Lia kembali menjejakkan kaki ke sekolah itu. Perlahan sahaja langkah Lia disulami dengan ketakutan.
Lia menolak pintu sebuah bilik yang agak using, pengetua beritahu bahawa selepas kejadian itu, bilik itu ditutup atas arahan pengetua. Lia melangkah ke dalam bilik itu. Tiba- tiba kenangan itu kembali lagi namun kali ini sekali imbas sahaja. Lia mengepal tangannya. Sakit bila mengingat kembali kejadian itu.
Kejadian yang meragut senyumannya, kegembiraannya, bahagianya.......10 Julai 2012
"Lia, marilah sini,belajar sekali lagu ni"
Kira menepuk kerusi disebelahnya sambal memandang Lia yang tercegat di hadapan pintu. Lia melangkah dengan kaki yang kelihatan berat lalu melabuhkan punggungya. Lia tersenyum ringan apabila Kira menyanyikan lagu itu dengan suara merdunya.
'malam ni jumpa jom'-Kira
'Okay'-Lia
Kira menanti dihadapan pintu pagar rumah Lia, sebaik sahaja Lia melangkah keluar, laju sahaja Kira menarik tangan Lia lalu berlari anak ke arah kereta Audi milik Kira. Lia melihat keluar tingkap.'Pantai?'
Kira berlari dengan irama apabila sampai ke pantai. Lia tersenyum melihat telatah Kira.
"kira suka pantai?"
Kira mengangguk laju lalu mendepakan tangannya. Lia mengikut lalu menutup mata. Tenang... itu sahaja perkataan yang mampu menggambarkan keadaan itu. Hari ini genaplah setahun dia dan Kira menjadi sahabat baik. Lia menghulurkan sekeping kad kecil kepada Kira.
'Terima kasih kerana jadi kawan Lia yang tak seberapa ni. Semoga kita kawan sampai ke syurga,okay? ('
Kira memeluk Lia tanpa memberi sebarang hint untuk memeluknya membuatkan Lia terkejut namun dibalas pelukan itu. Semoga Allah mendengar doanya.
.....................................................................................................................................................................
Dea memerhati sahaja gelagat Lia dan Kira yang membuatkan hatinya muak. Dahulunya dia dan Kira kawan baik namun selepas Kira mengetahui niatnya yang ingin mengaut populariti Kira, Kira memutuskan persahabatan mereka tanpa berfikir dua kali.
" menyampahnya aku!! Lia...kau tunggu nasib kau!"
Iqbal, kekasihnya juga mula menyukai Lia semenjak mengenalinya. Bertambahla bencinya kepada Lia. Dea tersengih jahat sambal berjalan. Sengaja dia menyadung kaki Lia supaya gadis itu terjatuh depan orang ramai.
"Ops, sorry tak nampak. Sakit?"
Dea berpura-pura ambil berat tetapi dengan nada menyindir.
"Itulah balasan kepada orang perampas macam kau!"
Dea berjalan pergi tanpa melihat. Lia bangun dan membetulkan tudung dan bajunya yang sedikit kotor.......................................................
Lia berjalan kaki pulang ke rumah. Dia terserempak dengan Dea namun dihiraukan sahaja. Dea mula 'panas' Dea manarik bahunya sehingga Lia tercampak sedikit ke dinding disebelahnya. Lia memegang bahunya.
"Eh, kau!memang buta ke apa? Aku kat sini, kau lalu je. Ingat jalan bapak kau? Ops, lupa kaukan bapak dah takde, mana boleh buat jalan,kan."
Dea dan beberapa lagi rakannya ketawa berdekah. Lia hanya tunduk memandang jalan. Matanya bergenang air mata. Ditahannya.
"Eh, perempuan tak tahu malu! Aku bagi amaran dekat kau! Jauh dengan kira dan Iqbal aku! Kau tak layak kawan dengan Kira yang anak Dato' tu,faham?!! Mesti kau nak populariti je kawan dengan dia,kan? Ni amaran! Better kau jauh dari dia sebelum aku buat kau merana"
Dea menolak kuat Lia sehingga Lia terjatuh ke jalan. Telapak tangannya berdarah akibat tergesel dengan batu tajam di atas jalan raya.
Lia membuak pintu. Kak Su sedang bercakap di telefon. Kelihatan Kak Su sedang gusar dan seperti tak tentu arah.
"I dah cakap I akan cuba pulihkan kembali syarikat kita macam dulu.U sabra jelah. I pun tengah usaha cari duit."
Lia berlalu naik ke bilik. Kak Su terlihat Lia cepat cepat memutuskan panggilannya. 'agak-agak dia dengar tak?' Lia menyapu telapaknya dengan ubat sambil termenung memikirkan ayat amaran dari Dea. Kak Su menapak perlahan lalu duduk di sebelah Lia.
"Lia kenapa ni?"
"terjatuh"
Pendek sahaja Lia terang. Tak mahu kak Su susah hati nanti jika diberitahu perkara sebenar.
"kak Su okay? Kenapa dengan syarikat?
Kak Su menggeleng perlahan lalu menukar topik.
"Dah makan?"
"Hurm..dah."
Lia tahu Kak Su sedang menyorokkan sesuatu daripadanya.
YOU ARE READING
Memories,I Let You Go
Non-FictionLia kembali ke tempat yang meninggalkan kesan kepadanya, mencari seseorang yang disayanginya, Kira. Namun dia teringat akan janjinya kepada Dea bahawa dia tak akan muncul dihadapannya lagi 3 tahun lalu. Janjinya kepada Kira akan ditunainya satu per...