BAB 1

4.7K 101 15
                                    

Iman Nazryn atau lebih dikenali sebagai Im ialah kawan baik sehidup semati kepada Fir Quraisy atau Fir.

" Eh Fir ? Asal datang tak bagitahu ? " soal Iman kepada Fir yang sedang bersarapan di rumah agam milik keluarga Iman itu.

" Morning, saje datang lagipun ibu kesayangan kau yang pelawa aku datang hehe. " balas Fir tersenyum manis kepada Iman.

"Haa, Iman Nazryn baru nak bangun ? " soal Datin Nazwin iaitu ibu kepada Iman Nazryn.

" Hehe. Assalammualaikum dan selamat pagi ibuku yg tercinta! Muahhh sikit " kata Iman lalu mencium pipi tua itu.

"Eh budak ni dahlah busuk. Pergi mandi sana" Datin Nazwin menghalau Iman setelah dia sedar Iman belum mandi. Teruk perangai.

" Okay bu. Iman will come back hehe. Fir tunggu eh. " kata Iman kepada Fir lalu berlari anak ke tingkat atas rumahnya untuk mandi.

°°°°°°°°°

"Aunty, Fir nak bawak Iman pergi jogging eh japgi." kata Fir tanpa melihat ke arah Datin Nazwin.

"Haa, ye lah, kamu pun makin berisi aunty tengok. " Datin Nazwin ketawa besar melihat muncung itik Fir Quraisy.

°°°°°°°°

" Ibuuuuuu Im sudah datang mana janjinya cucur adabi yang enak ? " Iman menyanyi-nyanyi kecil sambil berlari anak menuruni tangga ke dapur selepas bersiap untuk berjogging. Sweatpant berwarna hitam digayakan dengan simple tee bercorak stripes berwarna kelabu dan hitam, headphone berwarna metallic silver disangkut dileher. Cukup simple dan selesa.

" Ibu " Iman mencari ibunya di serata rumah besar itu dan terjumpa Datin Nazwin di taman yang terletak di belakang rumahnya.

"Ibuuu Im nak breakfast, lepastu Im nak keluar dengan Fir, jogging." kata Iman dengan sangat ceria sambil tangannya sibuk memegang bunga-bunga yang baru ditanam ibunya. Ros, tulip dan macam-macam lagi, semuanya dibelai oleh Iman.

" Ye tahu, Fir ade cakap kat ibu tadi, pergilah. " kata Datin Nazwin lalu menampar perlahan tangan Iman yang sedang cuba memetik bunga raya yang telah mekar itu.

" Im ambil ni hehe bye bu. " Iman mencium tangan dan kedua pipi ibunya selepas memetik sekuntum bunga raya dan diselit di tepi rambutnya yang diikat ponytail lalu dia berlalu ke dalam rumah untuk mencari Fir.



"Fir Quraisy bin Tan Sri Qairil ! " jerit Iman betul-betul di sebelah telinga kiri Fir. Mahu pekak Fir setahun.

" Opocott mak kau bergolek eheyy " Fir melatah lalu jatuh tergolek dari sofa.

"HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA " Iman gelak besar dan berlari ke dapur untuk bersarapan.

********

"Hahahaha " Iman masih tidak henti ketawa walaupun dia sudah berada di dalam kereta Porsche GT3 miliknya.

" Im dah laa tu " Fir malu diketawakan sebegitu rupa. Rosak imej lelaki macho yang cuba dijaga sebaik mungkin itu.

"Hahahahahha sorry Fir aku takleh - sorry Fir sorry " Iman meminta maaf tersekat-sekat sambil cuba menahan ketawanya dari meletus lagi selepas melihat muka cemberut Fir Quraisy.

" Aish, jom laa Im, karang ramai orang kau jugak bising " gesa Fir masih malu .

' Macam mana la boleh jatuh tergolek ' kutuk Fir di dalam hati.

" Okay jom. Hiyyaah ! " jerit Iman seraya memecut laju Porsche GT3nya dengan gaya drifter berjaya.

"Iman Nazryn, ya Allah, slow down ! " jerit Fir ketakutan sambil memegang pemegang sisi di atas kepalanya dengan sangat kuat.

" Lek lah haha " kata Iman lalu terus menekan kuat pedal minyak keretanya itu. Berderum kereta itu di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur menuju ke Taman Tasik berdekatan rumah Fir dan jauh sedikit dari rumah Iman.

Mr. Black Knight, I love you !Where stories live. Discover now