Sarah Akira prov's
Rumah yang agak bersepah aku kemas sedikit demi sedikit. Mula dengan bahagian depan kemudian bilik dan bahagian dapur.
Kenapa bersepah? Sebab aku bergaduh dengan pak cik. Habis semua barang dekat ruang tamu dia campak. Tak cukup dengan itu, barang-barang di dapur macam tin biskut habis dilemparnya ke bawah. Semua sebab nak cari duit hasil jualanku. Nak buat judi lah apa lagi.
Aku fikir dia takkan dapat jumpa duit yang aku simpan dalam tin bawah katil tapi sangkaanku meleset bila bilikku pula yang menjadi sasarannya. Habis mukaku ditampar badanku dipukul sebaik saja menjumpai duit tersebut.
Sakit.
Benci.
Geram.
Dalam hati sudah macam-macam sumpah seranah yang aku sembur. Sampai terlanjur aku tersumpah 'baik kau mati lagi bagus'.
Sebaik selesai proses mengemas rumah, aku ingin membersihkan diri. Sebaik saja ingin masuk ke dalam bilik air, pintu rumah diketuk kuat. Aikk, awalnya balik?
"Akirr..!! Akirr..!! Buka pintu ni cepat! Akir..!!" Itu suara Pak Ayob. Apa dia nak??
"Sekejap!" Pintu rumah yang dari tadi diketuk kuat aku buka. Mahu nak roboh pintu ni.
"Pak Ayob, kenapa ni?" Aku bertanya cemas. Mana taknya nak tercungap-cungap orang tua ni.
"Cepat ikut Pak Ayob! Tu pak cik kamu tu accident kat simpang tiga tu! Cepat!"
Terkejut aku mendengar apa yang dikatakan Pak Ayob. Accident?!
Aku cepat-cepat menutup pintu rumah. Tutup pun tak betul. Ah lantaklah! Aku naik motor Pak Ayob.
Sesampai saja di sana, aku lihat ramai yang berkerumun di simpang tersebut. Ada satu ambulan dan aku nampak satu katil jenis bergerak disorong oleh dua orang lelaki. Aku lihat gerangan yang baring di katil itu.
Pak Cik!
"Pak cik..! Tepi!!" Aku berlari dan menolak beberapa orang yang cuba mengganggu laluanku.
"Maaf cik tolong ke tepi." Lelaki yang menolak katil itu meminta aku ke tepi untuk memberikannya ruang menolak pak cik ke dalam ambulan.
Air mataku semakin laju gugur maratah tanah. Ya Allah..
Bacaan yaasin berkumandang di segenap ruang. Mata yang kian sembap tidak larat lagi nak menghujan. Lantai berkayu, aku pandang sayu.
"Sabarlah Akir. Kita doakan saja yang baik-baik untuk arwah, ye nak?" Bahu ku dipeluk erat oleh Cik Hasnah isteri, Pak Ayob. Laila disisi kananku hanya mengusap belakang badanku.
Kini aku sebatang kara.
Keseorangan.
Terfikir juga aku apa semua ini terjadi kerana sumpah yang tak disengajakan tadikah? Atau takdir? Ya Allah ampunkahlah hambamu ini Ya Allah..
Perlahan-lahan jenazah pak cik dibawa masuk ke dalam van mayat. Bersyukur juga aku kerana adanya orang kampung yang masih ingin mambantu pak cik yang sewaktu hidup dulu tak berapa peduli mengenai orang di sekalilingnya.
Sesampai saja di Tanah Perkuburan Islam Kampung Selasih, jenazah dibawa keluar dari van. Dibawanya ke 'rumah' untuk setiap manusia yang sudah meninggal.
Selesai proses menanam jenazah, pak imam menjalankan tugas. Proses pembacaan talqin bermula.
Siapakah TUHANmu?