Kau akan pengsan bilamana kau tak sedar diri
Mulut kau terkunci
Tapi hati kekal mencaci makiKau slalu mintak nak mati
Sebenarnya cukup bila kau pengsan sekali
Sebab kalau kau mati jantung tak berdegup lagi
Tapi kalau kau pengsan
Kau mati hidup kembali
Jantung tetap berdegupKenapa pengsan perlu berbeza dengan mati?
Sebab nak tunaikan hajat kau
Cukup kau pengsan untuk hilangkan serabut kau
Lepas tu kau hidup balik
Perbetul alasan kenapa kau mahu matiKenapa mati yang kau cari?
Azab dunia belum puas kau sesali
Seruan ilahi itu suatu yang pasti
Kau perlu gali dan terus menggali
Liang lahad kau penuh dengan isi nanti
Supaya bila mati
Tak susahkan orang dan diri sendiriJadi kau sudah bersedia untuk mati
Sedang amalan kau hanya secebis jariSebenarnya kau perlu pengsan sebelum kau mati
Untuk ajarkan kau nikmat hidup yang tuhan bagi
Tapi apa boleh buat
Bodoh.
KAMU SEDANG MEMBACA
JEJAK
RandomAku mengorak langkah tinggalkan jejak, Supaya ku sedar aku pernah memijak.