Cikgu Naim melangkah ke dalam kelas 5SainsKomputer.
Dia melihat dari luar kelas, anak-anak muridnya yang sedang duduk, ada yang berborak, ada yang belajar.
Perasaan gemuruh dia tepis, dia tidak boleh tunjuk kegugupannya dihadapan semua murid itu.
Dia melangkah perlahan ke dalam kelas itu sambil tersenyum. Namun matanya terus tertancap kepada seorang gadis yang sedang menunduk meletakkan kepala di atas meja.
Terus dia tersenyum ceria. Dia mengajar kelas pelajar kegemarannya!
"Bangun semua!" lantang ketua kelas bersuara.
Apabila sudah memastikan semua pelajar sudah berdiri, dia memberikan salam kepada guru muda itu.
Sesudah menerima arahan untuk duduk, semua murid melabuhkan punggung di tempat masing masing.
Mata Cikgu Naim hanya memandang ke arah seorang murid yang sedari tadi tidak memandangnya. Mungkin sedang bersedih atau kecewa.
Apa agaknya yang dilalui budak tu.
"Hi semua, saya Cikgu Naim Arshad. Guru bahasa melayu awak semua. Saya akan gantikan Cikgu Yana buat sementara waktu sebab Cikgu Yana dah bersalin. Sebelum kamu semua tanya, cikgu akan bagitau dulu, Cikgu yana dapat bayi lelaki. Jadi kamu semua boleh mesej dia untuk ucapkan tahniah" Jelas Cikgu Naim panjang lebar untuk mengenalkan diri kepada anak-anak muridnya.
Lantas dia memandang kearah Dina Arysa yang sedang memandangnya sambil mengerutkan dahinya hampir mencantumkan kedua keningnya.
Dia terus tersenyum manis. Tapi pada pandangan Dina, senyuman itu seperti senyuman mengejek.
"ada apa apa soalan?" soal Cikgu Naim lalu mengalihkan pandangannya ke arah murid lain.
"Cikgu!" Seorang murid perempuan mengangkat tangan untuk menarik perhatian guru muda itu.
"ya saya?" jawab Cikgu Naim.
"Cikgu dah kahwin ke?" soal murid itu menghasilkan bunyi riuh dari rakan sekelasnya.
Tergelak Cikgu Naim dibuatnya, hal ini memang sudah dapat dia ramalkan.
"Belum, cikgu belum kahwin lagi sebab cikgu nak fokus pada keluarga cikgu" jawab cikgu Naim.
"Cikgu! Umur cikgu berapa?" soal murid yang lain pula.
"cikgu baru 23. Sebab tu cikgu tak kahwin lagi hahaha." jawab Cikgu Naim lagi.
Gila! Umur dia jarak 5 tahun aje dengan aku? Bisik Dina Arysa dalam hatinya.
Selesai semua sesi soal jawab dan kenal diri, Cikgu Naim pun mengundurkan diri dari kelas itu. Dia sedar bahawa anak muridnya sudah merugikan masa selama satu jam hanya untuk sesi ini tetapi dia perlu menjalinkan hubungan baik antara murid dan guru sebelum mulakan pelajaran.
Dia belajar itu dari kursus yang dia hadiri betul-betul sebelum dia masuk mengajar. Itulah semangat seorang guru praktikal.
Keluar sahaja dari kelas itu, dia tersenyum apabila mengingat kembali riak wajah Dina Arysa.
Jelas menunjukkan dia tiada minat untuk berkenalan dengannya.
Cara percakapan gadis itu sangat menarik.
Suara yang lembut cuba dikeraskan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang kedengaran kasar.
Dia juga sering mencuba untuk menunjukkan bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang rasa ingin tahu jauh sekali rasa minat untuk mengenali lelaki itu.
YOU ARE READING
Cinta Mr.Psycho
RandomPernah berjumpa dengan lelaki yang sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan wanita yang dia cintai? Pernah tak korang rasa bagaimana perasaan orang yang ada di tempat itu? Fattah Asyraf, seorang lelaki yang kacak, bijak dan kaya. Senang cerita, di...