Bab 1

62 4 0
                                    

Perlahan tubuh badannya dipusing ke kiri dan ke kanan untuk meregangkan badannya semula. Sudah hampir 2 jam Dina Arysa duduk di pusat sumber sekolahnya.

"Ah! Janji melayu betul dorang ni! Kata nak datang pukul 2! Ni dah pukul 3.45 p.m! Sampai siap semua kerja rumah aku!" ujarnya perlahan, namun cukup kuat untuk didengari oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam pusat sumber itu. Mujurlah, tiada guru dan pengawas yang betugas, kalau tidak pasti dia didenda memandangkan peraturan sekolahnya amat tegas.

Penat duduk, dia mula meletakkan kepalanya diatas meja. Lenguh akibat terlalu fokus dalam melakukan kerja sekolahnya.

Semua orang tahu Dina Arysa merupakan seorang yang sangat nakal dan pemalas, namun disebabkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah hampir, dia juga mula berubah.

Walaupun Matematik dan Matematik tambahannya sudah diyakini mendapat markah yang rendah, semangatnya masih lagi belum luntur.

Tanpa disedari, Dina Arysa mula terlelap. Perlahan suara nafasnya kedengaran.

Seorang lelaki tinggi dan berkulit putih berjalan kearah meja yang digunakan Dina Arysa dan dia menarik kerusi di sebelah gadis itu.

"Comelnya awak. Kekasih saya kan memang cantik" ujarnya perlahan. Tangannya mula mengusik tudung Dina yang tersarung kemas dikepala.

Perlahan dia membelai kepala Dina Arysa agar tidak mengganggu tidur gadis ayu itu.

Lalu dia meletakkan kepalanya ke atas meja sambil memandang muka ayu Dina Arysa.

Tangannya perlahan mengusik hidung merah gadis itu. Barangkali kesejukan kerana Pusat Sumber itu dipasang Alat Penyaman Udara dengan suhu yang sangat rendah.

Tangan runcingnya mula bergerak kearah pipi gadis itu menyebabkan gadis itu sedikit terganggu dan bergerak.

Tersentak lelaki itu dan terus berkata "nanti saya datang balik. Okay?" dan terus bergerak laju ke arah rak buku yang terdapat di hadapan meja itu.

Qasha yang baru sahaja sampai melihat sekujur tubuh sahabat karibnya itu lantas melepaskan jeritan yang sedikit kuat.

"Babyyy!!" mengejutkan Dina yang sedang lena. Dina terus terbangun dan memandang wajah rakannya yang sangat manis itu.

"sayang! I'm so sorry! I lupa harini kita dah janji nak studyyy. Sorry babyyy" ujarnya cuba memujuk Dina yang masih lagi mamai itu.

"aku ingat kau dah sampai tadi?" soal Dina memandang rakannya aneh.

"hm? Ah! Aaa! Aku datang dah tadi! Aku.. Aku baru je rasa macam nak kejutkan kau!" ujar Qasha sambil memeluk lengan rakan karibnya itu.

"baby baby! Kau mengantuk sangat ke sampai tertidur ni? Kesiannya BFF aku ni!" kata Qasha sambil mengusap-usap kepala Dina.

"tadikan, aku mimpi ada orang belai kepala aku. Lepastu dia usap hidung dengan pipi aku." ujar Dina jelas keliru dengan mimpi yang baru dialami tadi. Jelas, dia dapat rasakan mimpi itu betul betul berlaku. Atau mungkin dia terlalu penat sehingga dia terbayang perkara yang bukan bukan? Mustahil bagi seorang lelaki untuk berani berkelakuan seperti itu disekolah. Bukan mereka tidak tahu betapa ketatnya peraturan sekolah ini sehingga jika didapati bercinta, pihak sekolah akan menelefon ibu bapa pelajar dan memberitahu tentang hal percintaan mereka!

Dan sangat mustahil lelaki itu tidak kenal siapa Dina Arysa, perempuan gila yang sering melanggar peraturan sekolah dan sering bergaduh dengan rakan sebayanya. Asal ada yang tidak kena, pasti dia beritahu straight to the point.

Dan disebabkan itu lah Dina Arysa tidak pernah mendapat teman lelaki walaupun kawan-kawannya sering sekali menerima pelbagai luahan perasaan, dia tidak pernah lagi.

Tanpa disedari Dina Arysa, waktu rehat sudahpun bermula.

"Ah sudah, aku mengelamun sampai tak sempat salin nota. Qasha, nanti bagi aku salin nota kau eh" ujarnya sambil memandang Qasha yang duduk di sebelahnya.

