"I LOVE YOU"

74 3 0
                                    

Rintis hujan sudah mula merenyai ketika Hanna meninggalkan teman-teannya. Langkahnya dipercepatkan. Seruan hatinya terlalu nekad untuk dihalang. Hujan yang menembak halus wajahnya dibiarkan sahaja.

Beberapa orang lelaki yang duduk berteduh di bawah pokok memerhati setiap gerak-gerinya. Hanna merasa seram sejuk. Namun kakinya masih melangkah. Hajatnya besar. Dia mahu melunaskan segala-galanya malam ini. Esok sudah tidak ada untuknya.

Tinggal beberapa meter sahaja dari tujuannya. Hanna berhenti. Fikirannya bercelaru.

"betul ke ape yang aku buat ni..?" tanyanya kepada hati sendiri. Jawapan hatinya tetap sama, BETUL!

Matanya mencari susuk tubuh yang ingin ditemuinya. Tiada berkeliaran. Dia meninjau lagi.

"cari siape?" Suara seorang lelaki mengejutkan Hanna. Dia mengurut dadanya. Lelaki itu datang dari arah belakangnya.

"saye.. saye nak jumpa Fiq.." terketar-ketar jawapan itu di luar kawalan lidah Hanna. Dia semakin tidak keruan. Kedinginan rintik hujan yang mula membesar terasa menusuk ke tulang hitam.

"owh.. Afiqha? Tu.. khemah die yang paling hujung. Cepat la. Hujan makin lebat."

Tanpa berfikir panjang Hanna berlari ke arah khemah yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Kini dia sudah berada di hadapan khemah Fiq. Senyap. Gelap. Hanna menilik jam pada tangannya. Pukul 1.45 pagi. Sudah tidurkah dia?

"Fiq..." serunya antara dengar dan tidak. Tiada tindak balas daripada penghuni khemah tersebut.

Hanna mula menggigil kesejukkan. Dia berpeluk tubuh.

"Fiq..."

Sementara itu Fiq baru sahaja melelapkan mata. Setelah puas dia menukar posisi tidur, rasa mengantuk itu datang juga akhirnya. Hatinya gelisah. Mungkin itu yang mengganggu tidurnya malam itu.

"Fiq..." kedengaran sayup-sayup ada suara memanggilnya. Fiq memasang telinga. Aku bermimpi ke?

Hujan terus menyimbah-nyimbah bumbung khemahnya. Tiba-tiba Fiq terasa seriau. Dia menarik selimutnya hingga ke paras telinga.

"Fiq..." kali ini panggilan itu semakin jelas. Mata Fiq terbeliak.

"aku yakin aku tak mimpi. Sape panggil aku time-time ceni?"

Dia menyalakan lampu suluh. Terang. Perlahan-lahan dia membuka zip pintu khemah.

"Hanna??!!!" alangkah terkejutnya Fiq melihat Hanna yang berdiri dalam hujan lebat di depan khemahnya. Dia pantas bangkit keluar lalu membawa Hanna masuk ke dalam khemah.

"ape awak buat ni???" marahnya. Suaranya agak meninggi. Ketika itu dia dapat melihat esakkan Hanna.

"Fiq... saye..."

"dah. Tukar baju dulu. Nanti awak demam. Haish.. ape awak buat ni?" tanya Fiq sekali lagi. Tangannya pantas mencapai tuala lalu menyelimut tubuh Hanna.

Hanna tidak menjawab soalan Fiq itu. Dia menggigil kesejukkan.

"Nah.. pakai baju saye. Cepat tukar. Nanti awak demam." Fiq menghulurkan t-shirt dan boxernya. Hanna menyambut lemah.

"saye tak tengok..." Fiq memalingkan mukanya ke belakang. Hanna masih teresak-esak. Fiq bingung.

Hanna tidak dapat menahan air matanya. Gelora jiwanya terlalu hebat. Terpadam rasa malu dan mencair mahkota maruahnya. Dia enggan menahan lagi. Semua ini harus dilunaskan. Fiq mesti melunaskannya.

Tubuh Fiq didekatinya. Didakapnya erat tubuh yang membelakanginya itu.

"Fiq..." kata Hanna dalam tangisnya.

Fiq yang terperanjat dengan tindakan Hanna itu ikut menggigil. Pelukan Hanna terasa sangat dingin. Mindanya berfikir tentang itu dan ini. Dia tidak mampu meneka apa yang sedang Hanna fikirkan.

Fiq melepaskan dirinya daripada pelukan Hanna. Wajah Hanna direnungnya. Namun Hanna hanya menunduk. Dia menunggu Hanna menyatakan maksud pelukan itu. Hanna masih juga menunduk.

