BAHAGIAN II

401 55 17
                                    


Kata-kata ustaz radio tadi masih terngiang-ngiang di telingaku. Hatiku berdebar. Berdegup kencang bagaikan bakal menerima sesuatu tak lama lagi? Apa yang bakal diterima? Adakah kuota peringatanku sudah habis? Atau sudah expired?

Mee mamak yang dipesan datang bersama segelas teh tarik. Hirupan pertama aku amati dengan penuh kekhusyukan. Bersama hirupan itu, bermacam-macam persoalan menebuk benak otak ku.

Betul ke apa yang aku buat selama ni? Setiap apa yang aku buat selama ni betul ke? Masih terlambatkah untuk aku perbetulkan apa yang silap?

Sedang aku makan seorang diri, datang pula seorang pemuda mencuit bahuku. Tersedak aku dibuatnya. Nasib baik tak sampai ke tahap tu.

'Assalamualaikum ya Nuh'

'Waalaikumussalam. Eh, Hafiz, mana kau tahu aku lepak sini? Kau stalk aku ek??'

'Takdenye, aku memang dah lama berhajat nak merasa mee mamak kat kedai sini. Lagipun kedai ni kan baru je bukak seminggu dua ni.', jawabnya bersahaja. Wajahnya membuatkan kuriositiku memuncak. Lain daripada Hafiz yang sebelum ni. Dulu muka dia berminyak ke? Haih takdelah smpai mcm tu. Tapi kalini penuh dengan an-Nur. Dilimpahi cahaya gitu. Macam spotlight lah katakan.

Meja kami terletak jauh di hujung kedai. Nun di bawah pepohon rendang dekat dengan tempat parking motor sini.

Selama pertemuan kami, mulut kami jarang sekali berkomunikasi. Cuma bunyi notifications yang masuk sahaja memecah kesunyian di meja kami. Dari mana? Hah memang dari handphone aku ah. Setiap 10 saat mesti akan berbunyi. Maklumlah zaman dah moden.

'Bro, aku nak cakap sikit, teknologi ni memang bagus. Tu tandanya kita sebagai umat manusia dah maju dalam aspek pembangunan sains ni. Tapi, macam mana pun kita kene pandai manfaatkannya..', belum sempat dia habiskan ayatnya, aku mencelah.

'hah memang ah. Aku selalu jugak share tazkirah-tazkirah, hadis-hadis, dalam group whatsapp nih. Macam tu lah cara untuk manfaatkannya kan?', walhal aku cuma share sahaja. bukannya baca sangat. Entah hadis yang sahih atau tak aku share tu. Biasalah, nak dapat title alim kan. Kene lah usaha sikit share bende baik ni.

'kalau macam tu bagus ah. Kau pernah memasak? Kalau ye, mudah aku nak pahamkan kau. Kirenye sebagai analogi mudah, teknologi ni ibarat pisau memasak di dapur. Simple je. Kau boleh manfaatkannya untuk memasak di dapur dan kau juga boleh gunakannya dengan cara yang salah untuk membunuh.' , nada suaranya agak tegas ketika ini. Mungkin ini point yang dia cuba sampaikan kepadaku.

Aku hanya terdiam. Macam biasa, walau hatiku tersentuh sekuat mana pun, aku tetap aku. Steady.

'Cuba kau kira, berapa banyak peringatan yang aku ni telah bagi dekat kau. Yang aku sendiri kasi dekat kau. Termasuk semua yang pernah kau dengar. Dari kau kecik mak ayah kau jaga sampailah sekarang. Bila kau dapat peringatan tu, kau tanda dalam buku. Berapa banyak tanda yang ada dalam buku kau tu? Dah berapa buku yang kau guna untuk tanda? '

Raut wajahku berubah. Cuba mengira dengan ilmu hisab yang aku ada.
Tapi sebanyak manalah sangat ilmu yang aku ada

Sebab, sehendal manapun kita dalam ilmu matematik, kita tak dapat menghitung dosa kita kepada Allah S.W.T.

'Nuh, aku berani jamin yang peringatan tu sudah lebih daripada 20,000. Aku tak tahu, cuma tuhan yang tahu. Cuma satu je aku nak pesan, peringatan ni bukan macam angin lalu. Yang masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan. Tapi kita sendiri. Kita sendiri kena tanam setiap peringatan itu dan amalkan. Takde lah susah sangat. Ingat Nuh, Islam ni mudah. Kita sendiri yang membuatnya jadi susah.'

Mee mamak aku pintal-pintal menggunakan garfu. Selera ku hilang entah kemana. Pinggannya ku tolak ke hadapan. Mataku merenung tajam kedalam anak mata Hafiz.

