Bab 3

32 3 0
                                    

Hari masih lagi pagi, ini lah nasib Dina Arysa setiap hari, dia sering datang terlalu awal ke sekolah.

Sesi persekolahan bermula pada pukul 7.30 pagi tapi sejak pukul 6 pagi lagi Dina Arysa sudah terpacak di depan pagar sekolah.

Tapi disebabkan harini moodnya melayang, dia terus memecut skuternya laju melepasi kawasan sekolah, dia sendiri tidak tahu dia harus kemana tapi dia mesti mengambil udara pagi dan menenangkan fikirannya sebelum ke sekolah, sejak awal tahun dia sudah bertekad tidak mahu bergaduh atau menimbulkan apa-apa masalah, dia tidak mahu disebabkan moodnya tidak tentu, azam tahun barunya itu lebur!

Sedang dia membawa skuternya itu mengelilingi kawasan lapang, dia melihat sebuah kereta yang sangat dikenali terletak betul betul di hadapan Taman Riadah.

Ah sudah, pagi-pagi buta macam ni, letak kereta depan Taman gelap pulak tu, apa agaknya cikgu tu buat.

Fikir Dina, tanpa disedari, dia memberhentikan skuter merah jambunya itu betul betul disebelah pintu kereta pemandu.

Dia melihat kedalam kereta melalui tingkap namun dia tidak boleh melihat apa apa kerana tingkap kereta itu gelap.

Apabila dia mulai rasa seram sejuk, dia terus menunggang skuternya dan kembali ke sekolah. Tidak mahu terlalu lama diluar sekolah kerana bimbang ada perkara yang tidak diinginkan terjadi.

Sampai sahaja di sekolah, Dina Arysa terus bergerak ke kantin. Jam menunjukkan tepat 6.45 pagi, pihak kantin pasti sudah menyediakan pelbagai kuih untuk makan pagi.

Melihat karipap dan kuih kasui, Dina Arisa terus berlari dan mengambil plastik untuk membungkus beberapa biji kuih kegemarannya itu.

"Lama dah tak makan Cik Nab punya kuih kasui ni! Rindu!" kata Dina kepada makcik kantin yang paling akrab dengannya. Dina Arysa memang dikenali ramai pekerja di sekolah kerana sikapnya yang peramah, suka bergurau dan suka membantu. Walaupun dengan kawan yang sebaya atau lebih muda mungkin perangainya lebih dingin dan tegas, dia tetap lembut hati dengan orang yang lebih berusia.

Barangkali kerana dia sudah melihat betapa susah ayahnya mencari nafkah untuk membiayainya. Bahkan ibunya juga seorang yang sangat bekerja keras, dan disebabkan itu, Dina Arysa jarang sekali berjumpa dengan ibunya.

Selesai membungkus kuih, Dina bergerak ke kaunter untuk membayar. Dia menghulurkan Duit RM5 sekeping, sementara menunggu baki duitnya, matanya meliar sehingga ke ruang makan guru.

Dina Arysa terus terkedu apabila melihat kelibat Cikgu Naim sedang menyuap Karipap ke dalam mulutnya.

Bukan ke tadi kereta Cikgu tu dekat depan taman? Kenapa cikgu tu ada dekat sini pulak? Tak nampak pun kereta dia masuk?

"adik? Nah baki" suara Kak Zati pula mengejutkannya. Kacau betul orang tengah bermonolog.

Tidak mahu merunsingkan lagi kepalanya, dia terus duduk di sebuah kerusi, menunggu Si Qasha, memang akan ambik masa. Qasha pula memang seorang yang menepati masa, tapi terlalu tepat pula. Tidak datang awal, dan tidak lambat. Tepat tepat. Betul betul menepati masa.

Dina sering duduk seorang diri sebelum diarahkan beratur di dataran perhimpunan, kalau bernasib baik, ada lah pelajar yang bertegur dengan dia. Kalau tidak, dia akan duduk diam dan makan kuih.

Sedang dia perlahan mengunyah kuih, gadis yang duduk dihadapannya mula berbisik ke rakannya sambil tersenyum-senyum.

Kutuk aku lah tu. Macam lah aku tak tau. Bisik hati Dina Arysa.

"eh cikgu tu datang cikgu tu datang" kata gadis itu kepada rakannya lagi.

Dina bukan sengaja memasang telinga, Pelajar itu yang cakap kuat-kuat! Bukan salah Dina!

Secara tiba-tiba dia merasakan tangan seseorang menyentak bahunya.

"AHHHH!!" jeritnya kuat sehinggakan semua pelajar yang berada di kantin memandangnya dan ada yang berbisik sesama sendiri.

Cikgu Naim yang sedang berdiri di belakangnya itu hanya tergelak. Ceria betul paginya dapat mengganggu pelajar kegemarannya. Walaupun baru saja berjumpa semalam, dia tertarik dengan pelajar ini.

Dina terus berdiri dan memandang muka Cikgu Naim dengan pandangan yang sangat tajam. Dahinya dikerutkan untuk menunjukkan bahawa dia sedang marah.

Tangan digenggamkan namun masih terletak disisi.

Cikgu Naim hanya tersengih melihat gadis remaja itu memberontak diam. Mungkin sedang menyumpah seranah akan dirinya di dalam hati. Hati manusia, siapa tau.

Tidak lama selepas itu, kedengaran bunyi loceng dan pengumuman yang mengarahkan para pelajar untuk beratur di Dataran Perhimpunan.

"What? Pergi beratur sana" kata Cikgu Naim sambil menahan tawanya.

Dina Arysa terus memandang Cikgu segak itu sebelum penumbuk yang digenggam dari tadi melayang ke lengan cikgu muda itu.

"auch!" aduh Cikgu Naim.

tanpa berkata apa-apa, Dina Arysa terus menggalas beg sekolahnya dan terus berlalu pergi. Kuih yang masih banyak tidak tersentuh itu ditinggalkan begitu saja. Siapa tak malu apabila dirinya mendapat perhatian secara tiba-tiba? Sudahlah dia tidak suka diberi perhatian lebih-lebih. Lepasni entah apa gosip yang akan muncul di mulut pelajar lain. Serabut Dina dibuatnya.

Cikgu Naim hanya memerhatikan Dina Arysa yang sedang berlalu pergi dan menghilang disebalik pelajar-pelajar lain. Dia hanya tersenyum sambil mengusap-usap perlahan lengannya. Sakit juga perempuan pukul.

Cikgu Naim juga bersiap dan bergerak ke dataran perhimpunan, kuih Dina Arysa dibawa bersama. Berniat untuk mengembalikan kuih itu kepadanya.

Selesai perhimpunan, para pelajar diarahkan untuk bergerak ke kelas masing-masing. Cikgu Naim juga sudah dikenalkan oleh Pengetua kepada pelajar.

Siapa sangka Cikgu Naim juga diminati ramai pelajar perempuan kerana kekacakannya. Cikgu praktikal itu masih muda, jadi ramai pelajar yang berangan-angan untuk mencuri hari guru muda itu.

Namun dalam fikiran Cikgu Naim hanya ada satu nama, Dina Arysa.

Dia masih tidak tahu kelas pelajar itu, malah ketika di dataran perhimpunan, dia tidak melihat kelibat Dina Arysa.

Tanpa membuang masa lagi, Cikgu Naim mengemas barangannya dan bersiap untuk menuju ke kelas.

Hari pertama dia akan mengajar. Dia gementar. Sungguh.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Enjoy!

Cinta Mr.PsychoWhere stories live. Discover now