Bab 1

421 12 2
                                    

"Selamat pagi bunga mawar.kau cantik dan harum pagi ni," pujinya seraya membalas senyuman kuntuman mawar merah ketika disapa bayu itu.
Matahari mula memancar sinarnya.Anis Maisarah tersenyum asyik melihat beberapa ekor kupu-kupu terbang mencari madu si mawar merah.Damai jiwanya ketika burung-burung turut menyapa.Dia tersenyum lagi mengucapkan syukur dan berterima kasih atas momentum yang indah itu.keindahannya seakan-akan melengkapi hari-harinya.
Pengajian untuk semester baru sudah pun bermula.suasana pada pagi sabtu yang indah itu kembali kelihatan kelam-kabut memandang ramai pelajar baru yang baru masuk serta pensyarah-pensyarah terlibat dalam minggu orientasi.Masing-masing dengan semangat berkobar-kobar serta menyimpan azam tahun baru yang terbina dalam jiwa.momentum yang indah tadi terus lenyap daripada pandangan.
Minggu ini ialah minggu orientasi yang masuk hari kedua.Ramai pelajar-pelajar senior sudah berhimpun di kawasan lapang di hadapan dewan.Beberapa ahli jawatankuasa kerja sambutan dan minggu orientasi sudah mula bertungkus lumus menjalankan tugas masing-masing.
"Cepat buat! Kenapa terhegeh-hegeh lagu tu?!" Kedengaran suara salah seorang senior mengarah.
"Macam mana itik berjalan?Haa..buat macam adik baju merah tu.Ikut dia!Macam itik!" Kerah senior yang lain pula.
"Hei!Itik mana ada sanyap daaa!Bunyilah itik,oii!Kuek-kuek, Kuek-kuek!" Kemudian terdengar derai gelak tawa yang pastinya menyakitkan hati 'sang itik'.
Anis Maisarah ralit memerhati dari jauh.kasihannya dia kepada beberapa pelajar baru yang sedang didenda supaya berjalan gaya itik oleh kakak-kakak senior.Mungkin mereka belum dapat lagi mencari nama-nama senior yang sepatutnya diperolehi mereka.Tersengih Anis Maisarah seorang diri sambil berpeluk tubuh.Banir pohon buah tunjuk langit yang menjadi tempat berteduhnya,dipijak-pijak dengan kaki kanannya.sambil merenung kasut sarung usang berona hitam yang hampir meleper tapaknya,dia terkenang kembali kisah-kisah zaman persekolahan ketika rakan sekelasnya didenda oleh Cikgu Ibrahim.
"Cik adik! Kamu pekak ke ? Abang tanya nama..Tak ada mulut nak jawab ke ?" tegur seorang pelajar senior kepada Anis Maisarah.
Kata-kata teguran itu membuatkan Anis Maisarah terkejut lantas tersentak daripada lamunan.kemudian di menjeling ke arah pelajar lelaki berkenaan.potong mimpi aku saja mamat ni,gerutu Anis Maisarah dalam hati sambil mengetap gigi.Hari itu dia berpakaian baju kurung berona biru muda daripada jenis kain kapas berbunga halus.
Nazirul yang berdiri berhampiran rakannya itu hanya tersengih.Adatlah,pelajar senior akan membuli pelajar baru.Inilah masanya untuk mengambil kesempatan membalas dendam dan membuat pelajar baru menangis.Dahulu pun mereka teruk dibuli.Nazirul teringat masa dia dikerah oleh kakak-kakak senior berdiri diatas baldi kemudian menyanyikan lagu nasyid Raihan.Selalu juga dia mendengar beberapa lagu daripada kumpulan itu.Tidak cukup dengan menyanyi di atas baldi,dia berkerah membuat pumping sebanyak seratus kali.Malunya dia apabila ditertawakan oleh kakak-kakak senior kerana tidak mampu melakukannya.Dia cuma mampu melakukan sebanyak sepuluh kali sahaja.kemudian terus'pancit'.Ah! Itu kisah lama.Dia tersenyum sendirian.
"Hoi! Pekak ke ? Dah bisu ke ? Orang tanya tu jawablah!" Firdaus yang berambut ala tempurung itu meninggikan suaranya.
Firdaus sudah tidak dapat menahan sabar atas sikap gadis yang membisu itu.Bertambah berang lagi apabila gadis itu menunjukkan isyarat penumbuk ke arahnya.Ini minggu orientasi.Pelajar baru sepatutnya patuh arahan seniornya.
