2nd - Hantu Banduan

153 7 0
                                    

Masa hari pertama sekolah, kiranya masa form one, malam tu, dalam pukul 2 pagi, aku tersedar. tak tahu pasal apa boleh tersedar, tetiba macam tu.. So, bila dah tersedar, aku keluar la dari dorm then jalan sorang² ke koridor. Aku pandang bawah, pandang block lain, aku pun tak tahu apasal tiba² aku jadi berani, keluar dari dorm pukul 3 pagi. Fuh

Lepas 10 minit 'jalan-jalan', aku masuk balik dorm terus cari katil. Masa tu, semua kawan dah tidur mati, ngorok pun ada. Then, selepas aku selimutkan badan, aku terdengar bunyi orang jalan jalan kat koridor. Aku bukak mata, tapi takda pape pun, aku fikir, 'em mungkin kawan dorm lain gi tandas la kot, lantaklah better aku sambung tidur balik'

After few minutes cam tu, aku dengar lagi orang jalan- jalan. Kali ni, bukan tapak kaki je yang bunyi, tapi ada sekali dengan bunyi nafas. Seolah-olah, bunyi tu tak jauh dari aku. Bunyi tu makin dekat, dekat dan dekat. Bunyi nafas sekali dengan bunyi gelak gelak halus macam tu. Ohh, time tu, memang tak berani bukak mata la, aku dah fikir bukan bukan dah, hantu kot yang ni, takkan orang 'ah sudah, gerangan apa pulak gelak pagi² buta ni' bisik hati kecil aku.

Tak lama lepas tu, memang sah, bunyi footsteps ni dah masuk dalam dorm aku. Kitorang tidur, tak tutup pintu, kitorang bukak. Tutup pun takda makna, sebab tak boleh lock. Pastu bunyi nafasnya jelas kedengaran. Aku dah tak berani nak bukak mata. Takut kot, takut terpandang lembaga hodoh berambut panjang depan mata.

Lepas tu, katil aku digoyangkan, fikirku, takkan kawan yang tidur atas goyang katil kot.. tak mungkin, tak mungkin. Sah lah ni, hantu ni. Mulut aku kumat-kamit baca doa dan surah surah yang aku ingat. Time tu, badan aku mulalah vibrate, mata aku pejam rapat², selimut tu memang tak lepas dari genggaman, takut hantu tu tarik selimut je. Aku pastikan kaki aku dilipat dengan lutut ke dada, taknak hantu tu gosok dan tarik kaki aku. Fikiran dah celaru fikir bukan². Malah nafasnya metah kedengaran disebelah kaki katil aku. Fuuhhh.

Lebih kurang 10 minit jugak la katil aku digoyangkan. Lepas tu, hilang. Lega rasanya, tapi tak lama lepas tu, aku dengar seperti orang tarik besi di koridor sebelah tingkap. 'Apa lagi lah ni.. takkan senior datang usik macam ni kot. takkan lah.' hatiku membebel sendiri. Bunyinya jelas kedengaran, makin lama, makin kuat, lastly, aku terdengar bunyi orang menembak dan jeritan kuat disudahi dengan bunyi macam orang jatuh. 'Sape pulak main tembak²niiii....' aku mula rasa cemas.

Kejadian malam tu stop sampai situ je, tak lama lepas tu, aku dengar bunyi orang azan & bunyi alarm jam member. Rasa lega tahu.

Keesokannya, bila tanya senior, senior kata, memang kawasan sekolah ni dulu tempat sorang banduan bunuh diri. Dia cakap, kalau aku gi tengok di satu pokok dekat dengan bilik band/ bilik muzik ( orang kata, bilik ni banyak kisah hantu ), akan ada satu rantai kaki tergantung di puncak atas pokok.

Dan ye, aku tengok memang ada rantai tu. tapi aku masih ragu-ragu dengan cerita sebenar. Bila aku tanya adik ( adik aku bersekolah di sekolah aku dulu ) pasal gangguan tu, dia kata, member dia pernah kena.

Hmmmm. K tu je. Bosan kan? Hahahaha

ASPURIWhere stories live. Discover now