BAHAGIAN I

557 50 20
                                    

Bunyi azan sayup-sayup kedengaran dari ufuk kampung ini. Seperti disekat oleh pembesar suara yang memang sudahpun uzur. Suara orang tua teresak-esak.

Allahuakbar Allahuakbar~

Macam biasa, waktu sebegini, aku memang tengah leka dengan dunia khayalanku. Mengembara mencari nikmat. Bukan di alam nyata, namun di alam maya.

Ruang sembang di group whatsapp tak pernah tak sunyi. Mana tidaknya, dari awal pagi sampai ke waktu petang mesti akan ada dalam kalangan mereka yang aktif bersembang. Nama pun bersembang, takkan sorang sorang bro, mesti ade yang lain yang layan dia.

Yang aku musykilnya, nama group ni memang rare. Sekali dengar pun mesti kita bayangkan ahli ahli dia baik baik belaka. Geng Usrah Fillah.

Kalau sembang nak ajak ke.masjid ke apa ke takpe lah jugak. Ni sibuk sembang kosong. Pasal crush la, artis idola la, viral situ sini. Tau tak waktu puncak dia bila? Haa. Waktu gap antara maghrib dan isya' lah paling banyak notifications yang masuk.

Pelikkan? Haa. Mungkin jawabannya tak pelik bagi mereka yang pernah mengalaminya sendiri.

Aku pun apa lagi, layan je laa. Kadang kadang aku tertawa sendirian. Bahu pun terjungkit ke atas dan ke bawah. Tanda seronok dengan aktiviti rehlah sebegitu.

Masa berlalu tanpa disedari. Khusyuk sangat ni. Tup tup dah hampir satu jam aku menelaah handphone ni. Keluhan menyesal meniti di bibirku.Tinggal 10 minit lagi nak masuk isya'

Kalaulah aku tak buka handphone tadi, mesti aku dah siap selesai solat semua.

Penyesalan yang memang sudah ku jangka awal awal lagi. Tapi aku kurang mengerti, mengapa aku masih melakukan perkara yang melalaikan sedangkan aku dah tahu yang aku akan menyesal kemudiannya?

Dengan keadaan tegopoh gapah, solat didirikan. Langsung tiada rasa khusyuk. Tiada juga rasa hormat kepada Sang Pencipta. Sedang aku berada di rakaat kedua, azan Isya' pula dilaungkan.

Hahh. Mampuss.

Tapi aku meneruskan solatku seperti biasa. Memang kering betul hati aku ni. Mana mana peraturan pasti akan aku langgar.

Usai selesai solat maghrib, aku terus menyambungnya dengan empat rakaat yang lain. Macam tak ada apa apa yang berlaku.

Jahil? Memang inilah gaya hidup aku. Prinsip aku, selagi aku tak jumpa keikhlasan, selagi itulah aku tidak akan melakukannya dengan ikhlas.

"Nuh, kau dah solat maghrib ke belum? Kalau belum, jom kita solat sama-sama. " soal Hafiz macam biasa sambil tersenyum. Dia ni memang roommate cakna tentang orang lain. Nak cakap baik tu takde lah sangat. Sebab bagi aku, dia ni jenis yang suka jaga tepi kain orang. Sikit sikit nak sibuk hal orang.

"Dah settle semua. Kau solat ah dulu. Aku nak keluar kejap."

Hafiz mengangguk tanda faham. Baju Melayu birunya disarung berseloroh. Kopiah putih usangnya dicapai. Bauan minyak attarnya memenuhi atmosfera bilik kami. Kasturi Putih.

....

Dalam perjalananku ke kedai mamak, aku mendengar radio Ikim.fm. Bukan aku yang nak, maklumlah, kereta ni aku pinjam sekejap daripada Hafiz. Dalam banyak-banyak housemate aku, dia sorang je yang pakai kereta. So masing masing ke pandai la bodek si Hafiz ni kalau nak pinjam kereta dia.

Kebetulan malam tu ada penceramah jemputan yang kasi satu tarbiah bertajuk Peringatan Terakhir. Apesal tajuk ceramah macam best je. Aku sendiri pun tak tahu.

