: sedar tak sedar kita ni sedang leka dalam keindahan dan nikmat dunia yang hanya sementara ni. Yes , kita yang sedang baca ni dan aku yang sedang menulis
Apa kaitan akhir zaman dengan cerita aku ni ? Okay ceq nak habaq mai sat sekarang ni aku rasa kita betui betui dekat dengan kiamat. Sebab apa ? Haa . Cuba korang flashback balik , dalam sehari berapa lama masa korang dihabiskan dengan perkara berfaedah dan bermanfaat ? Untuk aku , yeah maybe 30%. Okay dekat sini disimpulkan dengan tanda tanda kiamat adalah masa berlalu dengan sangat pantas sehingga kita tak sedar. Masa tu berlalu dengan terlalu pantas sampai kadang rasa macam menyesal.
Okay yang kedua , ilmu-ilmu diangkat oleh Allah ke langit semula. Secara majoriti kita percaya yang 'ilmu diangkat' tu adalah bila surah-surah al-Quran hilang daripada muka suratnya. Tapi mungkin kita tak sedar yang Allah juga telah mengambil kembali ilmu-ilmuNya dengan mematikan para Ulama'. Hari ni 16September 2016 kita telah sekali lagi kehilangan seorang guru mursyid iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Al-Fatihah buat beliau). Ini adalah salah satu cara juga Allah mengangkat kembali ilmu-ilmuNya. Haih bertuah lah bagi sesiapa yang pernah mendampingi ulama' 😩
Secara kesimpulannya , di sini aku ingin mengatakan bahawa setiap hari kalau boleh kita gerakkan lah diri kita untuk buat 'saham' akhirat kita supaya diri kita ni tak mudah leka dan alpa dalam permandangan dunia ini. Diharapkan penulisan yang amatur dan hambar ini dapat memberi serba sedikit manfaat kepada yang membaca.
Waallahua'lam
Check out my channel : telegram.me/monologtarbiah
Keep support dakwah Islam even we're not coming from 'golongan tabligh'