chapter 5

214 19 0
                                    

Ketika Jangmin sedang membuka loker Jungkook,Jimin tiba-tiba menarik tangannya ke tempat yang sunyi.
"Lepaskan aku Park Jimin..."Jangmin menjerit perlahan.
"Kau bukan Jungkook kan??? Kau Jangmin..."Jimin memandang Jangmin dengan serius.
Jangmin mula takut.
"A..apa yang kau cakap ni..dah lah aku nak balik.."Jungmin cuba mengelak dari pandangan Jimin.
Sebelum sempat Jangmin melangkah,Jimin menarik Jangmin ke dinding dan meletakkan tangannya ke dinding supaya Jangmin tak dapat lari. Tiba-tiba Jimin mendekatkan mukanya kepada Jangmin seolah-olah ingin mencium Jangmin. Jangmin yang ketakutan memejam matanya dengan rapat.
"Memang sah kau Jangmin..kalau Jungkook dah lama dia tendang aku.."Jimin tersenyum.
Jangmin tiba-tiba menangis kerana malu dan terkejut. Jimin menjadi panik.
"Jang..Jangmin..janganlah menangis..oppa gurau je tadi.."Jimin mula gelabah.
"Oppa janji takkan bagitau sesiapa pasal hal ni..kalau Jangmin nak oppa tolong ,oppa akan tolong...just stop crying please.."Jimin merayu kepada Jangmin.
"Oppa janji??" Jangmin berhenti menangis dan memandang Jimin.
"Ye oppa janji..tapi Jangmin juga kena janji dengan oppa.."Jimin tersenyum kepada Jangmin.
"Jangmin kena sentiasa ada di sisi oppa..ok??" Jimin menghulurkan tangannya kepada Jangmin.
"Ok!!!"Jangmin menyambut tangan Jimin sambil menjawap dengan gembira.
DALAM PERJALANAN PULANG
Akibat tak tahan dengan rambut palsunya,Jungkook bertukar kepada rupa asalnya.
Tiba-tiba Jungkook ternampak Bomi berjalan seorang diri. Jungkook mengikutinya secara diam-diam dari belakang.
"Hai adik manis..." sekumpulan lelaki yang tidak dikenali muncul dan menganggu Bomi.
"Ape yang awak nak...ja..jangan ganggu saya..!!" Bomi menjerit ketakutan.
"Wehhhh..jangan ganggu dia!!" Jungkook datang menolong.
"Fulamak..ada hero lah weh..hahhahaha..hei budak,pergi main jauh-jauh.."lelaki tersebut menghalau Jungkook.
Jungkook yang geram mula membelasah lelaki-lelaki tersebut dan segera menarik tangan Bomi untuk lari dari situ.
"Diam!! Nanti diaorang nampak!!" Jungkook menarik Bomi menyorok di tempat yang sempit berkata perlahan kepada Bomi. Bomi menjadi berdebar-debar kerana badan Jungkook begitu dekat dengannya.
"Kau ok??" Jungkook keluar dari tempat tersebut setelah pasti lelaki-lelaki tersebut pergi jauh.
"A..aku ok.."Bomi menjawap dengan muka pucatnya.
"Aku hantar kau balik.."Jungkook menarik tangan Bomi dan menghantarnya pulang. Bomi hanya menurut tanpa berkata.

Who Are You My Love?!Where stories live. Discover now