Banyak perkara yang boleh kau pilih
Tapi kau tetap mahu berdalihBerpaling dari nyata yang penuh dusta
Apa kau fikir mereka juga sama?Duit menjadi hamparan mata
Memang susah bila kau makan budi
Sebab material lebih utama
Kau tak kaya kau jadi hambaLangsung kau terus tertanya
Kenapa aku terus begini
Sedang mereka lebih selesa
Hatta mereka dijamu dusta
Mereka tetap setiaJadi kau perlu pilih
Untuk terus buta
Atau berpaling muka.
KAMU SEDANG MEMBACA
JEJAK
RandomAku mengorak langkah tinggalkan jejak, Supaya ku sedar aku pernah memijak.