"Hei , awak bangun . Tadi awak suruh saya bangun , ni awak pula yang tidur . Kenapa muka awak pucat sangat ni ? " Zhariff mengejut aku apabila melihat aku sudah mengerak-gerakkan tubun ku .
Aku melihat Zhariff , dia tersenyum melihat aku . Muka dia juga kelihatan pucat .
"Awak nak ikut saya tak ? " Zhariff tiba-tiba menyoal aku dengan soalan yang agak pelik .
"Pergi mana ? Saya tak larat lagi , saya ni pun baru sedar . " Aku bertanya kepada Zhariff .
Dengan tiba-tiba Zhariff membuat muka sedih , aku tidak tahu apa yang harus dilakukan . Takkan Zhariff tak tahu yang aku masih lagi sakit . Dia tak selalunya macam ni .
"Okay , saya ikut . Tapi kita nak pergi mana ?" Melihat muka Zhariff yang semakin sedih aku terus kata ingin ikut .
Kini wajahnya berubah kepada wajah gembira , tersenyum lebar . Entah kemana dia ingin pergi sebenarnya sehingga senyumannya itu begitu lebar .
"Kini nak pergi sini !" Zhariff tiba-tiba menghunus pisau ke anggota badan aku .
Pisau itu tepat kena hati aku . Sakit . Aku melihat Zhariff dan ternyata itu bukannya dia tetapi Aina . Ah ! Apa lagi yang sebenarnya dia mahukan . Aina ketawa mengilai-ngilai .
Aku terdengar ketukan pintu. Aku cuba meminta tolong namun aku tidak bermaya . Aku mendengar sura Zhariff terjerit menyuruh aku membuka pintu bilik .
Telefon aku berbunyi . Tertera nama Ustaz Luqman . Aina mengangkat dan ketawa mengilai-ngilai . Telefonnya tidak di matikan . Aina memandan ke arah aku .
"KAU INGAT TAK ZATUN ?!AKU DAH CAKAP YANG AKU AKAN BAWA KAU IKUT AKU ! DAN INI MASANYA ! HAHAHA !" Kata -kata Aina membuatkan aku tersentak , Ustaz Luqman tidak berkata apa-apa dan Zhariff terhenti dari mengetuk pintu .
Kata -kata Aina mengingatkan aku peristiwa sewaktu sebelum aku dan Zhariff ke hospital . Aina mengingatkan aku bahawa dia akan membawa aku bersamanya .
Pintu bilik aku kini terbuka , Zhariff dan Ustaz Luqman segera masuk dan Aina juga telah hilang . Zhariff pergi ke arah aku . Dia memegang tempat di mana aku ditusuk . Dia menghelus-helus rambut aku .
"Awak , tahan sikit eh , sekejap lagi misi datang . Awak jangan tinggalkan saya ya . Saya tak boleh hidup tanpa awak . Awak ingat tak janji saya ? Saya akan selalu ada dengan awak . Jadi awak kena tahan dan kuat . Kalau awak tak kuat macam mana saya nak kuatkan diri saya . Awak tahan ya ." Air mata Zhariff kini dengan deras mengalir laju .
Nafasku tercungap-cungap dan Zhariff dengan segera memanggil misi yang ada di situ . Aku dapat melihat Zhariff sedang memikirkan cara bagaimana dia ingin menahan darah dari keluar dari badan aku .
Dia memegang tempat luka dan memegang tangan aku seerat-eratnya . Dia tidak habis-habis menyuruh aku supaya bertahan . Dia bercakap saja dengan aku agar aku tidak menutup mata sehingga misi dan ingin merawat aku .
YOU ARE READING
Tiada Yang Percaya .
HorrorDia ada , tetapi tiada siapa yang percaya aku . Mereka ingat aku mimpi . Ah ! Ini bukan mimpi .