Sinaran pagi menusuk ke mata Sara. Terpisat-pisat dia. Mata terpaksa disepetkan bagi menahan cahaya matahari. Kelihatan Iman sedang menarik langsir seluas-luasnya.
"Morning chocolate" Ku Iman memberikan ucapan pagi. Sara tidak membalas malah hanya terus menggosok mata. Terasa penat matanya. Iyalah tidur pun lambat sampai subuh pon boleh terlepas.
Seusai menarik langsir, Ku Iman melangkah ke katil. Terus saja dia duduk di birai katil. Dipandangnya wajah perempuan yang duduk bersandar di kepala katil.
'Alamak dia ni dah apesal pandang-pandang?' rungut Sara.
Iman terus-terusan memandang Sara. Dengan seductive smilenya, benar-benar mengugatkan iman perempuan. Sara sengaja batuk kecil bila lelaki dihadapannya memandangnya tak berkelip.
'Aku tahula muka aku muka baru bangun. Buruk. Tapi tak payahla pandang aku macam tu. Eii' rungutnya lagi. Dia benar-benar tak selesa!
"Ergh okay. Ermm saya nak pergi kerja.." Iman berkata setelah tersedar dari lamunan.
'Ha pergilah! Adui aii itu pun nak bagitahu ke?' Rungutnya lagi. Boleh cepat tua Sara ni. Mana taknya, pagi-pagi je dah berapa banyak kali dia merungut!
"So, barang mandi ada dalam bilik air. Baju ada dalam closet. Lepas tu, turun makan. Make sure makan! No! Wajib makan! Faham?" Ku Iman menerangkan satu-satu dan berulang-ulang.
Yalah mana taknya, dia tengok Sara macam dengar tak dengar je. Mata pandang lantai, telinga tu pun entah dengar entah tidak. Entah apa yang menarik sangat permaidani tu daripada dia yang seribu kali lebih menarik nak dipandang, dan dihayati."Ehem! Faham tak?" Suara masih dilembutkan sedangkan hati rasa dah geram yang amat! Lagi bertambah geram bila soalannya hanya dibalas dengan anggukan kecil. Dia ni!
Ku Iman bergerak ke tepi katil dan rapat dengan Sara. Sara tersedar apabila terasa ada tangan di kepalanya. Terkejut dia bila lelaki yang tadinya duduk di birai katil, kini duduk dihadapannya. Dekat!
Belum sempat Sara membuka mulut, Ku Iman memintas, "Be kind.". Be kind? Maksud? Bukannya dia tak faham maksud 'be kind', cuma dia tak faham dengan maksud lelaki itu. Be kind?
"Saya tahu awak tak selesa dekat sini lagi, tapi saya tak nak awak seksa diri. Buat macam rumah sendiri. Mak Nab ada temankan awak. Kalau awak perlukan apa-apa, minta dia. Okay?" Rambut Sara masih diusapnya.
Sara hanya mendiamkan diri. Angguk tidak, geleng pun tidak. Iman hanya menggeleng kecil. 'Aduh susah betul nak jawab. Ada emas ke dalam mulut tu? Hish.' Rungutnya.
Ku Iman terus menapak keluar dari bilik. Fikirnya Sara mungkin perlukan masa untuk lebih selesa dengan rumah baru, suasana baru dan dengan dia sendiri. Sara pula hanya memerhati Ku Iman keluar dari bilik. Entah kenapa dia rasa disayangi, diberi perhatian bila Iman buat begitu. Mungkin hanya kerana rindu dengan arwah emak ayahnya.
"Mak Nab! Mak Nab!" Ku Iman memanggil pembantu rumah atau lebih kepada penjaganya yang menjaga dia sejak kecil lagi.
"Ya! Ada kat dapur!" Teriak Mak Nab. Pinggan yang sudah dicuci diletakkan ke tempat pinggan. Selang beberapa saat, terpacul muka Ku Iman di pintu dapur."Ha Iman kenapa?" Mak Nab menanya.
