SUHO POV

147 12 0
                                    

Suho POV

Hari demi hari berlalu sejak Tao meninggalkan Exo . Pertemuan aku dengan member Exo buat pertama kali ketika menjadi trainee masih segar dalam ingatan . Kris nampak seperti seorang yang dingin namun dia adalah seorang yang dungu , kelakar dan pandai memujuk . Luhan , mukanya buatkan aku tak percaya yang dia lagi tua dari aku . Dia seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat tentang member . Tao ? Maknae Exo-M yang nakal . Walaupun dia nampak agak dingin ketika dalam MV namun dia adalah seorang yang manja dan comel . Bila diingatkan balik , sejak Kris keluar , Tao selalu berseorangan kerana Kris adalah orang yang selalu memujuknya tatkala dia kesedihan . Sekarang dia mengikut langkah Kris untuk keluar dari Exo . Luhan ... tak ada siapa pun sangka yang dia akan mengikut jejak Kris untuk menjadi orang kedua yang keluar dari Exo , dia seorang yang pendiam dan tak banyak cakap . Semuanya macam mimpi , mimpi yang ngeri .

Konsert pertama selepas Tao keluar , aku memandang ke arah peminat dengan mata berair . Sorakan mereka tak pernah terhenti walaupun seorang demi seorang keluar . Aku terfikir , sampai bila mereka akn berhenti bersorak . Adakah mereka akn berhenti sehingga aku menjadi orang terakhir yang berdiri di atas pentas ini berseorangan . Apabila lagu Promise berkumandang . Aku memandang pula ke arah member . Mereka sedaya upaya menahan air mata dari jatuh . Mereka tak mahu kelihatan lemah di hadapan peminat walaupun ada sesetengah peminat yang telah menangis teresak-esak . Baekhyun tunduk dan tidak bersuara . Chen menggantikan tempatnya sementara member lain memujuk Baekhyun . Aku tahu apa yang telah member lain alami . Sakit tu , aku tahu sebab kitorg kongsikannya bersama . Sehun berjalan ke hujung pentas , maknae itu mengesat air matanya . Kepalanya ditoleh ke arah belakang pentas . Aku tahu dia menangis . Aku mendekatinya , dia nampak tabah tapi bagi seorang yang berumur 21 tahun(2015) ianya pasti terlalu susah . Seperti hatinya disiat-siat oleh tangannya sendiri . Aku memandang kosong wajah Sehun yang masih tersenyum ke arahku . Aku meneruskan nyanyian . Aku harus tunjukkan yang aku kuat dihadapan peminat . Aku mahu tunjukkan yang Exo semakin kuat dengan setiap halangan yang datang . Exo tak lemah walaupun setiap seorang dari peminat mula berubah hati . Exo akn terus menyanyi sehingga hanya ada seorang peminat sahaja yang berdiri di hadapan kami . Itulah Exo .........

Promise (Malay)Where stories live. Discover now