Part 2 : Seharum Flowerist

65 1 0
                                    

"bhaiya" aku angkat tangan memanggil mamak yang berasal daripada Pakistan untuk memesan makanan. "sikijap, nanti juga sana saya mari" balas Muslim bhai sibuk melayan pelanggan lain. "tak payah bhaiya. Order macam biasa, roti tampal satu teh tarik satu" "okay! Set!" balas siap goyang kepala.

Aku angkat tangan menunjukkan tanda bagus kat dia sambil mata aku melilau mencari meja kosong. Haa jumpa pon. Warung ni memang penuh pada waktu pagi, lagi lagi time sebelum aku pergi kerja macam ni. Biasa laa orang Malaysia, mana lagi nak sarapan dengan harga yang murah. The answer is Mamak.

Aku duduk melayani suasana kesibukan hutan besi ini dengan orang ramai bergesa gesa ke tempat kerjanya, dengan jalan raya penuh sesak. Bunyi hon sekejap² berbunyi. Aku tersenyum berfikir sendiri. Ni mesti orang yang bawak kereta manual ni. Confirm kaki dah cramp main tekan² pedal clutch dan minyak. Tengok macam aku, senang. Naik lrt je. Hahahaha.

Tak sampai lima minit duduk, pesanan aku sampai. "Thank you bhaiya". Bismillah. Perut kosong harus diisi, barulah ada tenaga nak buat kerja. Ayat cliché. Apa lagi lahap laa aku roti tampal yang separuh masak. Sekali cucuk dengan garfu, meleleh lelah telur kuning nya. Hurmm dapnya. Hirup sikit buih yang terapung atas air teh tarik ni. Supppp.Arrghh.

Jam dah menunjukkan pukul 0745, aku menyusuri laluan biasa hari² ke office. Lintas jalan, lalu bawah bangunan, lintas jalan lagi. Lalu depan deretan kedai yang baru nak bukak. "Eh?! Sejak bila ada kedai bunga kat sini?" bermonolog sendirian kehairanan.

"Seharum Flowerist" sebut aku perlahan seakan berbisik membaca tanda nama kedai tersebut. "Kedai tak bukak lagi". Aku tekupkan muka pada cermin kedai. Bahagian hadapan kedai bunga tu semuanya cermin. Aku try mengintai intai bahagian dalam kedai tapi pandanganku terhalang dengan bunga² yang ada dlm kedai tersebut. "hurm tak bukak lagi, balik kerja nanti lah singgah. Boleh jugak beli seketul dua buat deco kt rumah" fikir aku. Kumudian meneruskan langkah ke office.

Ketika break time, 1030 memang budak² office ni akan lepak kat pantry. Pantry ni mewah, apa kau nak semua ada. Tapi kene pandai² fikir laa, takkan nak kena bagi tahu jugak. Guna sama-sama keluar duit pun sama-samalah. Janganlah pentingkan diri sendiri saja.

Pastu siap ada coffee machine lagi. Kau nak latte? Tekan. Dah siap. Apa lagi? Mocha? Tekan. Siap. Ini memang pihak atasan yang sediakan. Lagi satu tak payah keluar office pergi beli kuih muih. Akak Piah akan letak kuih untuk dijual. Adalah dalam dua tiga jenis kuih. Tapi serius kuih Kak Piah ni sedap. Besar², kalau karipap, inti penuh, tak kedekut macam kat luar. Harga pon sama macam kat luar, tiga seringgit.

Hari ni, Kak Piah bawak kuih ketayap dengan kuih seri muka. Aku ambil kuih ketayap dua, kuih seri muka seketul. Aku bawa makanan dan air kopi daripada mesin free tu dan duduk dengan bestfriend aku kat office tu, Zack.

"eh hang tau dok kedai bunga yang kat dengan bangunan area² bank belah nuh tu? Baru bukak kaa kedai tu?" aku tanya dia sambil menyuap kuih ke dalam mulut. "Kedai mana pulak hang nih?" "Kedai yang hat betoi² dekat dengan Maybank nuh" terang aku dengan muncung² sekali. "owhh hat tuh! Lama dah. Hang lalu ikot situ hari² takkan tak perasan kot?" jawab Zack. "ya kaa? Tak pernah perasan pun" aku menafikannya.

Balik daripada kerja, seperti biasa aku mengikuti laluan untuk pergi ke stesen lrt Masjid Jamek. Sampai suatu saat aku teringat pasal kedai bunga yang pagi tadi. Kini aku betul² di hadapan pintu kedai. "Seharum Flowerist".

Kling.. Ring.. Ring.. Loceng di pintu berbunyi mengalukan kedatangan pelanggannya. Aku menjengukkan kepala di celahan kecik bukaan pintu kedai. Usha² siapa yang ada dalam kedai tersebut. Takde orang! Aku pun masuk dengan perlahan lahan gaya macam seorang pencuri. Wangi, bau haruman bunga bungaan. Aku perhatikan terdapat pelbagai jenis bunga. Semua ada. Rafflesia je takde. Periuk kera pun ada. Siapa je yang nak membela makhluk ni? Haihh pelik betul.

Kedai ni tak besar pun, kecik je. Tapi internal decoration kedai ni memang cantik. Dengan dinding susunan batu bata, pencahayaan lampu yang tak terang tak gelap, memang rasa urban gila macam kat Europe.

Sedang aku tengah site visit, aku ternampak sekuntum bunga berkelopak merah pekat yang ditanam dalam pasu. Cantik. Segar. Itulah mawar.

Hati aku terpikat dengan kau mawar. Aku berhasrat nak bawa kau pulang buat perhiasan di rumah. Tapi asal kau diletakkan kat atas almari belakang counter? Kan dah susah aku nak ambil kau. Haihh. Dah lah takde orang kat dalam kedai ni, nanti kena tuduh mencuri. Sia sia je.

Aku pun keluar dari kedai tersebut untuk mengelakkan daripada difitnah.
Aku keluarkan dompet dari poket belakang seluar. Aku lihat... Apa ni?! Duit takde! Inilah nasib bila orang kerja makan gaji. Lagi² dengan ekonomi sekarang yang macam pundss. Subhanallah tak boleh salahkan takdir.

Aku pun terus bergerak pergi ke bank terdekat di situ untuk mengeluarkan wang tunai.

Selesai mengeluarkan wang di ATM, dengan happy nya aku bergegas pergi semula ke Seharum Flowerist. The heck?!!!

#mawarWhere stories live. Discover now