If U Do (part 2)

15 1 0
                                    

"Tempat apa ni, Gyeom?"tanya Hanna yang semakin takut untuk melanglah lebih jauh. Yugyeom memandang Hanna dan kemudiannya ketawa melihat ekspresi wajah Hanna yang semakin pucat. Hanna bingung mengapa Yugyeom tiba-tiba ketawa. "Gyeom.. kenapa kau gelak? Janganlah main-main," kata Hanna sambil menarik tangan Yugyeom. "Aku gelak sebab muka kau tu kelakar sangat. Relax lah, aku bukan bawa kau ke tempat yang bukan-bukan,"jelasnya. Perlahan-lahan, Hanna melepaskan lengan Yugyeom. Sambil tersenyum, Yugyeom berkata lagi. "Jangan risau, aku takkan pernah sakiti kau. Takkan!"jelas Yugyeom lagi. Barulah hati Hanna berasa lega dan Hanna percaya dengan kata-kata Yugyeom.

Kemudian mereka berhenti di sebuah kain hitam yang menutupi sesuatu di sebaliknya. Yugyeom menarik pergelangan tangan bajunya ke atas dan membuka kain hitam itu. Di sebaliknya, terdapat sebuah motor besar bersama 2 topi keledar. Mata Hanna terbuntang bulat. "Motor? Engkau punya ke?"tanya Hanna. "Ya aku punya. Sebenarnya Hanna, sebab aku jarang balik rumah, kerana aku bekerja di sebuah bengkel. Duit yang aku dapat tulah aku guna untuk beli motor ni,"jelas Yugyeom.

Walaubagaimana pun, Hanna berasa sedih seketika. Daripada riak wajah Hanna, Yugyeom tahu Hanna marah. Marah kerana tak memberitahu hal yang sebenar kepadanya. Lalu Yugyeom terus meminta maaf kepadanya. "Maaf, sebab tak beritahu kau dan ibu kau selama ni,"ucap Yugyeom dengan nada perlahan. Hanna tiba-tiba rasa bersalah kerana membuat Yugyeom meminta maaf kepadanya. Hanna melangkah ke arah Yugyeom dan memegang tangannya. "Jangan risau, aku tak marah. Erkk.. kau tak nak bawa aku jalan-jalan dengan motor baru kau ke?"kata Hanna lagi sambil tersenyum. Yugyeom memandang helmet lalu terus mencapainya. "Nah, pakai ni,"kata Yugyeom.Mereka berdua membonceng motor tersebut dan beredar dari gudang simpanan itu.

Langit gelap mengaburi bulan dan bintang. Seorang wanita tua setia menunggu kepulangan anak-anaknya. Bunyi bising sebuah motor mula kedengaran di halaman rumahnya. "Eh, bunyi motor siapa pula tu?"bisik hatinya. Lantas, dirinya bangun dan menjenguh kawasan di luar rumah itu. Seorang gadis bersama seorang jejaka sedang ketawa bersama sambil membuka helmet mereka. "Hanna.."panggil ibunya. Hanna memandang ibunya lalu terus mendapatkannya. "Ibu, tengoklah ni siapa yang dah balik,"kata Hanna dengan gembiranya. Ibu Hanna memandang Yugyeom yang sedang tergaru-garu kepalanya itu meskipun tidak berasa gatal. "Hey, cepatlah.."kata Hanna sambil mencuit bahu Yugyeom. "Hurm.. yerlah. Ibu, maaf sebab tak pulang beberapa hari ni," ucapnya sambil menunduk 90 darjah. Ibu Hanna hanya tersenyum. Dirinya sentiasa mengalukan kedatangan anak tirinya ke rumahnya. "Sudah, mari masuk. Makan, lepas tu mandi dan tidur yer?" kata ibu Hanna lagi. "Laparnya!" kata Hanna sambil menggosok perutnya. Ringan saja tangan Yugyeom menggosok kepala Hanna lalu terus masuk ke dalam rumah. Hanna agak geram dengan Yugyeom yang suka menyakatnya. Bibir dimuncungkan tanda protesnya.

**************

Bunyi loceng sekolah bergema, seprti biasa tanda untuk semua pelajar masuk semula ke kelas mereka. Pada hari ini, tugas Hanna untuk memastikan semua pelajar pulang ke kelas mereka. Selaku salah seorang ahli majlis perwakilan pelajar, perlu memastikan pelajar yang lain ikut peraturan sekolah. Ketika Hanna mahu pulang ke kelasnya, beberapa orang pelajar lelaki masih lagi merayau di sekitar sekolah.

