Tatkala malam sepertiga,
Ku bangun dari lena yang nyenyak,
Berlandaskan niat aku tersedar,
Paksakan diri lantas ku bangkit.Dalam akhir sujud ku titipkan,
Sekalung doa buat diri,
Minta dipermudah segala hajat,
Moga ia dipanjat Ilahi.Bersuasana sepi ku bisikkn pada diri,
Bahawa ilmu perlu dicari,
Bertemankan cahaya dan meja di kamar,
Bermulalah sesi mentelaah ilmu.Ku yakin,
Dengan adanya usaha dan semangat yang berterusan,
Pasti impianku mudah dikecapi.Namun,
Seandainya impian itu tak dapat ku genggami,
Aku terima dengan redha,
Pasti ada hikmah disebaliknya.Kerana aku tahu,
Perancangan Ilahi itu lebih baik dari segalanya,
Kerana Dia sebaik-baik perancang.Tulus ikhlas,
-nurhannahfahadahuzaimy
-290916
-0156
YOU ARE READING
QUOTES BUAT DIRI
SpiritualBuat aku dan kau yang masih merangkak mencari keredhaan Allah tapi kadang-kadang terjerumus dalam lembah kejahilan meski sengaja ataupun tidak sengaja. Dan, Buat aku dan kau yang memerlukan secebis kata-kata untuk terus berjuang. Biar singkat asal s...