Bab 8
"Nul rindu gila kat Deed."
Airmatanya terasa nak tumpah. Pandangannya mula kelabu sedikit dan panas. Acapkali ini airmatanya murah. Buntu juga kepalanya memikirkan apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada Aideed.
Suasana di kawasan lepak air pancut itu sama sahaja seperti hari-hari sebelumnya. Tak ada apa yang berubah. Riuh dan bising. Cuma, Ainul tak lagi boleh menikmati suasana itu. Di hadapan matanya saat itu datang tiga orang lelaki dalam jarak 6 meter dengan alatan muzik sedang asyik setting untuk busking. Ainul tengok jam pukul 3 petang.
Dah pun dua minggu Aideed hilang. Pejam celik pejam celik.
Ainul mengeluh tak tahu buat berapa kali. Entah sejak bila, dia jadi seseorang yang langsung tak keras hati. Dia kini cengeng.
Jejaka British rambut merah sudah mula strum tali gitar dan lagu All Cried Out kedengaran. Hilang terus feminis lagu itu dengan suara garau jantan.
I gave you my love in vain
My body never knew such pleasure
My heart never knew such pain
And you, you leave me so confused
Now I'm all cried out, over you
Aideed suka muzik tapi Ainul tak minat muzik. Keduanya memang punya minat yang berbeza. Ainul minat filem. Ainul minat betul filem P. Ramlee.
"Honestly, P. Ramlee and his clans were all legendary. Tapi, Nul, kita kena move forward. Sampai bila kita nak hidup dengan legasi P. Ramlee je?"
"You and I have zero - and I mean zilch, nothing, nada, niet - chemistry. How can I be with someone who doesn't like P. Ramlee?"
"Amboi. Sebut pasal hospital harta terus kena potong yea?"
"Tiga Abdul!"
"There, siapa cakap Deed tak suka P. Ramlee. Like I said, he was a legend. I remember almost all the famous lines."
"Hurmmm. Tulah, what I meant, bukan suruh re-create filem macam P. Ramlee, tapi letak roh yang betul dalam filem. How many chances yang kita tengok filem Melayu nowadays and kita betul-betul rasa duit tiket kita berbaloi?"
"Paling mahal pun RM16. You're cheapskate, Hajah Bakhilah!"
"Deed, this Hajah Bakhilah can find a goddamn devillicious Nasi Ayam Hainan for that price. Balik rumah pun muka tak ketat sebab kenyang. These stupid Malay movies yang ada sekarang boleh buat you nak mengamuk, doesn't worth the sixteen bucks at all."
"But, Nul, Deed buat lagu, main muzik. I can tell you one of the best life lessons in life I've experienced is this; to comment is a lot easier than to do it. Okay, my dear?"
"Let's make it then." Ainul pandang dengan muka batu.
"So, from lawyer to filmmaker? I cannot relate." Aideed sengih.
"You're not supportive, Mister."
"I'm being real, ma' Lady."
Satu perkara tentang Aideed yang dia paling suka; Aideed bukan Mat Jenin. Aideed tak hidup dalam angan-angan. "I'm a realist".... Tapi drugs? Separuh hati Ainul cakap drugs tu bukan Aideed punya, separuh lagi ligat memberitahu Ainul yang dia belum cukup kenal Aideed walaupun Ainul peminat nombor satu segala macam falsafah hidup Aideed. "Who are you, Deed? Where are you now? Are you safe? Are you dead?"
YOU ARE READING
CARI - sebuah novel Sheriel Aizan
ПриключенияMen are from Mars, women are from Venus. Tapi Aideed Sufyan dari planet mana? Aideed is a rebellious alien yang tersangkut di Mars kerana memiliki physical features seorang lelaki, malangnya kurang nak menepati sahsiah diri seorang lelaki normal Mal...