Bilah pisau sedang berada 2 cm dari wajah Kira. Kira cuba menahan sedaya upaya. Akhirnya Dea mengalah kerana kepenatan. Dea mengundur. Dea terduduk sambil menangis. Kira bangun lalu duduk disebelah Dea. Dipeluknya Dea.
"My dad ada perempuan lain. Dia nak bagi semua harta dekat perempuan tu. My mom and I tak akan dapat sesen pun. That's why I buat semua ni. I taknak hidup Mommy and I merana lepas daddy I ada perempuan tu."
Tangisan Dea jelas kedengaran. Kira mengusap lembut bahu Dea. Tiba-tiba....
"Dea!!"
Kira memegang perutnya yang sudah terpacak sebilah pisau. Dea tergelak sinis.
"Kau fikir kau senang mengalah? NO WAY!! Aku akan berjuang. Aku tahu arwah ayah dan mak kau tinggalkan harta yang berbundut dekat kau."
"DE... Dea...tapi kenapa?"
"Sebab..macam aku cakapkan tadi. Semua aku cakap itu betul.."
Kira mengerang kesakitan ,Dea berlalu oergi setelah mendapatkan cop jari dari Kira atas wasiat yang direka oleh Dea sendiri. 90% dari harta Kira akan menjadi miliknya. Sedang Dea berjalan dengan irama, Dea berhenti. Kakinya ingin pusing kembali menolong Kira namun hatinya menghalang, Dea teringat kembali segala kenangnan yang diukir bersama Kira waktu dahulu. Sangat indah tapi dia berubah apabila tahu bahawa daddy mempunyai wanita simpanan. Tiap- tiap hari dia mendengar ibu bapanya bergaduh. AKhirnya Dea berubah menjadi jahat.
Dea sandar di dinding lalu menangis. Dia juga tidak ingin berbuat begitu namun dia juga tiada jalan lain. Dia terdengar bahwa daddy akan menceraikan mommy dan tidak akan beri sesen pun. Jadi dia harus cari wang untuk mereka kelak.
Dea mengesat airmatanya. Dia harus kuat demi mommy. Dea berjalan laju menuju ke keretanya.Kira ditemui berlumuran darah oleh jururawat yang bertugas. Keadaan Kira parah. Peluangnya hanya tinggal 50-40 sahaja. Iqbal semakin resah, harus diberitahu Lia atau tidak? Adakah Lia akan pulang? Kira koma selama 2 minggu. Tiada sebarang reaksi dari dia.
" Iqbal,saya rasa saya perlu beritahu awak. Cik Kira sudah tidak boleh diselamatkan lagi. Kami harus menanggal alatt bantuan pernafasan dia kerana sudah dua minggu dia tiada reaksi atau tindak balas. Akmi tidak mahu menyeksa dia berterusan. Harap Iqbal pertimbangkan. Ini surat persetujuan menanggalkan alat itu."
Iqbal seperti disambar sesuatu yang sangat berat. Dia tidak sangka akhirnya menjadi begini. Iqbal terus menelefon Lia namun tidak Berjaya kerana nombornya tidak aktif.' Lia,angkatlah telefon.' Pinta hati kecil Iqbal. Iqbal hanya mampu melihat Kira yang tidak sedarkan diri sejak 2 minggu lalu. Lia pula tidak mengangkat telefon. Dea pula hilang entah tiada khabar. Tiba- tiba pintu dikuak, beberapa anggota polis datang menemu bual Iqbal tentang apa yang terjadi. Menurut saksi, Dea ada kena mengena dengan semua ini. Iqbal meraup perlahan wajahnya. Selepas polis beredar,datang beberapa pegawai segak berkot dengan briefcase.
"Encik Iqbal?"
"Ye,saye.Kenapa?"
"Saya Encik Mustafa,peguam keluarga Cik Kira. Saya disini ingin membacakan wasiat cik Kira. Iqbal duduk dan dengar dengan teliti. Apabila selesai sahaja, Iqbal seperti ditimpa tangga. Terkejut dia dengan wasiat itu. Iqbal hanya menghantar peguam pergi dengan pandangan kosongnya. Iqbal teringat kembali wasiat itu.
