part 3 : move on

34 2 0
                                    


aku kira aku dah move on. meninggalkan segala apa yang terkesan di dalam jiwa dan hidup aku. kau juga begitu.. move on jauh meninggalkan aku dengan lebih begitu pantas sekali. malah dengan rakan rakan kau  yang kau kira senasib dengan kau di tinggalkan oleh lelaki yang tidak pernah menghargai cinta dan pengorbanan seorang wanita terhadap seorang lelaki. kau mencorakkan hidup mu dengan warna warni kesukaan tanpa sedikit pun kau perlu mengingati aku lagi. apantah lagi, kau lebih bebas untuk memilih teman hidup mu yang lebih arif dan mampu menjaga isi hatimu.  dan ya.. itu adalah kau yang sekarang...

aku move on.. hanya sekadar di atas bicara bibir. hanya sekadar di atas kata.. aku move on.. pada aku.. tapi tidak pada hati aku.. aku tak boleh dan tak mampu untuk move dari mengingati kau. ya.. kerja gila dan ianya mungkin satu perkara yang bodoh bagi mereka yang membaca, dan mungkin dijadikan bahan ejekan dan makian juga. aku tak kisah. peduli apa aku. hati aku. aku sayang dia. nak dia. aku je yang rasa peritnya dan sayangnya pada dia. aku je yang rasa apa yang aku tertanggung dan melihat rasanya. rasa kita takkan sama meskipun situasinya mungkin sama.

setiap hari, setiap saat, aku move on dari mengingati mu, move dari melihat kenangan dan pacaran kita bersama, move on dari menyebut namamu,move on dari mengingati fizikal mu, move on dari menngingati wajahmu.. fuhh fuhh fuhh,.. berusaha dan berusaha.. aku mahu move on.. yaa!! aku mahu move on!! celaka apa yang aku perlu ingat pada seorang gadis!! aku harusssss....!!!!

hampa...kaku.. pejap.. aku terduduk di antara bibir masa yang menderu laju.. terpelujuk aku di atas  sandiwara yang lemah. entah... bagaimana, kenapa dan bagaimana.. tiap kali aku berlari meninggalkan kau.. merentas seribu padang, berenang seribu sungai, mendaki seribu gunung. di akhir waktu.. kau ada di hadapan ku. dengan wajahmu yang ayu, memanggil aku dan berkata " abang pergi mana? puas sayang tunggu abang.. jangan pergi jauh - jauh.. bahaya... "  


You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

part 1 : jauhWhere stories live. Discover now