Bab 2

237 7 0
                                    

    Semenjak peristiwa tersebut,Anis Maisarah dan Nazirul menjadi sahabat rapat malah Nazirul menganggap Anis Maisarah sebagai adik angkatnya.Anis Maisarah,satu-satunya pelajar perempuan yang rapat bersamanya.Apa lagi,Nazirul mengambil kesempatan untuk menyuruh Anis Maisarah menaip kertas kerjanya setiap kali bertemu.
    Keakraban mereka membuatkan Anis Maisarah jatuh hati terhadap Nazirul.Nazirul pula semakin berani menyuruh Anis Maisarah nelakukan itu dan ini tanpa pernah memberi sebarang upah.Nazirul tidak pernah menunjukkan kasih sayangnya.Namun begitu,Anis Maisarah tetap bersabar dengan ragam abang tersayangnya.
    Anis Maisarah berbaring di atas katil.Daripada mengiring ke kanan,kini Anis Maisarah mengalihkan tubuhnya menelentang di atas tilam .Dia tersenyum simpul sambil bergayut di telefon.Matanya merenung ke syiling,memerhati putaran kipas angin yang menemaninya sedang berbual-bual dengan seseorang.Membayangkan agar orang itu dapat menangkap senyumannya.
    "Dah tidur ke ?" Soal Nazirul di hujung talian.Lembut suaranya.
    "Belum lagi..Baru selesai selak -selak majalah,"balas Anis Maisarah."Abang ada kat mana ?Dekat rumah ibu ke ?" Tanya Anis Maisarah.
    Semenjak menjadi adik angkat Puan Roslina,Anis Maisarah memanggil ibu Nazirul dengan panggilan ibu.Dia mula berangan-rangan agar menjadi mutiara terindah buat Puan Roslina.
    "Taklah..Ada dekat rumah sewa.Abang tak balik minggi ni.Assignment banyak tak siap lagi.Ibu ada telefon tanya pasal Anis dengan nadia.Dah abang tak balik.Tak dapatlah nak bawa kamu berdua ke sana," jelas Nazirul.
    Sejak mulanya persahabatan,Anis Maisarah sering berkunjung ke rumah Nazirul ditemani Nurul Nadia.Boleh dikatakan setiap bulan.Puan Roslina,ibu kepada Nazirul juga suka kedua-dua anak dara itu mengunjunginya.Dia memang sentiasa menunggu kehadiran mereka berdua.Malumlah dia tidak ada anak perempuan.
    "Inilah nak minta bantuan Anis.Ermmm..Boleh jumpa tak ?"
    "Boleh ! Tak ada masalah.Bila ? Jam berapa ?"
    Pastas saja Anis Maisarah menjawabnya.Tidak sabar-sabar lagi dia ingin ketemu jejaka idamannya itu.Oh ! Alangkah gembiranya hati ini.Kalau selalu dapat berdua-duaan dengannya kan bagus,katanya kepada diri sendiri.
    "Esok,jam sembilan pagi di tempat biasa."
   Anis Maisarah mencium telefon bimbitnya kemudian tersenyum.Hatinya riang tak terkata.Adat orang dilamun cinta sememangnya perkara ini nyata mengasikkan.Setiap perkara yang dilakukan dan dilalui pasti melakar sesuatu yang indah.Kerana cinta,Anis Maisarah terlupa untuk mandi.Sebab itulah ada  pepatah mandi tak basah,makan tak kenyang.
    Janji temunya esok,tapi fikirannya mula merewang-rewang entah ke mana-mana memikirkan saat-saat indah nereka nanti.Sebuah gerai minuman starbucks,Kuala Lumpur menjadi tempat biasa untuk mereka bertemu.Tanpa disedarinya,dia sudah terlena sehingga terlupa menutup lampu biliknya.Sesedarnya pada keesokan hari,dia mendapati biliknya terang benderang dengan lampu masih terpasang sampai ke pagi.Kalaulah Nenek Idah masih ada,sudah pasti dia terpaksa mendengar bebelan orang tua itu kerana membazir tenaga elektrik.
    Tiba-tiba dia teringatkan janjinya malam semalam.Dia segera bangun dari tempat tidur lantas terus mengemas katilnya.Sudah menjadi kebiasaannya agar mengemas tempat tidur dahulu sebelum ke bilik air.
    "Nak pakai baju kurung atau kebaya ni ? Alahai..Macamlah Abang Naz hairan nak tengok kau dengan pakaian ni." Anis Maisarah menyindir dirinya lalu tersengih ketika memadankan baju kurung dan baju kebaya ke badannya."Ah..yang ini sesuai."Anis Maisarah memilih baju kurung daripada jenis kain kapas berbunga mawar kecil berona hijau tua.
    Renungan matanya menyinar.Bergetar kencang jantungnya.Wajahnya mula berubah menahan malu.Tidak sanggup matanya menentang renungan Nazirul.Segera dia membuka beg tangan,teraba-raba isi di dalamnya.Sebenarnya dia cuba untuk menyembunyikan rasa gugup menghadapi situasi tersebut.
    "Apa senyum-senyum ni ? Dah tu mengelak pandang muka abang,kenapa ?" Nazirul juga tersenyum.
