Setiap kali balik rumah masa cuti sem jer mesti kena kacau.
Dulu masa masa degree balik cuti sem 3 bulan aku kena kacau masa tidur. Selalu kalau aku dekat u dulu mak abah akan bergilir tidur bilik aku sebab tak nak bagi sunyi sangat. Yelah kalau bilik atau rumah ke dah ditinggalkan kosong lebih 3 hari selalunya mesti ada makhluk lain yang akan menumpang.
Entah napa masa aku dekat u masa tu mak abah tak da gilir-gilir tidur dekat bilik aku. Malam pertama aku balik tu aku dah dapat mukadimah dari 'benda' tu. Masa tu tak silap pukul 2 pagi macam tu. Biasalah masa cuti sem ni lah tidur lambat layan movie layan runningman sampai lebam.
Baru jer aku nak lelapkan mata, tiba-tiba rasa macam tak sedap hati. Rasa seram sangat. Padahal sebelum tu tak da pun tengok movie hantu ke baca cerita seram ke.
Aku pon bukak lah surah yasin dekat fon. Baru jer berapa ayat surah yasin kedengaran tiba-tiba bunyi kuat dari dalam almari baju aku. Macam ada orang tumbuk almari. Kuat sangat sampai aku terduduk sekejap dekat katil.
Nak kata ada budak dalam almari memang tak lah aku anak bongsu dalam family. Nak kata kucing aku memang aku tak kan bagi masuk bilik kalau dah nak tidur.
Rasa macam nak jer pergi bukak almari tu tapi dalam otak ni dah terbayang kang kalau ada perempuan rambut panjang terjah mahu pengsan aku dekat situ. Jalan terbaik ialah pergi bilik mak abah aku.
Last-last mak yg temankan aku tidur dekat bilik sampai subuh. Esok pagi tu mak pasangkan ayat ruqyah selama 3 hari berturut-turut. Alhamdulillah selepas tu dah tak ada 'benda' yang mengacau.
Kalau ada pon sekadar bagi mukadimah jer. Yelah dah lama tak balik rumah. Mungkin rindu agaknya. Hahaha

ANDA SEDANG MEMBACA
SERAM TAK??
HorrorCerita-Cerita dalam ni adalah benar. Betul-betul terjadi dekat diri sendiri dan orang-orang sekeliling.