7-See You Again

399 37 3
                                    

"Oppa! "

Taeyeon sedikit menjerit saat Taewoo terjaga dari tidurnya. Chanyeol yang tadi berada di sofa juga turut bangun ke arah Taewoo. Taewoo tersenyum ke arah Taeyeon,  sudah lama dia tidak lihat adik perempuannya ni sorang.  Dia bangun perlahan² dibantu oleh Taeyeon.

"Eyeon,.. Kenapa datang sini? "

"Apa Oppa ni,  Yeon datang jauh tau"

Taewoo menahan ketawanya saat melihat Taeyeon ingin menangis. Chanyeol hanya diam memerhati insan dua orang itu.  Taewoo memandang Chanyeol lalu mereka bersalaman. 

"Hyung oke? "

Taewoo hanya tersenyum. Dia kena kuat dihadapan adiknya. Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia boleh bertahan dengan penyakitnya ini.  Dia pun besyukur kerana masih lagi dipanjangkan umur sampai kehari ini.

"Hyung macam nilah,  dah baik sikit rasanya"

"Oppa,  Eyeon rindu"

Taeyeon memuncungkan bibirnya. Sudah lama dia tidak bermanja dengan abangnya. Last dia bersua,  7 bulan yang lalu,  sebelum dia berpindah ke rumah Chanyeol lagi. Taewoo dahulunya terpaksa berulang alik ke hospital tapi sekarang Doktor meminta dia terus berada di hospital memandangkan penyakit terus merebak.  Kakinya juga sudah tidak boleh nak berjalan.
"Eyeon sihat? "

Taeyeon mengangguk kepala. Jari jemari Taewoo masih lagi digengamnya. Tidak mahu dia berpisah. Chanyeol pula duduk disebelah kanan Taewoo. Walaupun Taewoo hanya tua 8 bulan dari Chanyeol,  Chanyeol lebih suka membahasakan diri Taewoo 'hyung'. Katanya ingin berasa ada abang. 

"Yeol,  Taeyeon ni ada buat benda pelik ke?,  tak menyusahkan Yeol ke? "

Dengan itu,  Taeyeon memukul lengan Taewoo kuat. Taeyeon dahulu semasa berada di rumah kebajikan memang ganas orangnya. Dia tidak akan bercakap dengan sesiapa kecuali seorang rakannya. Minyoung.

"Tak adalah hyung,  Yeon baik je, tapi masa awal² tu takut jugak Yeol..  Garang.. "

Chanyeol berkata dan disahut dengan ketawa dari Taewoo. Memang benarpun Taeyeon garang orangnya. Nasib baiklah dia berambut panjang dan tidak seperti lelaki. 

"Eyeon tak suka lelaki,  Mianhye Chanyeol Oppa "

"Oppa tahu,  Hah hyung,  tadi sebelum datang,  Yeol ada beli makanan..  Tapi Yeol tak tahu Hyung boleh makan ke tak.. "

Chanyeol bangun lalu menarik meja makan beroda milik hospital ke arah Taewoo. Di atas meja itu sudah ada pelbagai plastik makanan yang Chanyeol beli tadi. Taewoo menyuruh Taeyeon mengambil pinggan dan lain² pekakas yang berada di meja kecil di sebelahnya. 

"Ni bubur, Ni pulak ttoekbokki,  ni buah anggur, strawberi dan pisang kaki. Ni pulak kek ikan inti kacang dengan kaya..  Dan last sekali,  ayam goreng.. "

Chanyeol mengeluar satu persatu makanan yang dibelinya tadi. Sebenarnya,  Puan Yujin meminta Chanyeol membeli buah tangan pada Taewoo sebelum datang tapi dia lupa,  sebab tulah dia beli banyak makanan. Taewoo diam menelan air liur,  sudah lama dia tidak merasa makan tersebut.

"Oppa boleh makan ke? "

"Oppa tak tahu,  tapi Oppa tak kesah.. Lama Oppa tak makan benda tu semua "

Chanyeol hanya tersenyum. Bukan niat dia nak suruh Taewoo teringin semua tu,  tapi dia tak tahu apa yang Taewoo boleh makan.  Mereka makan bersama², tapi kalau dilihat secara teliti Taewoo memang makan sebanyak yang mungkin. 

"Hyung,  Yeol ada hadiah nak bagi..  Ni..sama macam Yeon punya."

Chanyeol menghulur 1 kotak pada Taewoo dan 1 lagi kotak pada Taeyeon. Telifon yang dia beli kelmarin tapi tak sempat nak bagi Taeyeon dulu.  Taewoo menerima dengan rasa bersalah. 

[STOPP] " If I.. " - bbhktyWhere stories live. Discover now