Salah? Maksud pakcik salah macam mana?" Ahmad mula berasa pelik dan ragu ragu.

"Begini anak muda. Kita ibaratkan sahaja rama rama yang kau kejar tadi umpama kebahagiaan yang kau cari. Kau berlari kesana kesini untuk mendapatkannya dan kau gagal. Cuba kau berdiri disebelah aku dan kau lihat dihadapan kau. Bunga bunga yang cantik. Taman yang begitu indah. Inilah kebahagiaan yang sebenar. Kau sibuk mengejar sesuatu yang kau inginkan dan kau mengabaikan segala kebahagiaan yang telah kau miliki. Sesungguhnya kebahagiaan yang sebenar adalah kita menghargai dan menyayangi apa yang ada disekeliling kita. Belajar untuk menghargai dan kenal apa itu erti syukur. Insyallah aku percaya, kau akan ketemu dengan kebahagian yang kau cari selama ini." Terang lelaki tua tersebut dan dia terus berlalu pergi.

Ahmad tersenyum. Baru dia sedar yang selama ini dia sudah memiliki kebahagiaan. Cuma dia saja yang tak sedar dan tak menghargainya.

"Terima kasih pakcik." Teriak Ahmad kepada lelaki tua tersebut.

Lelaki tua tersebut hanya mengangkat tangan sebagai ganti 'sama sama'.

"Hishh leceh betul budak ni. Dari tadi aku tahan berak sebab dia." Lelaki tua tersebut terus berlari menuju ketandas yang ada berhampiran.








CER-TOTWhere stories live. Discover now