Bab Lima

73 6 2
                                    

"Assalamualaikum ," sapa Adel sebaik sahaja memasuki rumah.

"Waalaikumussalam."

Terdengar suara kakaknya dari arah dapur , laju sahaja kakinya melangkah. Dipeluknya Alin dari belakang. Kemas.

"Dah balik rupanya adik kakak ni." tegur Alin.

Sememangnya Adel mnja dengan Alin sebaik sahaja Mama dengan babanya meninggal.

"Sedapnya bau. Akak masak apa tu ? Dari luar dah bau."

"Masak ringkas je ni. Tomyam dengan kari kepala ikan. Favourite kau kan ?"

"Wah...mesti best in the world ni. Pujinya."

"Sudah. Pergilah mandi dulu. Lepas tu kita lunch sama-sama. Lagipun ada tetamu tu."

"Tetamu ? Siapa kak ?"

"Ishhh..kau ni. Tak kan tak perasan kot ? Kan ada orang duduk kat ruang tamu tu. Bertuah punya budak. Boleh pulak tak perasan."

"Alaaa...mana idaknya kak. Perut Adel ni buat orkestra tadi. Sebab tu tak perasan. Tapi siapa kak ?"

"Pergilah tengok. Dia dah lama tunggu kau."

Adel perlahan-lahan berjalan ke ruang tamu. Terintai dia melihat gerangan tetamu tersebut. Hatinya berdebar-debar.

"Hai Dila."

Terkejut bukan kepalang. Adel tidak menyangka dengan kehadiran tetamu tersebut. Hatinya dipaut rasa pilu. Lebih memeritkan , dia benci melihat wajah itu.Belum sempat lelaki itu berkata. Adel terlebih dahulu menamparnya. Terkejut Alin dengan tindakan adiknya itu.

"Keluar !!! Aku tak nak tengok muka kau lagi. Pergi !!!"

"Dila tolong. Jangan buat macam ni. Saya sayangkan awak. Saya sayangkan hubungan kita. Saya nak kita macam dulu. Saling berkasih sayang. Saling..."

"Cukup !!! Sebelum aku belasah kau cukup-cukup. Baik kau blah ! Blah la !"

Adel menolak tubuh itu keluar dari rumahnya. Benci dia melihat wajah itu. Terlalu benci.Akhirnya Adel menangis semahunya di bahu Alin.

"Kenapa dia perlu hadir lagi kak ? Adel benci dia kak. Adel benci !"

"Akak faham dik. Akak faham."

Alin serba salah kerana membenarkan lelaki itu masuk ke dalam rumah mereka. Tidak menyangka pula yang adiknya itu akan bertindak sedemikian.Kenangan lama mula bermain di minda Adel.


7 tahun yang lalu.

"Dah dua tahun kita bersama awak. Bila awak nak masuk meminang saya ? Mama dengan baba pun dah tanya. Awak nak saya bagi alasan apa lagi ?"

"Awak sabarlah dulu. Saya kan tengah kumpul duit lagi ni. Saya tak nak la awak hidup susah lepas kita kahwin nanti."

"Baiklah. Nanti saya cuba cakap dengan mama dan baba."

"Awak pejam mata."

"Kenapa ?"

"Pejam je la. Kalau awak sayang saya awak pejam cepat."

"Ye la. Dah !"

"Taraaa..., nah ! khas untuk kekasih saya yang cantik , manis dan comel ni."

"Awak..cantiknya.Terima kasih wak. Saya suka sangat."


"Adik. Ada orang cari ni !" Teriak mama Adel."Kejap ye nak. Duduklah dulu. Nanti makcik buatkan air." tutur Puan Nadia. Sopan.

"Terima kasih makcik."

"Ya , cari saya ke ?"

"Dila kan ? Nama saya Intan Ahmad. Dila kenal dengan Aiman Aziz ?"

"Aiman Aziz ? Macam mana perempuan ni boleh kenal dengan Aiman ?.fikirnya.

" Ya. Kenal. Dia kekasih saya. Kenapa awak tanya ya ?.

Tiba-tiba Adel berasa tidak sedap hati. Wanita berada di hadapan itu kelihatan sedih. Dia juga sedang mengandung.

"Dila , sebenarnya............



" Kenapa Dila nak jumpa saya tiba-tiba je ni ? Terkejut saya tau tak ?"

Aiman memandang kekasihnya itu. Wajah yang dalam seperti dilema.

"Kenapa ni Dila ? Kenapa diam je ni ?"

"Penipu !". ucapnya sepatah.

Aiman tersentak.

"Tipu ? Apa yang Aiman tipu ? Cuba Dila terus terang dengan Aiman."

"Terus terang ? Siapa yang harus terus terang ? Awak cakap dengan saya. Sampai hati awak kan ? Kenapa Aiman ? Kenapa ?.

Adel tidak dapat menahan sebak. Akhirnya airmatanya jatuh jua dihadapan lelaki ini. Lelaki yang dicintainya. Lelaki yang ingin dikahwininya. Tetapi lelaki ini jugak yang telah menipu dirinya dan seluruh keluarganya.



" Kenapa menangis sorang-sorang kat sini ?" tegur suatu suara.

Adel mendongak perlahan. Lelaki itu sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.

"Lelaki ni lagi ? Tak ada orang lain ke yang boleh muncul time aku tengah sedih ni ? Perlu ke aku cerita kat dia ? Ishhh...tapi tuk apa ? Kang dia gelak kat aku cam mana ?"

"Kau ni kenapa ?" Nak aku tolong ke ?".

Bosan dengan sikap Adel yang hanya diam seribu batu , Saiful mencangkung di hadapan Adel. Diharapkan agar gadis itu akan mula bersuara.

"Jom , aku hantar kau balik. Nak tak ?".

Adel masih mendiamkan diri. Tertanya sendiri perlu atau tidak dia mengikuti Saiful. Sudah sejam dia berada di tanah perkuburan itu. Menangis di hadapan kubur mamanya. Menceritakan masalah yang terpendam.Adel bangun lantas mengangguk setuju. Saiful lega.

" Bosan la pulak memandu ni.Orang tepi aku ni dari tadi diam je. Nak sembang dengan aku pun tak nak. Ke aku yang kena mula dulu ?" bisiknya.

"Terima kasih." terpancul jugak perkataan dari mulut Adel.

"La..boleh bercakap rupanya."

Adel mencebik.

"Most welcome. Kau datang naik apa tadi ? Sorang je aku tengok. Nak kata umah kau dekat , tak jugak."

"Teksi."

"Ooo..err , aku nak mintak maaf pasal hari tu , hari sebelum tu sebab cari gaduh dengan kau , hehe."

"Tak apa."

"Mak aihhh..aku cakap punya la panjang , sepatah je dia jawab. By the way , kau nampak manis dengan baju kurung tu." Saiful memuji.

"Stop..stop. Dah sampai. Thank you sebab hantar aku dengan pujian tu tapi sorry la eh , aku tengok kau tak ubah macam katak hari tu. Kau punya bercakap..tak henti-henti. Ong sana ong sini. Bising tau tak. Aku nak duduk dalam kereta pun tak selesa.Huh !"

Adel segera masuk ke dalam rumah. Malu juga dia dengan pujian Saiful tadi.

"Fuh..nasib baik cepat sampai. Kalau tak..mesti dia nampak muka aku menahan malu tadi."

"Amboii..macam mak nenek membebel. Aku punya la baik hantar dia tadi. Disamakannya aku dengan katak. Punya la hensem macam Luhan Exo aku ni.Haha."

Saiful memecut laju pulang ke rumah.Dirasakan dia sudah fall in love dengan gadis itu. Ya . Dia sudah jatuh cinta.

DIA...PUTERA KATAK AKUWhere stories live. Discover now