12

99 12 2
                                    

"Zatun , aku minta maaf atas apa yang berlaku dekat kau . Aku tak sangka yang Aina akan membalas dendam dekat aku walaupun dah 10 tahun yang lalu . Aku minta maaf . " Zarul benar-benar memohon maaf kepadaku .

Aku keliru . Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan . Aku takut . Ya , aku takut dengan Zarul . Dia pernah membunuh orang .

"Maaf apa lagi bang ?! Semuanya dah terlambat . Kau tahu kalau sebelum ni kau orang yang paling aku percaya kat dunia ni tapi sekarang tak bang ! " Zhariff memegang baju abangnya .

Aku melihat terlalu banyak rasa benci yang terlihat dalam mata Zhariff . Dia benar-benar kecewa dengan perangai abangnya .

"Zhariff , jangan . Zarul kalau kau nak minta maaf bukan dengan aku tapi dengan Aina . Aku bukan siapa-siapa . Aina hanya menggunakan aku untuk balas dendam dengan kau . Jadi kau patut minta maaf dengan dia . Betulke kau bunub dia ?" Tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut aku .

Zarul memandang tepat ke wajah ku . Dia seperti mahu memukul aku . Zhariff yang tadinya senyap seketika terus menolak abangnya . Dia benar-benar marah ketika ini .

"KAU PERGI DARI SIN! SEKARANG JUGA! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU LAGI! " Zhariff menjerit sekuat-kuat hatinya .

Dia tidak sangka abangnya yang tadinya datang ingin meminta maaf kepadaku kini ingin memukul ku .

.......

"Awak boleh keluar dari hospital ini besok . " Doktor yang sering merawat ku di hospital ini memberikan aku keizinan untuk pulang .

"Terima kasih doktor sebab dah merawat saya . " aku membalas wajah doktor itu dengan senyuman .

Zhariff memandang wajahku . Dia senyum padaku . Aku memandang wajahnya kembali . Muka yang dahulunya kemas kini sudah tidak kerana jaga aku di hospital selama 2 minggu .

"Awak lepas ni awak dah boleh rehat . Awak tak payah jaga saya dah . Terima kasib Zhariff . " Aku melihat wajahnya untuk kesekian kalinya .

"Awak , saya tetap akan jaga awak . Walau kat mana pun awak berada . Saya selalu ada dengan awak . Itu janji saya . Ingat tu." Zhariff membalas senyuman aku .

Tiada Yang Percaya .Where stories live. Discover now