Sepanjang perjalanan, kedua dua deriaku berfungsi. Mata untuk melihat pemanduan dan Telinga untuk mendengar ceramah. Bahagian serebrumku ligat menafsir kesemua data. Satu per satu.

Yang menarik perhatianku, dia bercerita mengenai nabi Nuh AS. Walaupun aku sendiri bernama Nuh bin Omar, tapi aku tak pernah menghayati apa yang telah terjadi kepadanya.

Allah telah mengutuskan Nabi Nuh kepada satu kaum dan dia tinggal bersama mereka selama seribu tahun kurang lima puluh.

29:14 ( al-Ankabut )

Aku bayangkan bagaimana Nabi Nuh yang telah tinggal bersama umatnya boleh berdakwah selama itu?

1000 - 50 = 950 tahun ! woww

Ustaz itu menyambung lagi. Walaupun sangat lama, berdasarkan rekod yang tercatat, jumlah pengikut yang menerima Islam yang paling maksimum cuma 80 orang. Dan yang paling minimum ialah 11 orang.

So, aku pun berfikir, apa lah yang umat pada zaman tu fikir sampai sikit sangat yang terima ajaran Allah. Takkan dalam julat yang sangat kecil? Adakah mereka tidak mendengar panggilan Ilahi?

Aku terfikir sejenak. Hatiku bagaikan tersentuh. Entah kenapa ku rasakan tarbiah ini memang ditujukan kepadaku. Bayangan hafiz berputar-putar di jendela mindaku. Dia ni memang dah banyak sangat tolong aku selama ni. Tapi aku je yang bnuat setakat acuh tak acuh je.

Telingamu sudah mendengar terlalu banyak peringatan. Berapa peringatan yang kau nak dengar? Sepuluh ribu? Dua puluh ribu? Bayangkan kalau setiap daripada kita ada kuota peringatan. Maknanya setiap peringatan yang kita dengar ada hadnya. Contohnya kaum nabi Nuh. Mereka ada had. Selama 950 tahun. Sangat lama.

Kita pula bagaimana?

Bila dibukakan pintu neraka, penjaga-penjaganya bertanya, 'Apakah belum datang kepadamu Rasul-rasul dalam kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat daripada Tuhanmu?'

Mereka akan menjawab, 'Ya' .

Tetapi ketetapan azab pasti berlaku terhadap orang-orang kafir.

39:17 ( az-Zumar )

Aku pun mengimbau kembali sejarah silamku. Berapa peringatan yang sudah dengar. Nabi Nuh sendiri sanggup bersabar menyampaikan dakwah.

Aku?

Cuma mampu mendengar dakwah yang disampaikan. Belum bersedia untuk fasa menyampaikan. Sebab apa perkara ini berlaku? Sebab aku memang jahil.

Sedangkan Allah pernah berfirman dalam surah al-Baqarah bahawasanya setiap dalam kalangan manusia dijadikan sebagai khalifah di muka bumi. Sebagai pemimpin. Pemimpin yang saling berpesan ke arah kebaikan.

Aku ni sungguh jahil.

Yeah. Aku memang sudah mendengar terlalu banyak peringatan.

Dalam bentuk rancangan televisyen.

Dalam bentuk dakwah di surau-surau.

Dalam bentuk ceramah ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah semasa di dalam kelas dulu.

Dalam bentuk ajaran mak ayah aku dulu.

Dalam bentuk video do Youtube.

Dalam bentuk message di whatsapp. Group Usrah Fillah??

Dalam bentuk Instagram.

Dalam bentuk Twitter.

Dalam bentuk Wechat.

Dalam bentuk Wattpad.

Tak terhitung medium dakwah yang aku dapat. Tapi adakah memberi kesan? yaa. Cuma mampu menzahirkan hati yang terkesan dengan menaip '#deep' di setiap entri dakwah. Langsung tiada langkah susulan.

Kalau orang boleh tulis 'LOL' tanpa rasa suka.

Kalau orang boleh tulis 'ILY' tanpa rasa sayang.

Masakan orang tak boleh tulis '#DEEP' tanpa rasa ingin berubah??

....









NUHWhere stories live. Discover now