Part 15

2.9K 215 4
                                    

Duhai Sahabat....

"Jangan kau sangka kawanmu yang sering
menegurmu itu adalah orang yang paling
bertaqwa.
Jangan kau fikir kawanmu yang sering
menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji.
Jangan kau ingat kawanmu yang tegas
beragama itu adalah manusia yang paling
sempurna.

Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan
dirinya jua.
Dia menasihatimu untuk dirinya turut
berjaga-jaga.
Dan dia bertegas dalam hal-hal
agama kerana risaukan bahang api neraka.

Kawanmu itu bukanlah MALAIKAT.
Dia juga
MANUSIA.

Bersangka baiklah, dia sebenarnya
mahu memimpinmu masuk ke syurga bersama-
sama . . . "

"Orang berjuang sering menangis lemah di sisi
Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia.

Berjuanglah kerana Allah dan berbahagialah hati
walaupun payah kerana itulah jalan ke jannah."

Biar doa kita bersatu,
biar kasih kita beradu,
biar ukhwah kita berpadu,
In Shaa Allah di syurga kita bertemu....

-dakwahummah

QUOTES BUAT DIRIWhere stories live. Discover now