Sudah hampir 2 jam aku menunggu Liza di rumah. Dia kata mahu datang dan ambil jamnya yang tertinggal di rumah aku kemarin.
"Manalah Liza ni. Cakap saja beria-ria tapi batang hidung pun aku tak nampak."
Mata aku melirik ke arah jam dinding dan lai 10 minit untuk ke pukul 3 pagi. Aku pun mula bermain telefon dengan harapan dapat menghilangkan rasa mengantuk akibat menunggu si Liza yang tak juga kunjung di rumah.
Aku mulakan aktiviti aku dengan melewati aplikasi FB, Twitter, Wattpad dan Instagram. Aku pun scroll laju-laju sambil melihat gambar-gambar yang aku boleh anggap sebagai 'syok sendiri'. Dalam pada itu, jari-jariku mula scroll ke atas untuk mencari gambar yang sepertinya aku kenal.
Oh! Rupanya post si Razman, kawan sekerja Liza. Captionnya berbunyi sebegini...
'Al-Fatihah buat rakan sekerja aku, Nur Heliza Binti Hazimi. Dia meninggal dalam kemalangan jalan raya semasa perjalanan pulang dari tempat kerjanya. Baru 2 3 jam yang lepas aku mendapat berita ini. Semoga dia di tempatkan di kalangan orang yang diredhai Allah. Amiin.'
Apakah jenis kejutan yang baru saja aku baca... tak semena-mena telefonku terlepas daripada genggaman.
"Qeena! Aku dah datang ni. Nak ambil barang aku yang tertinggal kemarin. Maaf lambat. Trafik teruk tadi."
Su...su..suara Liza???
"Lambatlah kau buka pintu, takpe, aku boleh masuk ikut tingkap."
YOU ARE READING
SeramShit
HorrorKisah mistik yang dikarang sendiri. Tiada peniruan dalam penulisan tetapi mengambil sumber lain sebagai rujukan. Persamaan cerita hanyalah kebetulan. Tiada perkaitan dengan yang bernyawa mahupun yang berkapan. Cara dikarang adalah mengikut citarasa...