Tak, itu bukan pengakhiran hikayat puteri Miza. Miza tersedar dari tidurnya dan dia berada di tepi pantai. Badan gempalnya yang sebelum ini berada di tengah lautan telah dihanyut ombak ke tepi Pantai Morib. Miza terus bangun dan berjalan masuk ke hutan. Sepuluh langkah, Miza terkentut. Miza nak buang air besar. Dia pun pergi ke dalam semak lalu melunaskan hajatnya. Tiba-tiba dua ketul iaitu Sofia dan Putera Hafiiz terkeluar dari bahagian belakang tubuh badan Miza. Putera Hafiiz segera lari meninggalkan Sofia dan Miza untuk membersihkan dirinya. Miza terus memegang tangan Sofia supaya dia tak dapat lari. Sofia meronta-ronta mahu melepaskan diri, lalu dia menjerit sekuat hati sehingga telinga Miza putus. Miza melepaskan Sofia lalu meminta maaf kepada Sofia. Lalu mereka saling membantu untuk mencari telinga Miza yang telah putus tadi. Setelah itu mereka pun meneruskan perjalanan ke dalam hutan. Seperti biasa, Miza sebenarnya berniat hendak menelan Sofia. Sedang mereka asyik berjalan-jalan, tiba-tiba kaki Miza tersadung pada sebuah batu. Miza terjatuh kebabom lalu bumi terbelah dua. Miza tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Princess Miza
FantasíaMenceritakan al kisah seorang puteri gemuk yang tiada hobi selain makan. Miza seorang puteri yang kuat semangat dan ego tinggi. Ini adalah cerita yang saya dan Sofia Hani tulis semasa kami form 3 dulu bila kebosanan cikgu tak masuk.