Part 1 : Budak Bandar

107 4 0
                                    

Kring... Kring.. Kring.. Jam loceng berbunyi tepat jam 0615. Aku bangun dari tempat favorite aku, katil. Berjalan perlahan ke penyidai tuala ambik tuala terus masuk ke tandas. Dengan mata yg tk boleh nk bukak aku cuba melihat ke dalam cermin. Muka penuh dengan garis² kesan tidur. "Haihh" pulas pili air dan terus cuci muka, gosok gigi kemudian mandi.

Mandi dlm 10 minit dan keluarlah aku dari tandas rumah syaitan yang direjam. Sudah menjadi kewajipan untuk memperhambakan diri pada yang maha pencipta, aku lekas bersiap dan menunaikan solat subuh.

"assalamualaikum warahmatullah" standard cerita Melayu laa, ambil part hujung² je. Aku tgk jam dah 0645. Damn! dah lambat. Lekas aku sarung baju kemeja, pakai tali leher dan bersiap siap pergi kerja. Sebelum keluar dari rumah aku merapikan pakaian di hadapan cermin yang tergantung di dinding sebelah pintu.

Hei ni la aku. Anak kelahiran Kuala Lumpur. Famili aku ni orang biasa² je. Tapi biasalah tahu² jela mentaliti orang Malaysia ni macam mana. Dari zaman sekolah sampai laa kerja. Asal cakap orang KL je fuhh budak bandar, anak orang kaya, budak social ni. Cut the craps out mates. Tak semua yang duduk KL anak orang kaya tahu, bukan semua social tahu.

Pastu aku ni dibesarkan dalam area setinggan. Dulu² sekitar 80s dengan 90s setinggan ni banyak je kat area KL tapi sekarang dah dihapuskan untuk pembangunan macam setinggan yang aku duduk dulu Kampung Berembang kat Jalan Ampang. Kalau nak cerita pasal setinggan ni budak² sekarang entah tahu ke tidak.

Okay laa citer sikit pasal setinggan ni. Setinggan ni macam kawasan kampung tapi kat tengah bandar, rumah papan dekat dengan sungai dan penuh dengan semak samun. Asalnya setinggan ni didiami oleh pendatang asing. Dorang datang buat rumah kat tanah orang, bila dah bnyk² jadi laa macam satu kampung. Ada jugak kes yang tuan tanah buat rumah kasi sewa kat pendatang ni. Buat business. Faham tak adik² generasi x y z?

Ini bukan bermaksud mak bapak aku pendatang tahu. Bapak kepada bapak aku, kira atuk laa salah seorang tuan tanah. Tapi sekarang family aku dah ditempatkan kerajaan ke flat PPR. Duduk flat ni pun satu masalah jugak. Dah la dapat tempat atas sekali, kalau lift rosak or under mantainence terpaksa laa naik tangga. 17 tingkat woii.

Selesai pasal tempat membesar, skrg pasal education. Aku ni kira okay laa berbanding adik beradik aku yang lain. Pasal belajar ni parents aku memang tegas. Al maklum laa duduk flat, kau tahu je laa mesti ada makcik² bergosip nak cari bahan buat mengata. Confirm mesti ada lah kat mana² pun. Kalau kat Singapore dorang panggil keh Poh chi. Parents aku ni Islamic sikit, malas nak melayan orang² macam ni.

Tapi orang² flat ni tak kenal aku sangat sebab aku sejak form 1 dah masuk asrama. Sejak dah habis study, kerja baru dorang kenal aku. Macam mana dorang kenal aku tak payah tanya pon dah boleh teka, kpc.

Sekarang aku dah ada rumah sendiri dan kerja di pusat bandaraya tapi aku pergi kerja naik public transport. Asal aku naik public? Ko gila aku nak masuk pusat bandar naik kereta. Entah pukul berapa aku nak masuk office. Aku park kereta aku kat stesen lrt dekat dengan rumah aku tak pun jalan kaki je. Tak sampai 10 minit pun. Pastu naik train. Sekarang memang ramai buat macam tu. Cepat.

Ishh dah lambat ni sempat lagi nak membelek muka kat depan cermin. Buka pintu rumah, terdedah kepada pembiasan cahaya matahari yang menyilaukan mata. "arghh" aku hadang mata dengan lengan. Bila mata dah adapt dengan cahaya sekeliling... "Gemuninggg duniaaaa!!!" aku menjerit. Namun jeritan ku terputus sekerat sebab ada orang jerkah aku.

"gila eh?!" terkejut aku. Ini Kak Siti. Dia jiran sebelah rumah. Keh Poh Chi area rumah aku ni. Kan aku dah bagi tahu, mana² mesti adalah kcp ni. "happy kak" aku berbahasa basi. "asal happy? Kau dah nak kahwin ke Lep? Kesian anak aku tu si Rozy tu. Hari² duk meroyan nak kahwin dengan kau katanya" panjang lebar kau dia cerita sambil menyidai pakaian yang baru dibasuh.

"mana abang Alep?" tetiba muncul si Rozy di hadapan pintu rumahnya dengan berpakaian lengkap uniform sekolah. "tengok tu Lep, pantang dengar nama kau" kata Kak Siti. "hai abang Alep" sapa Rozy dengan melambai tangan siap kenyit mata. Dafuq. "haii" aku balas lambaian Rozy nak tak nak. "ehh takde laa kak, awek mana nak kat saya ni kak. Kalau boleh saya dah kawen dah dengan Rozy masalahnya dia baru darjah 5" terang ku sambil memakai kasut.

Siap sarung kasut, aku bangun "okaylah kak, saya pergi kerja dulu kak. Tolong tengok tengokkan rumah saya tau. Kalau ada pape call je saya. Akak ada kan nombor telefon saya?" pesan aku kat Kak Siti. "iye. Jalan elok elok".

#mawarWhere stories live. Discover now