CHAPTER 3

46 3 0
                                    

Mereka bertiga tiba di belakang rumah lama Yuri..Yuri hanya memandang kosong hutan di hadapannya..dahinya berkerut seribu tanda tidak faham..

"Omma..nie kan hutan pokok pain...dulu Yuri & Jong Ki selalu bermain di sini.."

"Ya..bagi manusia ianya nampak seperti hutan pokok pain yang biasa.."

"Solma?"

"Cuba kamu gunakan rantai itu untuk membuka pintu ke sana..."

"Tapi macam mana omma?"

"Selami hati kamu..pasti kamu akan dapat jawapannya.."

Yuri terus melangkah ke hadapan & memejamkan matanya..lama dia berkeadaan begitu sehingga menimbulkan resah di hati Jong Ki..perlahan matanya terbuka...

"Wahai pintu sakti..aku puteri kerajaan Oradon meminta tunjukkan jalan ke tempat asal ku.."

Masih tiada apa yang berlaku..Yuri mengulang ayat itu sekali lagi ..tetapi kali ini lebih kuat dengan sepenuh hatinya..rantai di lehernya mengeluarkan cahaya biru menerangi seluruh kawasan..cahayanya begitu terang sehingga menyebabkan Jong Ki & Omma Yuri terpaksa menutup mata..

Perlahan2 pokok2 di hutan itu bergerak membentuk satu haluan baru..jauh di hujung sana kelihatan cahaya putih menanti mereka..Yuri memandang ommanya..dia tahu tiba masanya untuk berpisah dengan orang yang disayanginya..air matanya menitis jatuh ke pipi diusap perlahan oleh ommanya..

"omma hanya boleh hantar sampai di sini sahaja...Pergilah..omma sentiasa ada dengan kamu..di sini..di hati kamu.."

"Omma...."

Setelah puas memeluk ommanya..Yuri & Jong Ki memulakan perjalanan mereka menjejak tempat asal Yuri..semakin lama mereka semakin jauh & menghilang di sebalik cahaya putih itu..pokok2 bergerak kembali ke kedudukan asal...

Mereka berdua telah melangkah ke Dream Forest..pandangan pertama Yuri tentang tempat itu adalah ia sangat dekat di hatinya..seolah2 dia biasa di sini..lain pula bagi Jong Ki..semuanya aneh & berbeza baginya..

"Hutan ini..."

"Aku tahu..pelik kan.."

"Tak Jong Ki..hutan ini tiada jiwanya..seolah2 ianya sedang bersedih..lihat pokok2 semuanya layu..dan hampir mati"

Yuri menyentuh anak pokok yang hampir mati..tidak semena2 pokok itu segar kembali..Yuri & Jong Ki berpandangan sesama sendiri..mereka tahu banyak lagi kelebihan Yuri akan muncul selepas ini..malah pasti disusuli dengan cabaran2 yang tidak masuk akal...mereka harus bersedia untuk itu...

Yuri & Jong Ki meneruskan perjalanan tanpa tahu arah tuju mereka..hanya mengikut langkah kaki..sepanjang perjalanan banyak perkara2 aneh yang mereka temui..rama2 gergasi...bunga2 bermacam2 warna & pokok2 mengeluarkan bunyi seolah2 bermain alat muzik..mereka berdua leka memerhati sekeliling..kagum.dengan keunikan tempat ini...namun tanpa mereka sedari mereka diperhatikan oleh seseorang..

Malam telah menjelma..Yuri & Jong Ki memutuskan untuk bermalam di bawah sepohon pokok yang besar..pokok itu tersangatlah besar & tinggi..Jong Ki segera menghidupkan api manakala Yuri menyediakan makan malam untuk mereka..mereka berdua makan malam sambil berbual kosong..sesekali gelak tawa kedengaran..

Malam telah lewat..Jong Ki sudah pun menjenguk alam mimpi..tetapi tidak bagi Yuri..dia susah untuk tidur..banyak perkara yang difikirkannya..semua ini terlalu cepat baginya..dia merindui ommanya..perlahan2 air matanya menitis ke pipi...ajaib..air matanya bertukar menjadi sebutir mutiara asli yang cantik..dia terus berhenti menangis & menilik mutiara itu..

Tiba2 dia terdengar bunyi hentakan tapak kaki & suara orang bercakap tidak jauh dari tempat tidur mereka..dia mengejutkan Jong Ki & menyuruhnya diam..mereka berdua cepat2 mencapai beg & membatukan diri di pokok besar itu..cahaya terang semakin lama semakin menerangi tempat mereka bersembunyi..tapak2 kaki itu juga semakin menghampiri..jantung mereka berdua berdegup laju..nafas semakin sesak di dada..peluh2 kecil juga keluar membasahi dahi..Yuri memegang erat tangan Jong Ki..

"Penceroboh!!!tangkap mereka!!!"

Mereka telah dijumpai & di kepung....Yuri begitu cemas...begitu juga jong Ki..Mereka ditangkap & diiikat....melihat wajah bengis "benda" yang menangkap mereka membuatkan mereka berdua mati akal..di fikiran mereka hanyalah kematian...

DREAM FORESTWhere stories live. Discover now