"Hanna.. kenape ni? " akhirnya Fiq mengalah dengan penantian itu. Dia semakin rimas dengan situasi itu. Dia sendiri tidak dapat menafikan yang jiwanya turut ikut bergelora. Tanpa segan silu hatinya merayu mahukan pelukan itu lagi. Namun rasa itu terkemam sahaja dalam dadanya.

"Fiq.. maafkan Hanna kerana mengganggu... Hanna ade sesuatu nak bagitau Fiq.. dan Hanna rase dah tak boleh nak tunggu esok datang untuk bagitau Fiq..."

Mendengar kata-kata Hanna itu, Fiq tertelan air liurnya sendiri. perkara apakah yang dimaksudkannya? Penting sangatkah hingga tidak sempat menunggu esok? Ahh... Fiq menggerutu sendiri dalam hati. Semua ini pasti berkaitan dengan peristiwa semalam!

"Hanna serabut... lepas ape yang berlaku semalam, Hanna semakin serabut. Fiq.. tolong la Hanna... Hanna dah tak sanggup menanggung rase ni sorang diri..."

"maksud awak?" Fiq masih kabur dengan kata-kata Hanna.

"hurm... maafkan saye sebab tinggalkan awak semalam... saye tau saye salah. Saye keliru. Tapi janganla macam ni..." sambungnya lagi.

"bukan.. bukan pasal tu... Hanna tak tahu macam mane nak bagitau Fiq... Hanna dah cube tapi masih tak mampu nak ungkap... i know its sound so silly but... i don't have the right word to say it... and its start to hurt me inside..."

Tangisan Hanna menyentuh hati Fiq. Tubuh Hanna didakapnya. Erat. Tangisan itu masih belum mahu berhenti.

"dah.. jangan nangis lagi..."

"u don't know... and i'm hoping that u will feel what i feel for u too.."

"cane saye nak tahu kalau awak tak bagitau..? hmm?"

Usapan Fiq pada rambutnya menyebabkan Hanna rasa lebih lega. Dia mengeratkan lagi rangkulannya terhadap pinggang Fiq. Wajahnya disembam ke dada Fiq. Kesakitan yang dirasanya semakin hilang apabila mendengar degupan jantung Fiq. Apakah erti semua ini??

Sementara itu Fiq belum dapat menemui apa yang di mahunya. Dia masih belum berjaya menangkap perkara yang sedang menggangu Hanna. Jika bukan kerana perkara yang memalukan semalam, apa yang sedang mengganggu Hanna?

"haish... ni mesti pasal kebodohan aku semalam... ahh... ape aku nak buat..?" Fiq masih menyalahkan dirinya. Hatinya juga tertanya-tanya. Namun, Hanna tetap dipeluknya kejap.

"Fiq..." Tiba-tiba suara Hanna lembut mencelah dalam kekeliruannya. Fiq melepaskan pelukan itu. Mata Hanna direnungnya. Dalam. Dan Hanna membalas renungan itu dengan renungan yang penuh makna.

Hanna merangkul leher Fiq. Diramasnya rambut Fiq seperti ingin meluahkan sesuatu. Tiada juga kata-kata yang tepat terpancul keluar dari mulutnya.

"mungkin bukan kata-kata yang aku perlukan... bukan. Mungkin aku perlu membuat kau tahu dengan caraku sendiri. mungkin.. kau tak mengerti... atau mungkin kau sememangnya tahu tentang kehendak hatiku.. atau... mungkin cuma aku yang merasakan apa yang aku rasa ini... sedangkan kau..."

Saat itu terasa sesuatu yang hangat sedang menular di bibirnya. Hanna pantas memejamkan mata. Dia hanya membiarkan tangan Fiq menarik tubuhnya lenyap dalam pelukan yang beremosi itu sekali lagi, lalu dibalasnya kucupan yang terasa lapang dan lantang meluahkan perasaannya. Air matanya mengalir semula apabila merasakan sentuhan jemari Fiq di pipinya.

"aku juga sedang merasakannya... jangan menangis..."

"aku tak kan menangis lagi... jika kau terus memelukku erat begini...."

Hanna telah menemui ketenangannya semula malam itu. Dalam pelukan Fiq. Dalam Kucupan hangat Fiq. Dalam lembut sentuhan Fiq. Dalam indah kata-kata Fiq memujuknya. Dalam mimpi bersama Fiq... yang tercinta.

Hujan masih setia menemani kisah cinta itu... bersambut dengan cerah mentari pagi yang memantulkan kebahagiaan... pagi yang paling indah dan bermakna buat dua insan yang sedang bercinta... dalam alunan gelora... Cinta terlarang!

--- TAMAT ---

2nd ChanceWhere stories live. Discover now