Nurul dan zhafran bekerja di tempat sama iaitu sebagai pengurus syarikat pertama Holdings .Mereka tidak pernah sekepala meskipun seringkali ditugaskan untuk melaksanakan tugas bersama-sama .setiap kali perbincangan berlangsung pasti ada sahaja perbalahan yang berlaku .mereka tidak pernah sependapat.mereka lebih suka menunjukkan ego masing-masing.satu hari sewaktu perbincangan antara mereka berdua berlangsung ,zhafran mengemukakan pendapatnya tentang jumlah pelaburan yang harus dilakukan kepada syarikat Jaya Holdings ,secara tiba-tiba sewaktu Nurul ingin membidas cadangan zhafran Nurul pengsan ....zhafran terkedu dan terus mengangkat Nurul untuk dibawakan ke hospital .zhafran meletakkan Nurul di tempat duduk belakang keretanya .zhafran memandu dengan pantas kerana gusar akan keadaan Nurul yang secara tiba-tiba sahaja pengsan . sewaktu perjalanan ke hospital Nurul tersedar ."woii kenapa aku dalam kereta kau , kau nak bawa aku pergi mana hah?" Nurul dengan nada marah memarahi zhafran.zhafran yang terkejut terus memberhentikan keretanya . Dengan pantas dia menjawab "Nak bawa kau pergi tempat sampah ni haa tak nampak ke ?" Kata zhafran menyindir kepada Nurul . Nurul berasa geram dan terus membaling beg tangannya kearah zhafran .zhafran yang bengang dengan Nurul terus menceritakan perkara yang berlaku dari A-Z .Nurul mula berasa malu dan mukanya terus bertukar dari putih mulus kepada merah padam.keadaan senyap seketika .Lalu zhafran berkata dalam nada menyindir "Tak reti nak duduk depan ke? Kau ingat aku ni driver kau?" .Nurul pun mengikut arahan zhafran tanpa berkata apa-apa.