Aku menulis dari apa yang aku lihat
Sebab semua terlalu ligat
Buat diri kian penat
Tulis untuk ingat
Dari apa yang anak mata lihat
Supaya jadi ubat
Semasa kau sakit melarat
Aku tulis dari hati
Abadikan isi yang telah mati
Dimamah anai tak terhenti
Buat kenangan kemudian nanti
Agar ku tahu ku pernah berdiri
Saat kaki teguh dipatri
Atas jati diri sejati
Aku tulis utk meluah
Isi hati yg tak diendah
Agar ada yang mahu menjengah
Biarpun tak beri tuah
Aku tahu itu hadiah
Biar tiada siapa yg baca
Aku tulis bukan untuk nama
Sebab hanya ingin membuku kata
Yang tak pernah terluah
Meniti bibir halwa telinga
Biar apa mereka mahu berkata
Aku tetap mahu setia
Menulis pedamping setia
Dikala sedih berduka lara
Hatta gembira bersuka ria
Tulis itu ada makriat nya
Mampu mengubat jiwa terembat
Oleh sang kepala bermata dua
Selagi aku punya upaya
Akan ku lakarkan utk semua
Apa yg perlu di kata
Akan ku TULIS pada semua.
KAMU SEDANG MEMBACA
JEJAK
AcakAku mengorak langkah tinggalkan jejak, Supaya ku sedar aku pernah memijak.
