Jam menunjukkan pukul 5.15pm. Kelas start pukul 6pm. Ohooo dah terlewat. Kalut aku pakai tudung yang tengah herot petot. Adoii kenapa la harini pulak tudung ni nak herot. Herot la esuk ka lusa ka tulat ka why today whaaaayyy...?? Hanya gugurl yang bertudung dan tudung herot je paham perasaan aku time tu.hmm.. Tangan aku laju membetulkan tudung sambil mulut mengomel panjang. Bzzz!! Bzzz!! Bzzz!! Henfon ku ber'vibrate' kuat. Terkejut aku dibuatnya. Mau tak kuat sebab vibrate atas meja kayu. Aku capai henfon dan ada mesej masuk. Tanpa baca mesej, aku sambung membetulkan 'muncung' tudung. Bila dah terasa diri dah segak, aku capai fon semula dan klik mesej tersebut. Owh dari Kak Ayu. 'Zombie kecik, Kak Ayu tunggu kat bawah tau. Jangan lambat na darling. Aku sengih sendiri. Aku reply, 'Okey Kak Ayu. Im ready-to-go'.
Owh by the way, nama manja aku Ina. Kak Ayu pulak adalah salah seorang kawan rapatku yang sama sama belajar di UNISEL Selangor. Dia tua dua tahun dari umur ku dan were classmate. Kami tinggal di hostel di UNISEL cumanya berlainan blok. Selalunya Kak Ayu akan temankan aku ke kelas sebab kami tinggal di blok yang berdekatan. Kalau Kak Ayu siap awal dia akan datang ke blok aku dan tunggu dibawah, and vice versa. Kak Ayu menggelarku 'zombie kecik' sebab hobi ku yang kuat makan tapi badan kecik. Aku suka Kak Ayu panggil aku macam tu..kiut whaaatt..hahaha!
Okey back to story. Sesudah siap semua barang aku terus turun bawah blok mendapatkan Kak Ayu. Kak Ayu senyum kepadaku dan kami terus berjalan menghala ke kelas. Dalam perjalanan ke sana,kami rancak bercerita. Non-stop. Sakan kami bercerita bergalak tawa sampai la kami tiba di bangunan kelas kami. Selalunya subjek pada haritu akan diadakan di kelas di tingkat 2. Dari tangga yang kami naik, kami akan melalui satu tangga untuk ketingkat atas iaitu ke Bilik Teater.Bilik Teater ni jarang orang guna. Kami masih rancak berbual.
Semasa kami nak sampai ketangga tu, kami ternampak classmate kami, Glynis naik tangga tu nak ke Bilik Teater. Jadinya tanpa banyak soal, aku terus pegang tangan Kak Ayu naik tangga terus ke Bilik Teater. Sangka kami kelas kami dah pindah ke Bilik Teater mungkin sebab kelas kami ada masalah. Hanya kami berdua yang naik tangga tu pada masa tu. Kami masih lagi rancak berbual dan bergelak sakan. Aku sempat menjeling jam tangan. Masa tu tepat pukul 5.35pm.
Sesampai ja kami depan pintu Bilik Teater, aku terus memusing tombol pintu. Kraaaakk! dan toleh kedalam bilik tersebut. Kami berdua diam. Terpaku. Membisu. Bilik Teaterr GELAP. GELAP GELEMAT. GELAP AMAT. Aku menelan air liur seakan tersekat diskala enam. Aku dan Kak Ayu membalas pandangan. Kak Ayu seakan membaca apa yang berlegar difikiran ku. Kak Ayu bersuara. 'Tadi bukan Glynis ka? Kak qasa memang Glynis. Tadi tu sapa? Hantu ka???' Pekat loghat Perlisnya. Wajahnya seakan langsung tak bersalah bila tanya soalan tu kepada ku. Aku masih memegang tombol pintu. Haaa sudaahh...Depan pintu ni jugak Kak Ayu nak tanya punnn..Ngomel hati ku tapi mulut macam terkunci. Aku? Berdiri dah segala bulu roma yang ada. Aku terus tutup pintu bilik tu dan terus tarik tangan Kak Ayu turun kebawah. Kami berdua diam. Tiada lagi suara. Tiada gelak tawa. Hanya kaki mampu melangkah menuju ke kelas.
Sesampainya dikelas, kami terus meluru kearah Glynis yang asyik bergosip. Kak Ayu terus bertanya, 'tadi Glynis pi Bilik Teater ka??' Sambil mengerutkan dahi. Aku pun hilang sabar tunggu jawapan Glynis. Dahi Glynis ikut berkerut. 'Eh buat apa nak Bilik Teater??' Kawan kami yang disebelah Glynis tadi sebuk tanya kami apa yang jadi, kenapa, kenapa, kenapa..bertubi tubi. Kami berdua terus cerita yang jadi tadi. Lepas habis cerita, semua diam. Tiada jawapan sama macam kami. Sir masuk kelas. Kami terus membisu. Hingga harini.
Jadi para pembaca yang masih study kat mana mana Uni tu, sila jangan terlalu galak bergelak sakan okey. Jangan lupa bismillah. Sila jangan jadi macam kami... Sila berjaga jaga juga..kerana..
Mungkin..
Kawan anda BUKAN kawan anda.
YOU ARE READING
kawan anda BUKAN kawan anda
ParanormalTentang dua orang rakan yang terserempak dengan kawan yang pastinya BUKAN kawan mereka.