Jumaat,11.45 am
"Kring!!!!"
Loceng berbunyi tanda budak sekolah macam aku ni boleh lari keluar kelas.
Habis je salam tangan Cikgu Adi tanda hormat aku terus jalan laju keluar kelas.Malas nak berlanggar bahu dgn budak lain dekat tangga.
Damn.Bench besi karat dekat gajah menyusur tempat aku selalu duduk tunggu bapak aku dah kena rembat.Aku pun tak buang masa pilih tempat lain.
Bawah pokok beringin depan sekolah aku pilih.Luck aku dan dan pulak ada awek cun berdiri bawah tu.
Mata bundar,kulit putih,pipi merah,bulu mata lentik.Sekali pandang macam model pun ada.Budak ni aku selalu jumpa dekat kantin.Makan sorang.
Aku beranikan diri aku tegur dia.
"Tunggu mak ke?"
Dia diam tak jawab.
"Apa nama awak?"
Diam lagi.
"Form berapa erk?"
Diam lagi.Setelah beberapa kali kena ignore aku givap.Minah ni memang tak layan lelaki"Pon!"
Aku toleh ke depan.Bapak aku dah sampai dengan Latio warna silvernya.Nampak gaya macam tengah stress.Sebelum aku blah aku sempat jeling nametag minah tu.Nametag dia warna kuning tertulis ALISHA.
Got it.Alisha.Sepanjang jalan otw balik rumah aku asyik terbayang nametag dia.
Sampai sampai depan pintu rumah baru aku teringat yg nametag kuning maksudnya budak pendidikan khas.
Apasal lah aku tak guna bahasa isyarat tadi.Haih