If U Do (part 1)

33 5 0
                                    

Di atas dapur, sup kegemaran seorang gadis sedang dimasak dengan penuh kasih sayang oleh seseorang yang bergelar ibunya. Kemudian seorang keluar dari biliknya & meluru ke dapur setelah terbau akan aroma lazat yang datang dari dapur rumahnya. Gadis yang dalam umur belasan tahun itu kemas berpakaian seragam sekolahnya. Gadis itu tidak ubah seperti lipas yang mencari-cari makanan di dalam dapur rumahnya. Lalu si ibu datang mensergah anaknya yang tak ubah seperti pencuri di rumah sendri.

"Hah! Buat apa tu? Terhendap-hendap macam pencuri ni"sergah si ibu.
"Ibu! Aigoo, terkejut Hannah. Ni hah, bau sup ni menyelerakan sangat" balas si anak yang masih dalam mod terkejutnya.

Sambil ketawa, anaknya itu membalas dengan senyuman lalu kelihatan susunan baris giginya yang terbaris cantik.

"Kamu duduklah dulu, ibu akan hidangkan sup untuk kamu"kata ibu Hanna.

Lalu Hanna pun masuk ke dalam & duduk sambil menunggu ibunya menghidangkan supnya. Seperti biasa, sebelum ke sekolah Hanna akn menikmati sarapan paginya yang dibuat oleh ibunya. Sup dihidang bersama nasi putih. Matanya meliar mlihat sup yg masih lagi panas dan berwap-wap di hadapannya lalu dengan segera menjamu selera. Ibunya tersenyum melihat telatah anaknya tetapi pada masa yang sama bercampur duka.

"Hanna, hari ni kamu pulang lewat sikit yer?"pinta ibunya. Hanna mengerti maksud ibunya yang meminta dirinya untuk pulang sedikit lewat pada hari ini.
"Appa akan balik hari ni ke?"soal Hanna inginkan kepastian.
"Yer, appa telefon pagi tadi. Kamu tahu jerlah bila appa balik dia nak apa"jawab ibunya sedikit tertunduk. Hanna menghela nafasnya lalu dilepaskan dengan perlahan.
"Baiklah ibu"keluh Hanna. Hanna mengenggam tangan ibunya lalu mengukir senyuman di bibirnya tanda ingin mengembirakan semula hati ibunya yang lara.

Ibu Hanna telah berkahwin dengan seorang lelaki selepas kematian mendiang suaminya dulu. Disangkakan lelaki ini mampu mnjaganya tetapi jangkaanya meleset sama sekali apabila mengetahui yang lelaki yang dikahwinnya ini adalah seorang kaki mabuk & kaki judi. Hanna keluar dari rumah & brjalan kaki ke sekolahnya. Kmudian seseorang dengan sengaja membuatnya trjatuh tetapi sempat disambut lengannya sebelum tersembam jatuh ke tanah. Melihat siapakah yang membuatnya terjatuh, orangnya merupakan lelaki yang sangat dikenalinya sejak kecil lagi.

"Selamat pagi budak kecik!"selambanya.
"Gyeom!"separa menjerit Hanna apabila terserempak dengannya.

Gyeom atau nama sebenar Kim Yugyeom, merupakan abang tiri kepada Hanna. Anak hasil perkahwinan bapanya dengan wanita terdahulu iaitu ibu Yugyeom. Yugyeom seorang remaja lelaki yang bermasalah. Ponteng sekolah, kaki gaduh, pelajar yang selalu kenakan pelajar lain. Berbeza dengan Hanna, yang merupakan pelajar contoh serta ahli majlis perwakilan pelajar di sekolah mereka. Mereka berdua berjalan bersama-sama hingga ke sekolah. Sambil itu mereka berbual-bual dalam perjalanan mereka.

"Kau pergi mana semalam? Kau dah jarang pulang ke rumah"tanya Hanna.
"Aku ada di rumah kawan aku Tidur sana sekali"kata Yugyeom.

Hanna memandang Yugyeom seketika sebelum meneruskan pertanyaannya lagi.

"Kenapa tidur dekat rumah orang pula? Kau kan ada rumah"kata Hanna. Hanna tahu Yugyeom pasti menyembunyikan sesuatu daripdanya. Hanna sentiasa tahu. Mungkin setelah membesar bersama Yugyeom selama belasan tahun, sudah tentu Hanna lebih mengetahui akan diri Yugyeom.

"Itu rumah kau dgn mak kau. Bukannya rumah aku"jawab Yugyeom selamba. "Hanna, ayah aku dh balik? Aku tertanya-tanya kalau dia masih ingat pada mak kau & aku"tanya Yugyeom dengan nada kecewanya.

Ayah Yugyeom kurang memberi perhatian kepada keluarganya, termasuklah Yugyeom anak kandungnya sendiri. Walaubagaimana pun, Yugyeom

Yugyeom terdiam. Sesekali terdengar keluhannya namun Hanna membiarkannya saja. Selepas itu Yugyeom beralih kepadanya lagi.

