Waktu waktu yang baik untuk kita semua berdoa.
1. Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
2. Pada hari arafah (9 Zulhijjah ketika jemaah haji wuquf du Arafah)
3. Pada bukan Ramadhan
4. Pada malam jumaat
5. Pada hari jumaat
6. Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam.
7. Pada tengah malam
8. Seperdua malam yang kedua (selepas jam 12 malam).
9. Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam)
10. Sepertiga malam yang terakhir (selepas jam 2 pagi)
11. Pada waktu sahur (sebelum fajar)
12. Sesudah berwuduk
13. Ketika orang (muazzin) azan untuk solat.
14. Antara azan dan iqamat.
15. Ketika orang mengucapkan iqamat.
16. Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil.
17. Dalam pentempuran di medan perang.
18. Pada akhir tiap-tiap solat.
19. Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau luar solat.)
20. Ketika sedang membaca al-Quran
21. Setelah tamat membaca al-Quran
22. Ketika minum air zamzam
23. Pada waktu ayam jantan berkokok (pada waktu pagi)
24. Pada saat kumpulnya kaum Muslimin kerana agama.
25. Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumlul membaca dan mempelajari al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama islam).
26. Ketika menutupkan mata orang yang telah mati
Dan yang terakhir
27. Pada waktu turun hujan
Moga Allah akan kabulkan setiap doa kita. Inshaallah amin
Rujukan : Indahnya Hidup Bersyariat
Telegram.me/monologtarbiah