Part 2 : kenangan

74 2 0
                                    

 NOR FAIZATUL AKMA BINTI JOHARI. satu nama yang begitu kukuh dalam jiwa aku sebagai seorang lelaki. namun tidak lah sampai memadam dan mengetepikan nama rasulullah saw dan kedua ibu bapa ku. kau di kira istimewa dalam hidup aku. sebab  kita mengharung suka duka onak duri ranjau berliku bersama. dan bersama sama kita di atas dan kita di bawah. gelak hilai bersama, sedih meraung bersama, tanpa ada rasa salah dan menyalah di antara kita. dan kita bahagia. walau kemana kita berada.

aku masih ingat.. waktu itu, kita bergaduh, di dalam kereta, di atas perjalanan pulang ke kampung halaman, dan aku memujuk mu. lembut kasar dan romantik, kita memujuk antara satu sama lain,  bertekak dan membaran, akhirnya ketawa, sebab masing masing lihat muka bila marah.. sangat hodoh. dan ianya menjadi kita romantik. tidak perlu ke tempat mewah, indah, cantik, cukup hanya di dalam kereta di pandu, ketika hujan turun. namun ia sudah cukup kita mampu meluah rasa sayang antara satu sama lain. kita ikhlas. antara kau dan aku.. bersama..

indah.. terlalu banyak kenangan yang aku tak mampu hilangkan malah untuk ketepikan. terlalu banyak kenangan yang membuatkan aku semakin hari semakin merinduimu, kita menyukai makanan, kita menyukai percutian, berpakaian sentiasa sama, bergurau kasar, kita bergaduh dan berbaik dalam waktu yang sama. indah.. ia cukup indah. sehingga terkadang aku mahu tarik dan kembalikan waktu itu. dan mahu ianya tetap di situ. tidak di ubah meski waktu datang menghambatnya ia pergi aku tetap mahu ia di situ.... sekiranya aku mampu..

masa berganti masa.. berjalan dan meninggalkan apa yang dilaluinya.. begitu juga aku.. di tinggal di benak waktu yang tak mungkin aku tarik dan kembali di situ. namun kenangan tetap ada. tetap bersama. tetap hadir meski tak di pinta. sebab aku.. rindu.. inginkan kamu.. jadi peneman hidup dan akhir nyawaku. 

kau.. sudah di hadapan berjalan tanpa menoleh aku lagi.. di sisi mu terlihat lelaki lelaki yang mahu memenangi hatimu. aku di belakangmu. hanya di belakangmu.. dan disekelilingku adalah kenangan kita. yang tak mungkin akan menghambat kau untuk datang kepadaku. yang kau anggap aku punca dan penipu hati dan perasaanmu. maafkan aku. aku ego pada waktu itu. tapi kau mungkin tidak akan menerimanya.. sebagai suatu asbab untuk kau kembali kepadaku..



part 1 : jauhWhere stories live. Discover now