"Kau berambus sekarang!! Aku benci tengok muka kau! Bawak anak² tak guna kau sekali tu! Menyemak mata aku tengok!"
"Sampai hati Oppa cakap macam tu!"
"Apa?! Aku curang ? Ye memang aku curang dengan kau! Kalau kau nak tahu, dah ramai perempuan yang aku dah 'puaskan'. Sekarang aku nak kau berambus dengan anak kau dua ekor tu!"
"OPPA!!"
"APA KAU NAK?! AKU CAKAP BERAMBUSKAN! AKU CERAIKAN KAU! KAU NAK BERAPA JUTA?! AKU BAYAR TAPI KAU KENA BERAMBUS DARI RUMAH NI! AKU BENCI TENGOK KAU! SAMPAH! "
Wanita 35an itu terus berlari ke arah lelaki yang berkemeja kemas yang berada di sudut tangga. Kaki lelaki itu dipeluk meminta simpati, meminta peluang untuk membaiki rumah tangga mereka yang tiada sedikit pun cebisan yang hubungan mereka akan kekal.
Setiap kali lelaki itu balik lewat malam, rumah itu menjadi neraka pada wanita itu serta dua insan yang masih lagi belum tahu erti kehidupan. Hanya mampu menangis apabila mendengar Ommanya diseksa oleh Appa kandung mereka. Tangisan, Jeritan, Rayuan, Pukulan sering didengari oleh mereka setiap malam apabila lelaki kejam itu pulang lewat malam.
Bukan wanita itu tidak pandai memasak dan mengemas, mahu dia membina kapal untuk berlayar di lautan juga sanggup dibuat tetapi butanya lelaki itu kerana tidak nampak akan kelebihan isteri sendiri. Jangan dikatakan memberi makan, memandang muka isteri dan anak kandungnya juga lelaki itu tidak sanggup.
Jangan pula dikatakan nama anaknya, bila isterinya mengandung juga tidak pernah dia ketahui. Kenapa?, kerana perempuan yang lelaki itu nikahi hanya sebagai pemuas nafsu naganya, perkahwinan itu juga bukan kehendak lelaki itu, tetapi disebabkan harta yang bernilai 10 Juta.
Bukan sekali lelaki itu melafaskan kata bercerai, tapi dikuatkan hati wanita itu. Badannya penuh dengan kesan jahitan dan lebam di merata tempat. Lebam di mukanya yang masih lagi baru jelas kelihatan. Raket badminton, tali pinggang, penyapu sering menjadi bahan bagi lelaki itu untuk memukul badan si isteri.
"Saya takkan tinggalkan Oppa.. takkan sesekali.. Oppa buat lah apa yang Oppa nak, Jearin takkan sesekali tinggakan Oppa.."
Kata wanita itu dengan air mata yang sudah tiada sedikit harga pada lelaki itu. Tidak pernah sekali pun dia dapat belayan istimewa dari lelaki itu, dari awal perkahwinan hingga sekarang, sudah 9 tahun. Apa yang dia dapat hanya maki hamun dan pukulan dari lelaki itu. Pernah lelaki itu memijak perutnya saat kandungan dia berusia 2 bulan, bila sampai dihospital dengan teksi, bayi itu tidak dapat diselamatkan.
"Kau ingat aku tak akan buat ke hah?! Kali ni aku akan pastikan kau tak akan muncul dalam hidup aku lagi!! Dasar perempuan murahan!"
Lelaki itu terus berlari ke dapur meninggalkan wanita itu menangis di lantai. Baru beberapa langkah kaki lelaki itu kedapur, 2 orang anak kecil berlari mendapatkan Ommanya yang sudah teresak² menangis.
"Ommaaa"
Kedua² anak kecil itu berlari memeluk Ommanya. Walaupun Ommanya itu atau nama sebenarnya, Park/Kim Jearin menyuruh anaknya itu berada di dalam bilik, mereka tetap akan melihat penderaan si Ayah pada Ommanya. Dan apabila si Ayah kejam itu pergi barulah mereka berdua mendapatkan Ommanya.
"Keluar pun anak b*bi dua ekor ni, baguslah.. biar ketiga² ekor ni lenyap malam ni"
Kecut perut Jearin dan dua orang anaknya saat melihat lelaki kejam itu memegang pisau sambil meleretkan senyuman jahatnya. Jearin terus sahaja menyuruh anaknya itu masuk ke bilik tetapi dua orang anaknya itu terlalu takut. Itu kali pertama si anaknya itu bertemu muka dengan si Ayah.
"O-oppa, t-tolong j-ja-jangan"
Rayu Jaerin sambil memeluk erat anaknya. Tangisan si anak dan si ibu makin kuat saat dia tiba tadi.
