BAB 2

2.3K 72 5
                                    

Sretttt

Kereta Porsche GT3 Iman diberhentikan secara tiba-tiba. Fir terkejut sangkanya mereka accident rupa-rupanya mereka telah sampai di Taman Tasik di kawasan perumahan yang aman itu. Iman keluar dari keretanya lalu menghirup udara segar di kawasan hijau itu sambil menunggu Fir untuk keluar dari kereta.

Manakala di dalam kereta, Fir Quraisy masih terkaku di tempat duduk penumpang sebelah pemandu memikirkan nyawanya yang hampir melayang kerana pemanduan berani mati Iman Nazryn. Dia amat terkejut dan takut, bukannya tidak pernah dia keluar bersama Iman tapi selama ini hanya dia yang memandu kerana selalunya Iman malas untuk memandu.

Iman meregangkan badan seraya pusing ke arah keretanya yang masih tidak berkunci setelah dia sedar Fir masih tidak keluar dan Fir masih berpaut kuat pada pemegang itu sambil mengelamun.

Tok Tok Tok

Iman mengetuk tingkap di bahagian yang Fir duduk lalu menunduk, cuba untuk sembunyi. Fir tersentak lalu dia pusing tetapi tiada sesiapa di luar. Dia melihat di sekitar kawasan itu.

" Mana Im ? " soal Fir kepada dirinya sendiri lalu menanggalkan seatbelt yang dipakainya secepat mungkin.

" Baa ! " jerit Iman apabila Fir membuka pintu kereta tapi sayang sekali Fir tidak terkejut dia hanya tersengih-sengih seperti hilang kewarasan akal.

Iman memetik jari di depan Fir mengejutkan Fir dan Fir terhantuk di pintu kereta.

" Jom lah jogging " ajak Iman bosan melihat reaksi terkejut Fir yang acap kali dia lihat. Sampai muak.

Fir keluar dari kereta dan mula meregangkan badan manakala Iman mengunci keretanya.

" Siapa sampai lambat kena belanja ais krim " jerit Iman lalu berlari pecut meninggalkan Fir yang masih meregangkan badan.

" Hah ? Woi tak aci " kata Fir sambil mengejar Iman dari belakang.

" Aci kat India " Iman menjelir lidah kepada Fir yang berjaya membuatkan Fir rasa tercabar.

" Siap kau ! " jerit Fir lalu memecut laju cuba menyaingi Iman.

Dan akhirnya, Iman Nazryn, juara acara larian 100m, 200m, 400m dan acara berjalan kaki 1500m... tewas kepada Fir Quraisy.

Fir Quraisy menang jadi Iman terpaksa membayar ais krim Baskin Robin yang dibeli oleh Fir.

Fir sengaja memilih ais krim yang mahal untuk mengenakan Iman.

" I hate you Fir " ucap Iman lalu menghulurkan not RM100 kepada cashier itu.

" Hahaha, kau yang kata nak belanja kan " kata Fir seraya menjelirkan lidahnya kepada Iman. Ais krim itu disuap ke mulutnya dengan perlahan. Niatnya hendak mengusik Iman.

" Heh. Jom teman aku pergi U. Boleh? " ajak Iman apabila mereka tiba di tempat letak kereta di shopping mall itu.

" Kau nak hantar final assignment tu eh? " soal Fir sambil menikmati ais krimnya.

" Haah " jawab Iman lalu kakinya berjalan laju ke arah kerusi kayu yang dilihatnya disitu. Dia penat.

" Okay, kau nak aku drive ke ? " soal Fir kemudian di juga melabuhkan punggung ditepi Iman.

" Boleh jugak... "

" Okay. " Mereka berdua duduk berehat di bawah pokok di situ tanpa berkata apa-apa sehingga Fir tiba-tiba bersuara.

" Siapa sampai kereta dulu menang! " lalu berlari meninggalkan Iman.

Selepas beberapa saat, Iman juga memecut laju ke arah keretanya.

Kali ini, Fir menang sekali lagi. Mereka ke Universiti Malaya dengan mulut Iman yang sudah seperti itik.

Selesai menawaf sekeliling u kerana Iman lupa dimana sepatutnya dia perlu menghantar tugasan Puan Qari, mereka terjumpa Puan Qari di cafe Universiti.

Selesai menghantar tugasan itu, mereka berdua kembali ke tempat meletak kereta di Universiti itu.

Mr. Black Knight, I love you !Where stories live. Discover now