    Ah ! Anis Maisarah melepaskan keluh.Aduhh..Senyumanmu itu sungguh menggetarkan jiwaku.Apakah ada maksud tersirat di sebalik senyuman itu ? Anis Maisarah berbisik dalam hatinya.Bagi Anis Maisarah,apa saja yang dilakukan oleh abang Nazirulnya,segalanya teristimewa.Senyuman Nazirul bisa meninggalkan kerinduan yang amat mendalam malah dia sendiri tidak mengerti,kenapa dia terus saja terpikat dan rindukan jejaka itu.Dia sendiri tidak ketahui,tang mana kelebihan Nazirul yang membuatkan dia termimpi-mimpikan dan tergila-gilakannya.Baginya,apa saja yang dimiliki jejaka yang bernama Nazirul itu,segalanya terindah.
    "Senyum tu kan pemanis wajah.Orang yang selalu senyum tak kelihatan tua dan senyum itu sedekah yang paling mudah.Ukirlah senyuman yang paling manis.Abang pun kene senyum selalu.Senyum ini ibarat lukisan rahsia hati.Ia tak menyakitkan malahan menjadi penawar hati kepada yang sakit.Abang tak suka Anis senyum ke ?" Anis Maisarah menjawab pertanyaan Nazirul serta memberi ulasan tentang senyum.
    "Suka..senyuman Anis memang menawan.Tambah pula bibir mongel ni pula yang tersenyum,boleh cair lelaki."Nazirul memuji lalu mengeluarkan sampul surat setebal dua inci berona coklat cair dari dalam beg galasnya.
    "Anis,abang minta tolong sikit."Nazirul menghulurkan sampul surat yang hampir seberat setengah kilo itu kepada Anis Maisarah.
    "Apa ni ?" Anis Maisarah pura-pura bertanya sedangkan dia sudah boleh menggagak apa kandungannya.
    Dia menyambut kemudian meletakkan sampul surat berkenaan di hadapannya.perlahan-lahan telapak tangannya mengusap-ngusap permukaan sampul suraaat itu.Alahai,ini saja yang dia tahu suruh.Menaip,menaip,menaip ! Bukanlah dia nak luahkan kata-kata sayang ke,paling tak pun suka ke.Ahh ! Anis Maisarah berkata dalam hati sambil mengeluh panjang.Ternyata cintanya penuh kebohongan.Dia cuma bertepuk sebelah tangan.Maniskah cinta itu ?
    Dia benar-benar mengharapkan kata-kata indah tentang kasih,sayang atau cinta terlafaz dari mulut Nazirul.Tetapi sayang seribu kali sayang.Nazirul tidak pernah menyatakan apa-apa kepadanya.Anis Maisarah begitu mengharapkan ungkapan cinta dibisikkan ke deria pendengarannya.Tapi dia  hampa ! Untuk dia sendiri menyatakan perasaan secara terus terang,Anis Maisarah malu.Masakan perigi mencari timba ?Ah ! Dia tidak mahu jadi begitu.Dia cuma berharap Nazirul dapat membaca hatinya.Baginya,sekali Nazirul menuturkan kasih,membisikkan sayang,melafazkan cinta,Anis Maisarah akan membalasnya sepuluh kali.
    "Nah,tambang teksi.Anis pulang sendiri,ya ?Abang ada hal nak jumpa dengan Firdaus ni."Nazirul menghulurkan dua keping wang kertas sepuluh ringgit kepada Anis Maisarah."Dah siap telefon abang,ya?kalau boleh siap dalam tiga hari ni,lagi bagus.Abang boleh semak.Sebab minggu depan dah nak buat persenbahan.Anis boleh taip cepat,kan ?" Pinta Nazirul sebelum berlalu meninggalkan Anis Maisarah.
    "Insya-allah," balas Anis Maisarah acuh tak acuh.
    Pandangannya sayu memerhati langkah lelaki pujaan hatinya itu pergi.Oh! Mengapa aku sangat mencintai kamu? Namun,dia masih tidak berputus harap.Mungkin pintu hati Nazirul belum lagi terbuka.Mungkin dia belum sedar akan cintaku teramat mendalam terhadapnya.Begituhlah agaknya.
    "Kenapalah  aku ni sensitif sangat ?Ada ke orang meluahkan cinta pagi-pagi buta macam ni?" Anis Maisarah berkata seorang diri sambil mengerling ke arah jam tangan di pergelangan tangan.
    Ketika itu,jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi,Genap sejam dia bertemu dan itu dikira lama juga buatnya.
    "Belum pernah lagi keluar malam dengan dia.Bila agaknya dia nak ajak aku dating ni ?Eee..Gatalnya aku!" Anis Maisarah mencebik.
    Ketika itu sebuah teksi berhenti di hadapannya.Anis Maisarah terus membuka pintu kemudian masuk ke tempat duduk belakang.Sejurus  pintu ditutup,teksi terus berlalu.Jauh di sudut hatinya,tersimpan sejuta kekesalan dan sejuta rasa bersalah.Geramnya tidak terhingga gara-gara diri ingin disayangi insan yang tidak mengerti hatinya itu.Rasa bersalah kerana merelakan diri mencintai lelaki itu secara sembunyi-sembunyi.Cuma dia mengharap agar lelaki itu tidak menyakiti hatinya andai takdir mereka dijodohkan bersama.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Nak Bercinta Dengan Saya Tak ?Where stories live. Discover now