Nazirul tidak menghiraukan kehadiran pelajar baru itu.Dia cuma memerhati gelagat rakan-rakannya menyoal beberapa pelajar baru yang lain.Sesekali matanya mencuri pandang wajah-wajah mereka yang begitu asyik mendengar taklimat yang diberi oleh setiausaha jawatankuasa minggu orientasi.
Anis Maisarah yang cuba dibuli itu memalingkan wajahnya sesekali lagi ke arah firdaus lalu tersenyum.Tampak jelas lesung pipit di pipi kiri apabila dia tersenyum.Nazirul mengalih pandang kemudian memerhatikan gelagat gadis itu.seronok pula dia menyaksikan lakonan hebat yang bakal ditontonnya.
Kelemahan Nazirul ialah dia tidak pandai mengambil hati perempuan.Dia nampak sombong dengan wajah yang redup dan sukar sekali untuk senyum.Walaupun ramai gadis yang berminat kepadanya,tetapi dia tidak pernah menunjukkan kesediaannya.Dia lebih senang bersama Firdaus,Badrul dan Iman.
"Apa yang kau sibuk-sibuk ni,hah ? Kau nak buli aku ke ? Apa kau dah buta ke ? Sedap-sedap nak kata orang pekaklah! Bisulah!Bodoh!" balas Anis Maisarah dengan geram.Hatinya panas apabila dikatakan pekak dan bisu.Mamat ini tak kenal aku ke ? Bisiknya dalam hati.
Firdaus menjadi berang apabila gadis itu melawan.Mahu sahaja dia menerkam gadis itu lalu memberikan tumbukan padu ke muka gadis itu.Akalnya masih waras lalu dia menarik lengan gadis itu.Menyirap darahnya apabila dikatakan bodoh.
"Berani kau kata aku bodoh,ya?! Aku nak kau peluk dan cium aku sebagai denda.Dengar tak?" jelas Firdaus lalu menarik lengan gadia itu rapat kepadanya.
Hampir saja gadis itu tersembam ke dada Firdaus.Nazirul yang berdiri hampir dengan Firdaus ,segera menyambut tubuh gadis berkenaan.
"Nak buli freshie pun berpada-padalah," ujar Nazirul.
Satu jelingan tajam dilemparkan ke arah Firdaus.Gadis bak mawar menguntum mekar itu ditenungnya lagi malah sejak tadi lagi dia telah merenung gadis itu.Matanya macam tidak mahu berkalih ke tempat lain.
"Agaknya kamu berdua ni yang buta! Saya bukan freshielah..Saya pelajar tahun dua.Nahh!Tengok kad matriks saya ni." Gadis itu menyuakan kad matriksnya ke wajah Firdaus dan Nazirul.
Nazirul dan Firdaus sama-sama menyebut nama Anis Maisarah yang tertera di kad matriks tersebut.Mereka berdua berpandangan lalu tersengih.Macam nama minah salih empat musim.Dia ambil Diploma Food Service Management rupa-rupanya.Tentu pandai memasak lepas ni,bisik Nazirul dalam hati.
"Maaf ya,cik adik," ujar Firdaus.Dia tersipu-sipu malu kerana tersalah pelajar."Kenalkan,ini Nazirul dan saya Firdaus.Kami ni pelajar degree tahun akhir dari Falkulti Perniagaan dan Pentadbiran," sambungnya lagi sambil tersengih-sengeh.
"Sekarang ni saya nak denda abang berdua sebab dah buat salah," ujar Anis Maisarah.Garang bunyi suaranya untuk menguji mereka berdua.
"Alahai..kami pula yang kena denda ?" Balas Nazirul. "Okeylah,tak kisah..apa denda kami ?" Tanya Nazirul sambil mengerling sahabatnya.Dia suka dengan lagak gadis itu yang berani.
"Sekarang abang berdua berpeluk di depan saya.Tadi bukan main suruh saya,kan ?" ujar Anis Maisarah sambil bercekak pinggang. "Apa lagi,peluklah.Alah..Macam loving couple tuh,"arahnya sambil membuat insyarat berpeluk kepada mereka.
Entah kenapa lidahnya bagai disambar petir,terus kelu untuk berkata-kata.Biar betul budak ini! Hilang akal ke ? bisik Nazirul dalam hati.
"Apa pasal kau setuju,Nazirul ? Sedap dia aje nak denda kita ! Budak ni senget ke apa ?"Firdaus tidak mahu melakukannya di tempat terbuka macam ini !