"Hey awak bertiga, kenapa masih merayau lagi? Sepatutnya awak bertiga dah masuk ke kelas sekarang," tegas Hanna. 3 pelajar lelaki itu tampak seperti tidak mempedulikan kata-kata Hanna. Lalu Hanna cuba untuk bertegas kembali kepada pelajar-pelajar tersebut. "Kalau awak bertiga tak masuk ke kelas sekarang saya akan catat nama awak bertiga dan kemudian...." . Belum sempat Hanna menghabiskan ayatnya, salah seorang daripada pelajar tersebut menarik tangan Hanna dengan kuat lalu menolak badannya ke sisi dinding. "Ahh!" jerit Hanna kesakitan. Lelaki tersebut mula rapat ke wajah Hanna lalu membisikkan sesuatu di telinga Hanna. "Kau ni boleh tahan cantik juga yer. Daripada kau terus membebel, lebih baik kau layan kami baik-baik," bisik lelaki itu. Hanna cuba untuk melawan tetapi badannya kecil sukar untuk dirinya melawan.

Tiba-tiba, seorang lelaki yang muncul entah dari mana menarik kolar pelajar lelaki itu dan menolaknya ke lantai. "Hanna.. kau okay?"kata Yugyeom sambil memeriksa diri Hanna. Hanna menangguk lalu Yugyeom mula berpaling semula kepada pelajar-pelajar lelaki tersebut. "Kau nk buat apa kat dia, hah?!"bentak Yugyeom. Mereka mula ketakutan bila lihat Yugyeom, pelajar paling ditakuti oleh pelajar-pelajar di sekolah itu mula mengamuk. Dengan pantas, Yugyeom mencekak kolar pelajar lelaki yang cuba untuk meapa-apakan Hanna sebentar tadi. "Kalau kau cuba apa-apakan dia.. jangan harap lau dapat berjalan dengan kaki kau lagi,"ugut Yugyeom sambil menajamkan matanya. Perlahan-laan Yugyeom melepaskan kolar pelajar itu, dan tanpa terus berlengah, ketiga pelajar lelaki itu beredar secepat mungkin.

Hampir-hampir saja tadi. Kalau Yugyeom tidak datang, tak tahulah apa akan terjadi kepada diri Hanna. "Gyeom, thanks," ucap Hanna seikhlas hatinya. "Lain kali, hati-hati. Okay?"kata Yugyeom. Hanna menangguk tanda mengertinya.

Ketika Hanna ingin beredar, Yugyeom tiba-tiba berkata sesuatu. "Hey, cakaplah sesuatu yang lebih baik lagi," kata Yugyeom sambil menyilang tangannya. "Nak cakap apa?"buntu Hanna. Yugyeom seperti mahukan sesuatu daripada Hanna tapi dirinya seakan malu dengannya. Sambil menahan wajah malunya, Yugyeom cuba untuk berlagak comel di hadapan Hanna. "Cakaplah... "baik abang~"katanya.

Hanna hanya ketawa melihat aksi Yugyeom brbicara sepertinya. Entah sejak bila pula Yugyeom pandai meniru gaya orang.

"Kenapa ktawa?"tanya Yugyeom. "Kau ingat aku akan buat?"terang Hanna sambil mengangkat keningnya. Hanna sambung tawanya lagi. Yugyeom tidak puas hati dengan jawapan Hanna. "Eleh, baru suruh panggil abang dah ketawa kau yer. Hmpph!"kata Yugyeom. "Adoii, merajuk pula dia ni. Mana pernah aku panggil kau abang,"terang Hanna.

Namun, Yugyeom dengan nekad berkata.. "Tak apa, suatu hari nanti kau akan panggil aku abang juga," katanya lagi. "Oh yer ke? Mcm mna yer?"kata Hanna dengan perasaan ingin tahunya. Sambil berjalan membelakangi Hanna, Yugyeom katakannya. "Adalah, masa tu kau akan panggil aku oppa sampai bila-bila,"kata Yugyeom sambil berlalu pergi.

Yugyeom berjalan pulang ke kelasnya. Tetapi Hanna masih tertanya akan maksudnya yang sebenar. Jauh dari sudut hati Yugyeom, merasakan yang ia seperti hampir mustahil. Tetapi dirinya percaya dengan takdirnya. "Aku nak bersama dengan kau sehingga akhir hayat aku, Hanna..."bisik hati Yugyeom.

-BERSAMBUNG-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 29, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

If U DoWhere stories live. Discover now