"ya lah, nanti aku hantar gambar" balas Qasha lantas menarik lengan sahabatnya itu.

Tak sabar untuk makan Roti dan susu strawberry kegemarannya! Kalau lambat risau habis pula!

Selesai membeli makanan dan minuman, Qasha dan Dina mula bergerak ke tempat duduk untuk menikmati makan petangnya itu.

Tiba-tiba Dina dilanggar oleh seorang murid perempuan dan menyebabkan bajunya basah ditumpahi milo panas.

"AH!" jeritnya kuat lalu menggelupur akibat disimbahi air panas.

"Ya Allah Dina!!" jerit Qasha lalu terus membawa Dina ke tandas untuk membersihkan baju dan mengelakkan lecuran di badan gadis itu.

Murid yang melanggar Dina tadi hanya memandang dua orang senior nya dengan muka tanpa rasa bersalah.

"Ey, Overreacting betul dia orang tu. Macam panas sangat je" kata pelajar itu kepada kawannya.

Sejurus dia berpaling kebelakang untuk meneruskan perjalanan, dia dilanggar seorang lelaki yang tinggi dan menyebabkan air panas yang dipegang lelaki itu terkena tangannya.

"Auch! Hey! Jalan pakai mata lah!" jeritnya ke arah jejaka kacak itu.

"pardon? Ops! Sorry!" kata lelaki itu namun penuh dengan nada sarkastik.

Perlahan tangannya mencapai tangan pelajar perempuan itu sambil tersenyum. Lalu baki air yang masih panas itu dituang sehingga habis ke tangan remaja itu.

"WEYH! KAU GILA KE?!" jerit remaja itu sambil menggelupur kepanasan.

Senyuman yang tadinya terlukis di wajah mula dipadam dan digantikan dengan renungan tajam.

Pelajar perempuan yang tadinya penuh kemarahan kini diselubungi rasa takut.

"Minta maaf" ujar lelaki itu dengan suara tegas dan perlahan namun cukup kuat untuk didengari oleh mereka berdua.

Rakan pelajar perempuan itu yang tadinya disisi sekarang sudah hilang entah kemana.

"Apa?" soal pelajar itu jelas ketakutan.

"Pergi minta maaf dekat orang yang kau langgar tadi. Kalau tak aku buat lagi teruk daripada ni." Ujarnya lagi sambil memberi amaran yang cukup menakutkan.

Selesai memberi arahan itu, dia terus menarik tangan pelajar itu dan terus membawanya ke tandas perempuan.

Dia memandang gadis itu lantas memberi petunjuk untuk masuk ke tandas dan meminta maaf kepada Dina.

Apabila gadis itu hampir masuk ke tandas pelajar perempuan, sekali lagi tangannya di tarik dan dia menghadap lelaki di hadapannya.

"jangan bagitau sesiapa pasal hal ni. Faham?" ujarnya.

Pelajar itu hanya mengganguk laju dan terus masuk ke dalam tandas.

Dia mencari kelibat Kakak yang tadinya dilanggar. Jelas kelihatan Dina yang sedang berbaju hitam itu sedang duduk di atas sinki sambil melihat Qasha yang sedang ralit membasuh baju sekolahnya.

Mujur dia membawa baju lebih kerana risau perkara yang tidak dapat dijangkakan akan berlaku. Seperti hari ini.

"Akak! Saya minta maaf! Saya langgar akak tadi! Saya minta maaf!" ujar pelajar perempuan itu lantas menangis.

"eh? Kenapa ni? Weyh asal nangis? Akak okay lah!" Dina yang jelas kelihatan panik terus turun dari sinki dan memegang kedua bahu gadis yang 2 tahun lebih muda darinya itu.

Qasha pula hanya berdiri dan memandang dua orang remaja dihadapannya dengan penuh tanda soal di minda.

Selesai mereka membasuh baju, Dina terus menyarungkan baju sekolahnya walaupun masih sedikit basah. Dia tidak mahu melewatkan waktunya lagi. Penat dia memohon kepada cikgunya untuk membuat kelas tambahan selepas waktu sekolah, tetapi dia pula yang tidak hadir.

Keluar dari tandas, pelajar perempuan itu meminta izin untuk berlalu pergi.

Dan hari mereka diteruskan seperti biasa, masuk ke kelas dan membuat pelbagai latihan persediaan SPM.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Siap Bab 1! Apa apa pun, maafkan segala kesalahan tatabahasa dan kesalahan ejaan ya! Enjoy!

Cinta Mr.PsychoWhere stories live. Discover now