Nazirul yang malas untuk bertelagah hanya menurut kehendak Anis Maisarah."Dengan syarat,lepas ni kamu mesti jadi adik angkat abang ! Boleh ?" Nazirul mengenakan syarat pula agar senang dia menyuruh gadis itu menyiapkan tugasnya.
"No hal.No hal.Small matter,"ujarnya.
Anis Maisarah tersengih -sengih gembira.Padan muka abang-abang ni.Berani lagi kacau aku ! Hehe..Anis Maisarah mengejek dan mentertawakan mereka berdua dalam hati.Persembahan mereka berdua bakal menjadi halwa matanya.
Nazirul terus menarik kedua-dua belah lengan Furdaus lalu tangannya melingkari pinggang Firdaus.Kedua-dua mereka berbalas senyuman sambil Nazirul sempat merenung ke dalam anak mata Firdaus.Denda Anis Maisarah kerana kesilapan Firdaus,diturutkan dengan rela hati.
Anis Maisarah bertepuk tangan kemudian menunjukkan isyarat bagus ke arah mereka berdua.Nazirul dan Firdaus meleraikan pelukan mereka apabila ada sekumpulan pelajar lelaki senior berjalan ke arah mereka.
"Baguslah abang berdua.Sporting gila," ujar Anis Maisarah lalu meninggalkan mereka berdua."Abang Nazirul ! Kirim salam dengan mak ,yaa !" Sambung nya nakal mengusik sebagai tanda setuju menjadi adik angkat Nazirul.Dia terus melangkah pergi tanpa menoleh ke arah mereka berdua yang terpinga-pinga.
Nazirul memerhati langkah Anis Maisarah.Dia sendiri tidak percaya bahawa anak gadis itu berani mendenda mereka berdua.Dan yang paling memalukan,kenapa dia tidak pernah kenal gadis itu ? Dia sendiri pada mulanya menyangka Anis Maisarah pelajar baru.Kanapa dia tidak pernah nampak gadis itu sebelum ini ?
Tanpa disedari,tangannya ditarik lembut oleh Firdaus untuk berdalih dari situ.Nazirul masih memerhati langkah Anis Maisarah yang ingin masuk ke dalam dewan.Pelajar-pelajar senior yang melintasi mereka tadi memandang kehairanan ke arah mereka berdua yang masih berpimpinan tangan.Menyedari mereka berdua diperhatikan,Nazirul segera melepaskan tangannya.Mereka berdua bergandingan melangkah menuju ke kantin.
Setiba di kantin,Nazirul seperti sediakala menjadi perhatian kepada pelajar-pelajar perempuan.Jejaka kacak yang bertubuh tinggi lampai,berkulit cerah,memiliki sepasang mata redup.Hidungnya agak mancung dihiasi misai nipis di atas seulas bibir yang lembut dan sederhana bentuknya.Sejemput janggut di wajah kacak itu menyerlah lagi ketampanannya sekali gus menjadi kegilaan dan idaman anak-anak gadis kampus.Gaya berjalannya yang suka membetulkan rambutnya menggunakan tangan itu pun boleh membuat pelajar -pelajar perempuan terpikat.Bagaimanalah agaknya kalau dia pensyarah disituh dengan berpakaian sut kemas ? Tentu lebih ramai gadis akan mati beragan.
Walaupun ramai antara pelajar perempuan yang berminat kepada Nazirul,sayang sekali Nazirul tidak pernah menaruh hati terhadap mereka.Dia cuma suka berkawan dan tidak lebih daripada itu.Ada yang menggelarkan jejaka sombong atau gay kerana tidak berminat dengan perempuan.Dia tidak mengendahkan segala kritikan itu.Dia lebih senang bersama Firdaus walaupun dia kerap diejek kerana berkawan terlalu rapat dengan Firdaus.
Entah kenapa hatinya tidak berminat untuk mendampingi pelajar-pelajar perempuan.Ibunya sering memberi nasihat supaya lebih menumpukan perhatian kepada pelajaran.Apabila sudah berkerja,barulah fikir tentang perempuan dan berkahwin.Dia juga dapat merasakan seperti ada satu kuasa yang menariknya supaya tidak mendekati mereka.Perasaan dan jiwanya mendesak agar mengelakkan dirinya dari terlibat dengan sebarang perempuan.Mungkin belum masanya.Itulah yang bermain dalam benaknya.

Nak Bercinta Dengan Saya Tak ?Where stories live. Discover now