'Hafiz, kau takkan pernah faham aku. Aku ni pendosa. Bukan macam kau. Hati aku ni dah keras. Keras macam keluli' , kataku seraya berjalan ke arah bangku yang terletak di hadapan sebuah tasik. Tasik ni memang terkenal dalam kalangan pelajar di univ kami. Panoramanya memang indah. Di hujungnya tersergam indah sebuah masjid yang menjadi tempat para pelajar mendirikan solat berjemaah.

Aku? Setakat ni belum pernah ke sana.

Fikiran ku kusut. Mungkin diriku terlalu ego. Ego dengan tuhan. Mana aku tahu aku ego? yelah, dah hampir setiap hari asyik menagguh je niat untuk solat di awal waktu, niat untuk solat berjemaah di masjid, niat untuk berpuasa sunat, niat untuk berhenti melepak membuang masa. Tapi sayang. Sayang seribu kali sayang. Semua tu cuma niat, tanpa sebarang tindakan.

.....

Sesi kuliah harini habis awal dari hari yang lain. Aku meluru masuk ke bilik. Terus melempar diri ke atas katil. Bergegar katil. Maklumlah katil double decker kan. Aku berbaring di bahagian bawah.

Sedang aku berehat, tertampal satu keping memo kuning. Tertulis di atasnya satu kod, 71:5 , 71:6 .

Aku jadi bingung. Apa ni? Nombor ekor ke? Atau

Aku terpandang sebuah naskhah tafsir al-Quran milik hafiz di atas meja study nya.

Aku buka helaian tersebut, Surat Nuh, Ayat 5 dan 6 .

Dia (Nuh) berkata, 'Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku siang dan malam ,

Tetapi seruanku itu tidak menambahkan (iman) mereka, malah mereka lari (daripada kebenaran)

( Surah Nuh ) 71:5 ; 71:6

Tanganku terketar saat membacanya. Aku sedar. Hidupku selama ini cumalah sebagai pelarian. Aku dijajah oleh diriku sendiri. Aku lari dari kebenaran. Cuba berselindung di sebalik kedustaan. Apa yang aku dapat? Nothing. Mataku berkaca retak seribu.

'Nuh, aku dah tak lama lagi ni. Tak banyak perkara yang aku boleh sampaikan dekat kau. Kau masih ada masa untuk buat keputusan. Perkara ni bukan main main. Ini soal kehidupan kau Nuh' , suara ni memang aku kenal sangat.

'Eh, awal kau balik Hafiz' kataku sambil cuma menutup air mataku yang gugur satu demi satu. Tanpa dapat dikawal.

'Nuh, percayalah, itulah air mata hidayah. Lintasan hidayah yang kau tunggu-tunggu telah sampai. Kau tak payah malu dengan air mata tu. Kau patut bangga, kau terpilih oleh Allah untuk sedar akan Kebenaran. Alhamdulillah tugasku sebagai pendakwah sudah selesai'

'Apa yang kau cakap ni Hafiz? Aku baru nak bertatih mengenal ilmu Allah, Aku nak kau bimbing aku. Aku malu.'

Kalini aku betul-betul mahu berubah. Tapi Allah maha Esa. Aku menerima satu tamparan hebat apabila sahabatku rebah menyembah bumi. Mulutnya sempat mengucap dua kalimah syahadah.

Allah lebih sayangkannya. Memang benar jika ini kuota peringatanku yang terakhir, aku redha dengan ketentuanmu Ya Allah.

Wajah Hafiz tersenyum manis sewaktu ajal menjemputnya. Tugasnya sudah terlaksana. Kini aku berazam untuk membalas jasa baiknya, berdakwah kepadaku tanpa jemu dan lelah.

Tangannya menggenggam segulung kertas memo. Aku ambil perlahan-lahan. Saat membacanya, air mataku semakin bercucuran laju. Sangat laju.

'Dan ketahuilah, tidak akan beriman di antara kaum mu, kecuali orang yang benar-benar beriman (sahaja), ' 

( Surah Hud ) 11:36

....

Kini aku sudah selamat bergelar seorang ustaz. Lebih rajin ke masjid. Dan aku juga dilantik menjadi Naqib kepada Geng Usrah Fillah sekarang ini sibuk berkelana ke seluruh Malaysia untuk menyebarkan dakwah.

Alhamdulillah peluang yang aku dapat telah aku cuba manfaatkan sebaik mungkin. Kisah aku dan Hafiz akan terus kekal terpahat dalam memori ingatanku. Hafiz merupakan penghidap kanser prostat tahap empat. Tapi dia tak pernah memberutahu sesiapa akan penderitaan yang dialaminya. Malah dia masih berkesempatan untuk membimbing ku. Semoga dikau tenang di sana. Kau sahabatku. Sahabat Dunia dan Akhirat.

Ke jalan yang diredhai-Mu .

NUHTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang