chapter 7

191 19 0
                                    

DI KELAS JUNGKOOK
"Jangmin, ape kata esok kita keluar jalan-jalan??" Jimin tiba-tiba memberi cadangan kepada Jangmin.
"Keluar jalan-jalan?? Kat mana??"Jangmin tersenyum.
"Kita jumpa di K Shopping Mall esok ye..tapi tolong datang sebagai Jangmin ye..bukan sebagai Jungkook. Oppa tak nak lah orang kata oppa gay pulak sebab keluar dengan lelaki.."Jimin tersengih macam kerang busuk.
"Ok then.."Jangmin bersetuju.
DI KELAS JANGMIN
"Jangmin..ape kata kita keluar jalan-jalan esok??dah lama kita tak keluar bersama.."Bomi memberi cadangan.
"Malaslah.."Jungkook memandang ke luar tingkap.
Bomi buat muka sedih kerana Jungkook menolak cadangannya.
Jungkook yang sedar perubahan riak wajah Bomi menjadi tak sampai hati.
"Oklah...saya pergi..nak jumpa kat mana??"Jungkook bertanya.
"Jumpa kat K Shopping Mall..pakai cantik-cantik ye Jangmin.."ucap Bora dengan gembira.
Cehhh..ape kes suruh lelaki pakai cantik-cantik..macamlah aku takde keje lain..Jungkook mengutuk dalam hati.
K SHOPPING MALL
KEDAI A
"Jangmin..cantik tak baju tu??" Bomi menunjukkan baju tersebut kepada Jungkook.
Jungkook hanya mengangguk tanpa minat.
"Jangmin,kenapa awak nampak macam tak berminat je ni??"Bomi menjadi hairan.
"Sebab saya....saya nak pergi tandas.."Jungkook mencari cara untuk keluar dari situ.
"Oh ok...saya tunggu kat restoran M ya.
Jungkook mengangguk dan segera keluar dati situ.
KEDAI B
"Ape pendapat Jangmin tentang topi ni?? Cantik tak??"Jimin bertanya kepada Jangmin.
Jangmin hanya tersenyum.
"Emmmm...oppa..saya nak pergi tandas jap. Jumpa kat restoran S ye.."Jangmin meminta diri.
Jimin hanya mengangguk.

Ketika Jangmin berjalan di hadapan kedai A, Bomi terus menarik tangannya.
"Jangmin,dah siap kan?? Jom kita pergi makan"Bomi menarik Jangmin ke restoran M.
Jangmin yang kebingungan hanya mengikut. Apa yang dah jadi ni!!! Ape Bomi buat disini...Jungkook ahhh...Jangmin menjerit dalam hati.
Sementara Jungkook pula..
"Jangmin,kat sini rupanya awak..Jom kita pergi makan.."Jimin menarik tangan Jungkook untuk ke restoran S.
Jimin??? Ape dia buat kat sini??? Nanti jap,dia panggil aku Jangmin?? Dia dah tahu ke?? Jeon Jangmin!!! Ape kau dah buat!! Jungkook menjerit dalam hati.

RESTORAN M
"Jangmin..kenapa awak tak makan??"Bomi menegur.
"A..ani...nak makanlah ni.."Jangmin tersengih dalam keadaan terpaksa.
Patutnya aku tengah syok-syok dating dengan Jimin oppa..apasal jadi macam ni pulak!!! Tak boleh jadi ni...aku kena tukar dengan Jungkook cepat!! Jangmin bercakap dalam hati.
"Bomi,saya nak buat panggilan jap..tunggu ek" jangmin bergerak keluar dari restoran.
RESTORAN S
"Jangmin,sudah-sudahlah duk tenung oppa nye..makan cepat...tadi kata lapar.."Jimin tersenyum.
Cehhh..kenapa aku kena keluar dengan buaya darat ni pulak...patutnya aku tengah syok dating dengan Bomi..adik aku pun dia nak try..aigooo..mau je aku belasah mamat ni..Jungkook bercakap dalam hati sambil memandang tajam kepada Jimin.
"Jangmin..oppa ade benda nak cakap dengan Jangmin.."Jimin memandang tepat kepada Jungkook.
Tiba-tiba phone Jungkook berbunyi.
"Aku jawap call kejap.."Jungkook segera lari ke luar.
Riak wajah Jimin berubah kecewa...

Who Are You My Love?!Where stories live. Discover now