:: 2 :: - Reality

481 37 2
                                    


" help me.. " Sehun meraup wajahnya. Serabut fikirannya. Awan semakin cerah dengan bunyi kicauan burung di luar. Matahari mula terbit. " Ugh! " Sehun bangkit dari katil dan menutup semua langsir di biliknya.

Kini biliknya kini menjadi gelap semula. Dia menyerabutkan rambutnya. " find me " Perkataan itu masih tidak pudar dari mindanya. " I will.. " Sehun berkata. Dan dia berbaring semula. Dia hanya memejamkan matanya walaupun dia tidak dapat terlena.

Jam di meja kecilnya dikerling. 12 pm. Sungguh cepat masa berlalu. Perutnya juga sudah keroncong kerana dari semalam dia tidak mengisi perutnya dengan sebarang makanan. Dia mengeluh.

Dia bangun dari pembaringannya dan terus ke bilik air. Wajahnya di tatap di dalam cermin. Jelas ternampak warna dibawah matanya berwarna agak gelap. Dia penat. Cuma tidak mampu tidur.

Dia membasuh mukanya dan mengenyeh matanya dengan air. Agak sejuk. Dia membuka paip disingki sehingga penuh. Kemudian dia membiarkan air itu bertakung. Dia merenung lama di dalam air itu.

Pada mulanya dia hanya dapat melihat mukanya di bayangan air. Tetapi secara tiba-tiba dia ternampak bayang wajah gadis itu. Gadis itu tersenyum. Senyuman yang misteri yang membawa seribu makna. Nafas Sehun turun naik dengan laju.

Perasaan marah, penat , bercampur baur sedih. Marah kerana gadis itu. Penat kerana gadis itu. Sedih juga adalah disebabkan gadis itu. " ARGHHH!! " Sehun membuka penutup singki itu sehinggakan bayang wajah gadis itu hilang.

" aku tak boleh teruskan macam ni.. Aku mesti cari dia.. " Kata Sehun.

Sehun keluar dari bilik airnya. Baju shirt putih disarungkan dan seluar jeans biru pekat. Dengan tergesa-gesa dia keluar dari rumah. Di dalam fikiranya cuma tertumpu pada satu. Dia mahu mencari gadis itu. Tapi dalam masa yang sama dia tidak tahu dimana dia patut mencarinya.

Enjin motor dihidupkan. Dia memecut laju keluar dari rumah. Tempat pertama yang ditujuinya adalah ke taman bunga. Kerana Sehun selalu bermimpi bahawa dia dan gadis itu berjumpa di taman bunga. Mungkin itu adalah satu petunjuk?

Motornya dipakir dibawah sepohon yang redang. Dia membuka helmetnya dan membetulkan rambutnya kebelakang. Tanpa membuang masa dia terus mencari di sekitar taman bunga tersebut.

Ramai manusia di situ mungkin kerana kini adalah waktu bercuti. Maka ramai yang berkunjung ke sini. Sehun melihat ke sekitarnya. Taman bunga yang sunggub cantik tambahan pula dengan air tasik yang jernih. Sehun teruskan perjalanannya.

Dia melihat satu persatu wajah manusia di situ untuk mengenal pasti. Tiba-tiba matanya tercacap pada sebuah bangku yang betul-betul terletak dihadapan tasik. Dari situ dia dapat menikmati pandangan yang begitu indah.

Baru dia teringat. Bangku itu. Ya bangku itu. Bangku yang dia duduk bersama gadis itu di dalam mimpinya. Sehun berjalan kearah bangku tersebut. Angin bertiup agak kencang dari arah tasik. Tiba-tiba dia ternampak seorang perempuan di sebelahnya.

Perempuan itu berdiri membelakanginya. " adakah dia? " Sehun tertanya-tanya. Nampak dari sudut belakang memang nampak seperti dia. Tubuhnya yang tinggi sederhana dan berambut hitam yang ikal. Sehun cuba mendekati perempuan itu.

" Awak? " Sehun menyentuh bahu perempuan itu. Perempuan itu menoleh. " Yer? Cari siapa. " Tanya perempuan itu. Wajahnya lain mungkin hanya berambut sama. " umm.. Mianhae.. Saya salah orang.. " Jawab Sehun.

Perempuan itu tersenyum lalu berlari kearah seorang lelaki. Mungkin namjachingunya? Sehun hanya memperhatikannya. Sah Sehun sudah hilang akal. Semuanya dianggap gadis itu. Harinya dipenuhi dengan gadis itu. Sehun mengeluh dari bercadang untuk ke tempat lain.

Moonlight Dance [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now