Bab 3

621 40 7
                                    

Borhan berdiri tegak disitu, memerhati rak yang kosong. Pada rak tersebut tertulis label "Maggi Kari RM5.00", Rak dibawahnya juga kosong, berlabel "Maggi Kari RM1.00". Sepertinya awan hitam mula menyelubungi Borhan menyerap ke dalam paru-paru Borhan yang kembang kuncup.

Dengusan yang kuat mula keluar dari kedua-dua serombong hidung Borhan. Entah mengapa megi kari beli 5 percuma 1 dan megi kari yang dijual asing habis dijual pada hari itu. Selesai Karnival Serba Boleh yang tak berapa nak boleh tu, perut Borhan mula rasa seperti bergeronyotan. Perutnya meronta-ronta untuk disuap makanan tidak berkhasiat itu. Uwek-uwek perutnya merenyek sedari itu. Segera Borhan berlari dari fakultinya ke kafe di kolej kediaman untuk mencari-cari sama ada masih ada dijual megi kari, habis.

Borhan sangat bingai, sarapan pagi megi tadi merupakan sisa-sisa terakhir Megi Kari di dalam almari makanannya. Habis lepas ni Borhan nak makan apa? Takkan nak order ala carte megi kari kat kafe di kolej, diorang punya megi tak sedap. Megi yang dibuat di kafe tidak mengikut formula Borhan yang telah 20 tahun menjalankan ujikaji di makmal meginya di kampung halaman bersama si Pik haiwan belaannya seekor babi kacukan. Lainlah kalau Borhan tu tukang masak di kafe tu, boleh lah megi di kafe tu jadi sedap. Ini tidak! Nihirim konfem tak sedap.

Borhan masih tegak di hadapan rak megi tersebut, kiri kanannya dipenuhi dengan megi-megi yang berperisa berlainan dari kari; Asam Laksa, Tom Yam, Ayam, Strawberry dll. Melihat sahaja warna-warna pek megi yang berlainan dari warna merah kuning tersebut telah cukup membuatkan Borhan seperti mahu termuntah megi pagi tadi. Loya.

"Ate yob, megi kari ni ade ke lagi stok lainye" tanya Borhan kepada cashier di kedai tersebut. Cashier tersebut orang perak.

"Mane maunye" seraya rahang bahagian bawah mulutnya terkedepan lebih lama kali ini disebabkan perkataan 'nye' tersebut, ditembah pula dengan mindanya yang agak lambat memproses data untuk memberhentikan ayat. Slanga peraknya menjadi-jadi. Pelanggan yang sedang beratur di sebelahnya menutup telinganya dengan beberapa biji gula hacks dari kaunter untuk mengelakkan gegendang telinganya berciciran.

Borhan tertunduk, perkataan 'nye' yang masih kedengaran dari Yob si cashier tersebut masih kedengaran membuatkan hari Borhan tergores-gores. Kalau boleh kasi gores dan menang tidak mengapa, ini gores dan luka. Kalau Luka Modric takpa, ini Lukaku . (Lukamu jua) Btw, apa yang Borhan perlukan sekarang hanyalah sebuah bahu untuk dia rangkul dan menangis. Borhan mahukan bahu tersebut basah dengan air matanya yang bercampur dengan hingus hijaunya yang menjejeh.

Akhirnya 'nye' si Yob itu berakhir.

"singgit doposen dik" kata Yob kepada pelanggan tadi yang hampir-hampir kehilangan daya pendengarannya. Menggeletar jari-jemari pelanggan itu mengeluarkan duit tersebut dari beg dompetnya. Bukan kerana takut, kerana kini perkataan 'dik' pula dipanjangkan harakatnya. Pada permulaannya bunyi 'dik' tersebut elok saja, lunak merdu gitu. Namun hampir-hampir dihujungnya kedengaran seperti Ju On kelaparan chipsmore. More chip more fun.

Akhirnya. 'dik' si Yob berakhir.

"Han, hamik le megi peghase lain pulok. Teng ober er niu lif" Yes, seperti yang dijangkakan, kini perkataan 'lif'.

LIFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFFF....

Sepertinya mahu mengeluarkan carutan dalam slanga mat saleh

"Itu le yob kome taktau mike, kome ni dah kenan ngan kari ni dah lame dah. Ate cinte padang petame" Borhan berusaha menerangkan.

Yob bagaikan berada di alamnya sendiri, kini tiada siapa dapat menghalang Yob dari berhenti. Kepalanya semakin terteleng-teleng menyebut 'FFFFFFFFFFFFF'. Mungkin minggu hadapan Borhan datang semula ke kedai tersebut, berkemungkinan besar Yob masih dalam keadan yang sama, atau mungkin telah dibuang kerja.

"FFFFFFF ahhh! nak dilayan kome ni sampai ke minggu depan tak setel koje aku ni Yob." Borhan pasrah, beliau keluar dari kedai dengan perasaan hampa dan kuciwa. Dapat cashier, cashier pesen gini. Hari-hari stress Borhan nak hadap Yob, dah lama Borhan pendam perasaan geram tu, mungkin hari ini merupakan harinya Borhan cari rakan lain. Oh ya, dia ada kawan nama Aziman.

GEDEBUK!

Kedepap jatuh ke lantai si Borhan. Borhan menggaru-garu dahinya yang tersemban di lantai dan mulutnya mula ingin memaki sesiapa saja yang membuatnya jatuh.

"WOI! BAA..."

"aik?" Borhan pelik. Tadak orang depan dia. Mahupun belakang.

"Eh apa ni." Borhan menemukan sebungkus plastic yang cukup dia kenali. Megi Kari!

"Siapa pulak ni." Borhan membelek-belek kertas yang melekat pada plastic itu, ada satu mesej.

"KEHADAPAN BORHAN,

AKO MANCINTAIMU.

TULUS IKHLAS.

PAMINATMU"

siap ada kesan lipstick lagi pada kertas tersebut.

"Entah-entah vida tak. pamoga pamoga, mujur ada pamoga, muah. Ei! Tok dia aih. Geli aih. Kisah apa aku, janji dapat megi. Kari pulak tu" getus hati Borhan.

Namun Borhan tidak tahu apakah yang menantinya dalam pek Megi dari secret admirernya. Borhan beredar dan berjalan menuju ke biliknya untuk membuat megi kari untuk makan malam. Tangannya menggenggam-genggam pek tersebut sehinggakan hancur megi tersebut agar mudah untuknya makan kelak.

Dari sudut jauh, ada wajah sedang menyeringai kebingaian.

Berbaju pink,

(lagenda mengatakan, Yob masih belum berhenti untuk berhenti)

Megi BorhanWhere stories live. Discover now