Malas

44 2 0
                                    

Disebuah negara nan indah, terdapat seorang raja di negara Bronai yang sangat pemalas. Sedangkan rakyatnya pula hidup dengan penuh kerajinan dan kesungguhan.

Suatu hari, sewaktu cuaca panas lit lit, raja tersebut berasa sangat bosan. Dia mahukan hiburan. Maka terfikirlah raja tersebut untuk mengadakan satu pertandingan. Pertandingan untuk menguji tahap kemalasan rakyat.

Kemudian bertitahlah raja tersebut memberi arahan kepada bendaharanya untuk menguar uarkan tentang pertandingan tersebut. Malah pertandingan tersebut juga terbuka kepada rakyat negara negara jiran.

Dipendekkan cerita. Setelah melalui beberapa ujibakat dan saringan, akhirnya 3 orang lelaki telah terpilih keperingkat akhir. Mereka adalah wakil daripada negara Malassia, Indahsia, dan juga Singgahpura. Pertandingan akhir telah diadakan dibalairong seri diraja dan telah disaksikan sendiri oleh raja dan juga rakyat rakyat negara Bronai.

"Baiklah kamu, dari negara Malassia. Ceritakan tentang tahap kemalasan kamu." Hos perlawanan memulakan pertandingan.

"Hmmm tahap kemalasan saya sungguh kritikal. Pernah satu hari tu saya telah dimasukkan ke hospital kerana terlalu malas nak makan. Hinggakan makanan saya tersebut, perlu dikunyah oleh misi terlebih dahulu kemudian barulah disuap kedalam mulut saya. Saya terlalu malas untuk mengunyah. Ampun tuanku." Rakyat dari negara Malassia menceritakan tentang tahap kemalasannya.

Suasana dibalairong menjadi meriah. Tepukan dan sorakan dari penonton gamat kedengaran. Mereka teruja mendengar cerita daripada rakyat Malassia tersebut.

"Baiklah, sekarang giliran kamu pula. Rakyat negara Indahsia. Ceritakan tentang tahap kemalasan kamu pula." Giliran rakyat negara Indahsia pula. Penonton mula memberikan tepukan yang gemuruh. Mereka tidak sabar untuk mendengar cerita dari rakyat negara Indahsia itu.

"Ampun tuanku. Saya rasa, tahap kemalasan saya lagi kritikal. Saya terlalu malas nak mandi. Hinggakan keluarga saya sendiri tidak mahu dekat dengan saya. Saya pernah disamakan dengan anak babi oleh kawan kawan saya sendiri kerana bau saya dan babi lebih kurang sama baunya. Ampun tuanku." Rakyat dari negara Indahsia menceritakan tahap kemalasannya pula.

Sekali lagi, tepukan dan sorakan yang gemuruh diberikan kepada rakyat negara Indahsia pula. Belum pernah lagi mereka berjumpa dengan orang yang semalasnya. Kerana rakyat dinegara Bronai semuanya rajin rajin belaka. Mereka teruja dan mahu bergambar dengan calon calon dipertandingan akhir tesebut.

"Baiklah. Sekarang giliran kamu pula. Wakil negara Singgahpura. Kemukakan tahap kemalasan kamu pula." Sudah tiba giliran peserta terakhir pula.

"Hmmm ampun tuanku. Sebenarnya saya malas nak cerita. Nanti nantilah kalau dah rajin baru saya cerita." Kata rakyat negara Singgahpura ringkas.

Penonton begitu terkejut mendengar kata kata rakyat negara Singgahpura tersebut. Kemudian sorakan dan tepukan yang gemuruh pula diberi kepada rakyat negara Singgahpura tersebut. Mereka semua membuat andaian bahawa johan pertandingan tersebut adalah rakyat dari negara Singgahpura.

Juri perlawanan mula mengira markah, dan akhirnya pemenang dipertandingan tersebut telah diputuskan.

"Minta perhatian ya semua. Saya akan mengumumkan johan pada pertandingan ini sekejap saja lagi." Hos perlawanan melakukan semakan terakhir. Setelah berpuas hati, akhirnya beliau sudah sedia untuk mengumumkan pemenangnya.

"Pemenang bagi pertandingan ini adalah, Raja Wali, raja negara kita sendiri. Berikan tepukan yang gemuruh kepada raja kita." Rupanya Raja Bronai telah memenangi tempat pertama pada pertandingan tersebut.

3 peserta akhir itu berasa terkejut dan ralat. Mereka tidak percaya dengan pengumuman terbabit.

"Tak mungkin. Bagaimana tuanku sendiri boleh menjadi juara pada pertandingan ini. Ini mustahil." Bentak rakyat negara Malassia. Sikap kurang ajar memang sudah menjadi adat dan kebiasaan dinegara Malassia.

"Betul tu. Macam mana pula tuanku yang menjadi johan sedangkan yang bertanding hanya kami bertiga. Apakah tahap kemalasan tuanku sehingga boleh dinobatkan sebagai juara." Bangkang rakyat negara Indahsia dan disokong rakyat negara Singgahpura.

"Sabar. Sabar semuanya. Sebenarnya sewaktu kalian bertiga sedang mengemukakan tahap kemalasan masing masing. Baginda tuanku terlalu malas untuk mendengar dan beliau telah tidur sepanjang pertandingan berlangsung. Adakah kalian masih lagi ragu ragu dengan tahap kemalasan baginda tuanku?" Soal, hos perlawanan.

Mereka bertiga hanya terdiam dan menunduk malu. Benar, raja Bronai adalah manusia yang sangat pemalas yang pernah wujud dimuka bumi ini.

Penonton berasa kagum dan memberikan tepukan yang sangat gemuruh kepada raja mereka. Mereka sungguh bangga dengan sikap raja mereka yang sangat pemalas itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 19, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CER-TOTWhere stories live. Discover now