"Hanna, balik sekolah ni ikut aku, nak tak?"ajak Yugyeom secara tiba-tiba itu.
Hanna bingung. "Pergi ke mana?"katanya.
Yugyeom hanya tersenyum. Senyuman yang penuh makna.
"Kalau benda merepek, aku tak nak ikut kau lagi"gertak Hanna.

Meskipun Yugyeom seorang yang nakal, tapi Hanna tahu diri Yugyeom yang sebenar.

"Kau pun tahu yang aku bukan macam tu kan? Jangan risaulah, bukan benda yang merepek"kata Yugyeom untuk meyakinkan Hanna.

Hanna & Yugyeom tidak sedar yang mereka telah hampir tiba ke sekolah. Yugyeom sedar akan sesuatu lalu segera ke belakang sekolah meninggalkan Hanna berhampiran dengan pagar masuk sekolah mereka. Yugyeom ternampk guru disiplin di hadapan pintu pagar masuk ke sekolah. Sudahlah rambutnya berwarna, kemejanya pula dilepaskan ke luar. Yugyeom membuat keputusan untuk mengmbil jalan lain untuk masuk ke sekolahnya.

"Bye, nanti aku datang kelas kau. Jumpa lepas sekolah ni yer"laung Yugyeom kepada Hanna.

Hanna sudah faham akan sikap Yugyeom lalu Hanna terus masuk ke dalam sekolahnya. Ketika waktu pembelajarannya, Hanna terdengar akan suara guru disiplin yabg sedang memarahi seseorang. Lantas dirinya menoleh ke luar tngkap.  Yugyeom. Snyuman trukir di bbirnya.

"Kena dendalah tu.."bisik Hanna dalam hatinya. Hanna hanya tersenyum melihat Yugyeom didenda oleh guru disiplin sekolah mereka.

Waktu rehat, Yugyeom dipaksa untuk mencuci lantai gelanggang bola keranjang. Kemudian datang seseorang masuk ke dalam gelanggang. Yugyeom yang masih tidak tahu akan gerangan siapakah yang datang kepadanya, terasa ingin mencampakkan batang mop itu kepada individu tersebut.

"Jangnlah masuk, aku tengah cuci lntai ni. Engkau tak nampak ke?"jeritnya.

Namun, satu suara yang amat dikenalinya mengubah fikirannya.

"Seronok nampak"perli Hanna.
"Hanna? Macam mana..."belum sempat Yugyeom menghabiskan ayatnya, Hanna terlebih dahulu mengatakannya.

"Aku nampak kau kena marah tadi. Nahlah, makan yer?"kata Hanna sambil menghulurkan sebungkus roti & sekotak susu kepada Yugyeom.

Yugyeom menerimanya tanpa banyak bicara. Ternyata masih ada yang prihatin akan diriinya. Dan orangnya tentulah dia. Gadis yang sedang berdiri di hadapannya sekarang ini.

"Jangan lupa makan, nanti kau lapar. Fighting!"kata Hanna sambil berlalu pergi.

Hanna beredar keluar dari gelanggang bola keranjang. Yugyeom masih lagi berdiri kaku. Sepanjang kehidupannya, orang yang hanya prihatin akan dirinya cumalah ibu tirinya & adik tirinya. Selepas sekolah, Yugyeom datang ke kelas Hanna. Hanna sedang mengemas begnya & bersama-sama dengan kawan-kawannya, Rin & Dahee.

"Budak kecik!"kata Yugyeom dengan senyuman terukir di bibirnya.

Hanna menoleh ke arah Yugyeom & melambai-lambai kepadanya. Yugyeom menunggu Hanna di luar kelasnya. Ketika Yugyeom menunggu Hanna, kawan-kawan Hanna mula berbicara soal Yugyeom.

"Hanna, apa dia buat dekat sini?"soal Rin.
"Dia nak jemput aku baliklah"kata Hanna.
"Untungnya kau, Yugyeom tu abang kau. Dahlah kacak"puji Dahee dengan keluarga Hanna.
"Abang tirilah. Tua setahun jer dia dari aku. Tapi aku gembira ada dia walaupun hanya abang tiri"balas Hanna lagi.

Senyuman terukir di bibirnya lalu dilemparkan kepada Yugyeom yang sibuk bermain telefonnya di luar kelas Hanna.

"Budak bermasalah dekat sekolah ni yang nak dibanggakan? Kita ni ahli majlis perwakilan pelajar. Mana layak budak bermasalah macam dia ni berkawan dengan kita"kata Rin dengan lagaknya.

Kata-kata Rin menusuk telinga Hanna. Walau siapa pun dia, Yugyeom lelaki yang paling baik bagi Hanna. Malah yang pernah dirinya jumpa. Hanya Hanna yang mengetahui diri sebenar Yugyeom seperti mana. Hanna menolak kerusinya ke dalam meja dengan kuat. Perkara tersebut telah mengejutkan kedua orang kawannya. Kemudian Hanna mengajak Yugyeom pergi tanpa menghiraukan kawan-kawannya. Yugyeom yang tidak mengetahui apa-apa mengikut saja langkah Hanna.

-BERSAMBUNG-

If U DoWhere stories live. Discover now