"Mak Nab, nanti tolong pastikan Sara turun makan. Boleh?" Bagi dia Sara bukan boleh percaya sangat. Yelah, Sara nampak masih tak selesa, so better dia minta tolong Mak Nab untuk pastikan perempuan kesayangannya makan. Perempuan kesayangan?
"Ha boleh boleh". Ku Iman terus keluar rumah seusai menyalami tangan tua itu.
Sara membuka closet. Nasib baik semua barang mandi ada, kalau tak? Busuklah dia. Diperhatikan semua baju yang tersangkut di dalam closet. 'Ya Allah banyaknya!' terkejut Sara melihat semua baju yang ada.
Macam-macam fesyen. Baju kurung, lengan panjang pendek, skirt labuh, skirt yang 'terlalu' labuh pun ada. Dia ni kaya sangat ke? Berlambak baju ha. Kalau dia jual, boleh untung. Silap-silap bolehla dia guna duit tu nak bayar duit lelaki itu. Hish berani ke kau nak jual baju-baju tu Sara?
Semua baju dipandang sehelai demi sehelai. Dia pula yang rasa serabut. Yelah, seumur hidup dia tak pernah ada baju banyak macam tu. So, nak kata jakun tu, ermm bolehla.
Closet ditutup kembali. Tiada satu baju pun yang menjadi pilihannya. Dia nak baju dia sendiri! Bukannya nak tunjuk dia berlagak baik atau tak pandang benda mahal, tapi dia lagi suka baju dia sendiri.
Tengah kepala serabut fikir nak pakai baju apa, terdengar bunyi pintu diketuk. Siapa pula ni? Sara terus membuka pintu tapi hanya buka sedikit. Maklumla 'baju' yang dia tengah pakai ni seksi, bahaya. Kalau Mak Nab tak apa, tapi kalau lelaki itu? Naiya dia.
Bila lihat Mak Nab yang berada di luar, Sara membuka pintu luas sedikit bagi membiarkan wanita tua itu masuk. Kemudian cepat-cepat pintu ditutup semula.
"Akir, ni Mak Nab ada bawakan sarapan. Iman pesan tadi pastikan Akir makan. Pastu Mak Nab tengok Akir tak turun, jadi Mak Nab bawa naik atas." Mak Nab meletakkan dulang yang berisi sepinggan mee goreng bersama air koko panas ke atas almari di sebelah katil.
Sara pula hanya mendiamkan diri dan seperti biasa memandang permaidani di bawah. Memang ternyata permaidani itu sungguh lawa sampai buatkan Sara menatapnya tak jemu-jemu. Mak Nab yang baru ingin keluar dari bilik, ternampak Sara yang hanya bertuala.
"Sara baru lepas mandi ke? Kalau nak baju, tak silap Mak Nab ada dalam closet tu. Kenapa? Ada yang tak sesuai ke?" Setahu Mak Nab semua jenis fesyen baju ada dalam tu. Jadi kalau Sara tak suka yang singkat, ada yang jenis bertutup.
"Ermm tak. Sem—semua okay." Sara mengelak. Senyuman nipis diberikan bagi menunjukkan yang dia okay, padahal K.O!
"Ermm kalau macam tu tak apalah. Mak Nab keluar dulu. Nanti kalau ada apa-apa, panggil Mak Nab. Ya?" Sara mengangguk kepala laju. Dah macam burung kakak tua.
Namun sekali lagi langkah Mak Nab terhenti bila Sara memanggilnya. "Ya? Ada apa?" Mak Nab bertanya.
"Ermm Akir nn—nak minta tolong sikit boleh? Mak Nab memandang wajah Sara. Wajahnya seolah benar-benar ingin tahu apa yang gadis tinggi di hadapannya ini mahu. Sara pula macam serba-salah.
Okay bersambung. So kalau nak tahu apa yang Sara nak, tunggu next cerita ar. Kalau ada typo tu, buat-buatla paham ya. Saja je nak main typo2. 😂 so apa2 pun selamat berpuasa dan iftar. Jangan payung gambar iftar pliss😩😂 okay bye ciow¶
-leafback🌸