" Cik Kira telah mengamanahkan separuh hartanya kepada Encik Iqbal dan separuh lagi kepada rumah anak- anak yatim. Wasiat ini dibuat pada 1 hari sebelum cik Kira dilanda demam panas."
Kepala Iqbal penuh tanda tanya.'Kenapa aku?' Peguam tadi seolah olah mengetahui kebingungan Iqbal menerangkan bahawa Iqbal adalah abang kandung Kira setelah lama terpisah. Patutlah bila Kira kehilangan darah, darahnya sesuai didermakan kepada Kira. Dia fikir hanya kebetulan tetapi rupanya...Kira adalah adiknya yang dia cari selama ini. Iqbal hanya mampu menangis memikirkannya. Tiada apa yang mampu dia lakukan. Iqbal memegang tangan Kira. Kejadian gempa bumi ketika suatu masa dulu memisahkan mereka yang ketika itu bercuti di luar negara. Sejak itu Iqbal dan Kira terpisah manakala ibubapa mereka meninggal dunia. Iqbal melihat surat kebenarran mencabut alat bantuan pernafasan di atas meja. Keputusan harus dibuat malam ini. Lia masih tidak dapat dihubungi.
.........................................................................................................................................................................
Tepat jam 8 malam, Iqbal menyerahkan surat itu dengan tanda tangannya. Dia harus melepaskan Kira. Kira sudah terseksa lama. Mungkin ajalnya sudah tiba. Iqbal meluangkan masa-masa terkahir bersamanya.' Kira,jaga mama dan papa ye kat sana nanti. Abang menyusul nanti. Apa pun yang terjadi Kira tetap adik abang dunia akhirat. Abang sayang Kira. Terima kasih atas segalanya.' Doktor mula membuka satu per satu alat bantuan pernafasan Kira. Suasana bertukar sepi,air mata Iqbal tidak dapat disembunyikan lagi apabila airmatanya laju membasahi pipinya. Dea hadir sekadar diluar pintu, Dea memakai sweater dan cap kerana dia tahu dia buruan polis sekarang. Dea menutup perlahan matanya. Airmatanya turut menangisi perkara yang berlaku. Sekali imbas kenangannya bersama Kira dahulu. Tinggal satu lagi alat bantuan,selepas ini dicabut maka tamatlah hidup Kira sebagai hamba di muka bumi ini.
"kejap doktor.memang tak ada cara lain ke?"
Doktor hanya menggeleng sayu. Iqbal hanya mampu menitiskan air mata. Dia harus kuat demi adiknya. Dea terduduk apabila dengar doktor mengucapkan takziah kepada Iqbal. Dea segera pergi meninggalkan hospital,dia nekad dengan keputusannya.Ya,dia nekad!
..........................................................................................................................................................................
"Bye,Lia..Kira pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi. Terima kasih Lia menjadi sahabat Kira. Anywayy, I L.o.V.E you, Lia...kerana Allah."
Perlahan langkah Kira meninggalkan Lia sendiri. Lia meraung raung supaya Kira kembali namun hanya senyuman darinya sahaja yang ada. Kak Su lihat titisan airmata dihujung mata Lia yang tertutup rapat sejak 2 minggu lalu. Kak Su memanggil doktor. Keadaan Lia semakin pulih selepas kemalangan.
Seminggu kemudian...
Sudah seminggu Lia sedar dari koma. Lia tergerak mahu mebuka emailnya. Alangkah terkejutnya berita yang diterimanya. Lia hanya mampu menagis setiap hari selepas tidak mendapat izin dari doktor yang dia ingin pulang ke Malaysia kerana kesihatannya tidak mengizinkan. Sedih hatinya tak terkata. Tak mampu diluah dengan kata-kata.
YOU ARE READING
Memories,I Let You Go
Non-FictionLia kembali ke tempat yang meninggalkan kesan kepadanya, mencari seseorang yang disayanginya, Kira. Namun dia teringat akan janjinya kepada Dea bahawa dia tak akan muncul dihadapannya lagi 3 tahun lalu. Janjinya kepada Kira akan ditunainya satu per...